Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Februari 2008

APA JADI KEPADA MEREKA YANG DITONJOLKAN PADA 2004?

Oleh: Insan Berguna

Sambil meneliti dan cuba membuat analisa kedudukan mereka yang tersenarai sebagai calon untuk PRU12 ini IB turut membuat rujukan pada senarai calon 2004.

Entah secara kebetulan atau bagaimana, dua gambar terpampang di muka 14 Mingguan Malaysia 14 Mac 2004 - Dr. Rozaidah Talib dan Dr. Raman Ismail. Tokoh baru yang ingin ditonjolkan oleh Utusan untuk PRU 11 itu. (Aneh juga dalam gambar ini Rozaidah bertudung - seingat IB, sepanjang penggal dia menjadi YB - tak pernah pula nampak dia bertudung)

Kedua-dua tokoh ini pula telah secara (kebetulan) bersama juga digugurkan pada kali ini. Dilaporkan dalam media rasmi dan tidak rasmi, kedua-duanya telah mengharungi pelbagai episod dalam kehidupan mereka sepanjang satu penggal bergelar YB. Apakah episod-episod hidup seperti itu menjadi suatu kebiasaan di kalangan YB-YB UMNO?

Kisah-kisah yang dilaporkan, dari Perlis hingga ke Sabah, sesetengahnya terlalu keji untuk IB sebut di sini. Bukan runag ini untuk IB panjangkan cerita-cerita yang telah menjadi buah mulut orang. Dari pelbagai lokasi, peringkat umur dan pelbagai adegan … semua terlalu menjijikkan bagi kita orang Melayu dengan adat ketimuran dan beragama Islam.

Sekadar berkongsi pengamatan …

Ibrahim Baba
29 Feb 2008

PAKATAN BN OLOK-OLOK, PAKATAN "ORANG UTAN"


APABILA ditanya tentang dakwaan anak Badawi kononnya pakatan Barisan Alternatif hanyalah pakatan olok-olok, Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Perdana Menteri itu dengan jawapan yang tegas, pakatan olok-olok yang sebenar ialah Barisan Nasional.

Katanya, pakatan BN sebenarnya adalah pakatan olok-olok kerana BN jelas dan terang-terangan menolak Islam.

"BN adalah pakatan yang manusia buat. Islam buatan (ciptaan) Allah. (Bila) Undi BN seolah-olah tolak Nabi dan Allah," tegas beliau kepada Mingguan Wasilah.

Sebelum ini, para pemimpin Umno terkejut dan tersentak dengan dakwaan "Orang Utan" oleh Mursyidul Am PAS itu.

Dalam kenyataannya, "Orang Utan" yang ditujukan kepada Umno dimaksudkan sebagai orang yang menentang hukum dan tidak mahu ikut undang-undang Allah.

Gelaran itu, kata Tok Guru Nik Aziz lebih molek dari gelaran sepatutnya disebut sebagai "binatang".

TMJ:
sanggahtoksago.com

CUBA LIMA TAHUN SAJA

Oleh Cili Api

Beberapa penceramah dari parti-parti luar kerajaan (Cili Api tak suka sangat mengguna istilah "parti pembangkang"), menyeru supaya para pengundi memberi peluang satu penggal saja untuk parti mereka berkuasa. Jikalau tidak puas hati selepas itu jatuhkan saja dan ganti semula dengan parti pemerintah sekarang. Tetapi kalau puas hati sokong teruslah.

Penceramah-penceramah ini memberikan pendapat persendirian. Mereka bukannya mengemukakan satu dasar rasmi yang disetujui semua pihak. Tidak ada dasar rasmi PKR, PAS dan DAP berhubung perkara ini.

Tetapi nampaknya Datuk Seri Abdullah Badawi bukan main takut lagi dengan pendapat ini. Lantas beliau menyeru berulang-ulang supaya rakyat tidak terpengaruh. Nampak benar Dolah dan juga Umno-Bn semakin tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka tahu, kali ini mereka akan kehilangan banyak kerusi. Bahkan kadang-kadang mereka takut mungkin kehilangan kuasa pula. Ini yang paling mengerikan Dolah.

Yang menarik perhatian Cili Api ialah semalam TV Malaysia menyiarkan ucapan berdegar-degar Datuk Najib Razak. Najib banyak menumpukan masa berkempen di Kelantan, sejak beberapa bulan lagi sebelum pilihan raya ini. Beliau kelihatan sangat ghairah kerana selalu berangan-angan dan termimpi-mimpi Pas boleh ditewaskan dan Umno akan berkuasa di Kelantan.

Dalam ucapan berdegar-degar itu Najib menyeru pengundi di Kelantan memberikan kemenangan untuk satu penggal saja kepada Umno dan jikalau tidak puas hati ganti semula. Nampaknya pendekatan Dolah dan Najib berlawanan. Dalam hal ini pendapat Najib selari dengan pendapat penceramah-penceramah dari parti-parti luar kerajaan itu dan bertentangan dengan pendapat Dolah.

Cili Api dengar mereka berdua ini memang berbeza dan bertelagah dalam banyak hal, termasuk kes peletupan Altantuya. Cili Api cadang baik Dolah hantar Najib menjadi Duta Besar ke Mongolia saja. Habis cerita!

BETUI KE SEKILO TEPUNG HARGANYA RM 1.35 ???



Ini antara komen yang kami terima baru-baru ini. klik pada image untuk melihat dengan lebih jelas...

Askum..!!!
Kedai mana yang ada jual tepung 1 kilo RM1.35 sen ??? Mai tolong bagi tau chek!....,Kalau yer pun nak temberang jgn la terang-terang. Nak bagi tau sekilo tepung sekarang RM2.40. penipu besaq betoi la stat. tuh...Hampehh!!!

Itu Afdal lagi titon kaaa...


P/S : Dah dasar hidup menipu sampaikan harga barang keperluan harian masih lagi nak tipu pengguna.IQ pengguna takdelah serendah dengan pepuak UMNO....

NIK AZIZ DOA CITA-CITA AWANG ADEK JADI MB TIDAK DIMAKBULKAN


MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat mendoakan agar BN tidak menang di Kelantan dan hasrat Dr. Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar tidak dimakbulkan Allah SWT.

Dalam interbiu eksklusif Mingguan Wasilah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau yakin rakyat Kelantan sudah cukup licik dan bijak untuk membuat penilaian antara PAS dan BN di negeri ini.

"Saya doakan cota-cota Awang Adek (jadi MB) tidak akan dimakbulkan Allah kerana perjuangannya setakat untuk dunia, matlamatnya hanya pembangunan, sama seperti lain-lain ideologi ciptaan manusia termasuklah komunis," tegas calon PAS Dun Cempaka itu.


Katanya, PAS minta rakyat undi parti itu kerana PAS mahu laksanakan ajaran Quran dalam pemerintahan.

Sedangkan BN berpegang kuat pada perjuangan pembangunan dan tidak menyebut soal dosa pahala. Tiada ajaran lain yang sebut soal dosa pahala melainkan Islam.

HAKIKAT ISLAM HADHARI







"Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie..."


sumber sajak : harakahdaily.net

Khamis, 28 Februari 2008

INI KISAH AIRASIA, BADAWI, SINGAPURA,KAMALUDIN, TENGKU ADNAN, KALIMULLAH

Kawan-kawan, pasang tali pinggang anda. Saya ada satu hikayat yang sedang terjalin dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Ini baru kisah di permukaan sahaja. Memang panas kisah ini . Mungkin anda mahu menekan butang loncat anda selepas membacanya:

Pertama, pemegang saham yang besar-besar ke atas AirAsia (sama ada secara terus, tidak langsung melalui proksi, dan sebagainya) adalah Kamaludin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (yang turut terlibat dengan Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez dan sebagainya.

Kita memang sudah tahu kisah AirAsia. Saya ingatkan ini kisah si papa kedana naik menjadi kaya-raya. Rupanya kisah papa kedana itu terlalu samar dan kabur kisahnya.

Tiga tahun dahulu ketika MAS melakukan kerja-kerja penyusunan semula organisasi itu, Tony Fernandez dan AirAsia naik angin membuatkan mereka bertindak pantas dan ganas.

Sebelum kita teruskan anda mungkin mahu tahu kenapa MAS terpaksa menanggung kerja-kerja penyusunan sekali lagi? Kisah itu akan kita ceritakan di hari lain tetapi ingatlah bahawasanya adik Badawi yang bernama Ibrahim adalah tua punya syarikat pembekal katering makanan (bernama Skychef?) yang satu ketika dahulu pernah mengenakan harga RM35 bagi satu peti air mineral kepada MAS.

Dengan harga semacam itu sudah pasti MAS perlu disusun semula.

Apa pun, berbalik kepada kisah AirAsia tadi, syarikat itu telah membabitkan kerajaan (gomen) agar diadakan kerja-kerja serasian laluan domestik di Malaysia. AirAsia telah meminta kerajaan memberikannya laluan yang diusahakan oleh MAS di Sabah dan Sarawak. Mereka berhujah bahawa MAS boleh teruskan penerbangan di Semenanjung sahaja. Walaupun MAS membantah, permohonan AsiaAsia telah diberikan perkenan oleh kerajaan.

Akan tetapi itu bukan calang-calang permohonan. Zaki, seorang budak suruhan (Khairy Jamaludin?) di tingkat empat, di Jabatan Perdana Menteri, telah membantu untuk memakbulkan permohonan AirAsia.

Apabila MAS kehilangan laluan Sabah dan Sarawak sudah tentu ia menampung lebihan kakitangan yang perlu ditamatkan perkhidmatannya. Jadi MAS atur rencana VSS (Skim Bersara Secara Sukarela). Dengan itu MAS mengemukakan tuntutan: oleh kerana AirAsia mengambil alih laluan Sabah, Sarawak, menyebabkan MAS memiliki lebihan tenaga kerja, dengan itu MAS mahu AirAsia memberikannya pampasan.

Semua pihak (Gomen, MAS dan juga AirAsia) bersetuju bahawa pampasan dibayar kepada MAS. Tetapi AirAsia tidak mahu membayar apa-apa. Akhirnya Gomen (yakni kita semualah tukang bayar cukai) yang membayarnya. Itulah wang yang digunakan oleh MAS untuk Skim VSS yang merupakan paling mahal dalam sejarah negara ini.

Kalau saudara naik darah, hentikan membaca dulu, dan biarkan badan rasa dingin dahulu kerana kisah ini bukannya boleh bertambah baik jalan ceritanya.

Kemudian itu, dalam tempoh satu tahun sahaja, AirAsia mula sedar bahawa laluan Sabah dan Sarawak itu bukannya menguntungkan. MAS memberikan khidmat negara di Sabah dan Sarawak. Bayangkanlah... bukannya menguntungkan membawa kambing dan ayam di sepanjang laluan itu.

Ini bukannya satu masalah besar. AirAsia merengek lagi. Mereka desak Gomen agar dikembalikan laluan itu semula kepada MAS. Sekali lagi MAS membantah. Sekali lagi MAS kalah kerana kes itu dianggap ‘not relevant’.

Masalah timbul apabila diadakan majlis serah semula laluan bersama pesawat terbangnya. Semasa AirAsia mengambil alih laluan itu dahulu, AirAsia telah mengambil-alih tujuh buah pesawat terbang MAS yang dalam keadaan baik (memang MAS mempunyai rekod cemerlang senggaraan pesawat terbang di dunia ini)

Akan tetapi, semasa AirAsia memulangkan semula pesawat terbang itu kepada MAS, hanya sebuah pesawat dalam keadaan boleh terbang. Enam pesawat lain telah terbengkalai di landasan, dan tidak layak untuk diterbangkan.

Rupa-rupanya, AirAsia telah melakukan kerja-kerja ‘cannibalising’ (yakni tanggalkan alat pesawat untuk dijadikan bahan gantian pesawat terbang yang lain). Enam pesawat terbang dibogelkan untuk membolehkan sebuah pesawat terus terbang. MAS membantah sekali lagi. Sekali lagi bantahan itu ditolak oleh gomen. Ini merupakan satu subsidi memperkayakan AirAsia agar terus meraih keuntungan.

Kemudian AirAsia mula mengendeng laluan KL- Singapura yang mewah itu. Kali ini ketatkan tali keledar anda. Kisah seterusnya akan mengejutkan. Cuma mereka ambil konar sana-sini dahulu. Mereka berhujah mahu mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa.

Memang ada laluan yang mereka cuba tetapi ketahuilah bahawa laluan antarabangsa memang amat mencabar. Dalam hal ini Zaki, Khairy, Kalimullah ataupun Kamaludin tidak mampu berbuat apa-apa.

Akan tetapi, laluan KL-Singapura adalah satu laluan yang memberikan keuntungan RM40 juta kepada MAS. Inilah mahkota segala usaha dan AirAsia mengidamkannya.

Mereka pun memasang harapan sekali lagi. Ia telah diperkenan. Beginilah cara mereka lakukan. Usaha Air-Asia mahu memasuki sektor KL-Singapura telah dibincangkan pertama kali oleh Kabinet semasa Abdullah Badawi pergi bercuti. Najib telah mempengerusikan sidang kabinet yang menolak permohonan AirAsia.

Permohonan itu telah ditolak kerana dua alasan:


i. Menjelang 2009, keseluruhan ASEAN akan mengamalkan konsep angkasa terbuka. Pesawat negara ASEAN boleh terbang ke mana sahaja dalam rantau ASEAN tanpa sekatan. Dengan demikian apa perlunya membuka laluan KL-Singapura secara tergesa-gesa?


ii. Kalaulah penerbangan bajet (budget flights) dibenarkan antara KL-Singapura, ia akan menjadikan KLIA sebuah lapangan terbang yang akan pupus secara perlahan-lahan. KLIA akan menjadi satu ‘feeder airport’ yang mengangkut penumpang untuk lapangan terbang Changi. Penumpang akan naik pesawat untuk pergi ke Singapura dan dari sana mereka akan menaiki pesawat lain ke merata dunia. MAS akan mati beragan. Kerana itu permohonan AirAsia telah ditolak.

Apabila Badawi pulang daripada percutiannya, dia minta Tengku Adnan yang merupakan Menteri Pelancongan menyiapkan satu kertas kerja pelancongan, membabitkan MAS, Air Asia, SIA dan sebagainya. Ketika Badawi mempengerusikan sidang Kabinet dia telah meminta Tengku Adnan mengeluarkan Kertas ‘Cabinet Paper’

Orang dalam ada menyebut betapa kertas kabinet itu adalah satu perkara luar biasa – kerana itu semua yang ada telah terkejut beruk. Namun, kumpulan dungu yang menganggotai kabinet telah meluluskannya. Permohonan AirAsia dimakbulkan dan sebagai imbuhan Tengku Adnan dapat bertanding sekali lagi di Putrajaya.

Tetapi di sinilah munculnya perkara yang menyayat hati. Sejurus AirAsia terbang sektor KL-Singapura, mereka telah mengeluarkan tiket ‘percuma’ sebanyak 300,000 keping’ dengan nilai 5 sen sekeping tiket dan bermacam-macam lagi hadiah dan gimiknya. Khabarnya Singapura bertanggungjawab mengeluarkan biaya untuk semua gimik yang mahal harganya.

SIA yang rugi sekitar RM40 juta daripada jangkaan keuntungan sektor KL-Singapura masih mampu menanggungnya. Kerana AirAsia telah menyalurkan penumpang daripada KL ke Changi sebagai penumpang transit bagi SIA. Ini dilakukan dengan mengenakan cuma RM19 untuk menaiki bas daripada KL ke KLIA. Daripada KLIA para penumpang sebenarnya terbang percuma ke Changi. Daripada Changi mereka boleh terbang ke mana sahaja di pelusuk dunia.

Kini AirAsia membuat satu harapan baru - mereka mahu terbang terus daripada Kucing, KK, Penang, Alor Setar, Kota Bharu dan banyak lagi terus ke Changi. Mereka akan menerima lebih banyak subsidi daripada Singapura. KLIA akan mati beragan tidak lama lagi. Tetapi MAS yang akan tersungkur terlebih dahulu.

Demikianlah hikayat si papa kedana menjadi kaya-raya. Selama ini kita anggap Tony Fernandez sebagai manusia hebat. Sedangkan para pemegang saham AirAsia adalah Kamaludin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (termasuk Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez, dan sebagainya.

Memanglah kita akur dengan dasar langit terbuka, saingan dan sebagainya. Akan tetapi kisah ini membabitkan Perdana Menteri, anak lelakinya, anak menantunya, dan segala kroni beliau. Bagaimanakah mereka tergamak menggadaikan negara ini. Tetapi inilah yang sebenarnya mereka lakukan.

Kawan-kawan sekelian,

Pada 8 Mac, 2008 anda mempunyai peluang menekan punat loncat di kerusi anda. Tekanlah punat itu dan biarkan semua malaun ini lesap daripada pandangan kita. Jangan berikan mereka sebarang paracut (payung terjun) untuk menyelamatkan diri.

28.02.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)

PENOYOKNG BN GANAS BELASAH WARTAWAN

KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan.

"Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain," katanya.

Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

PUSINGAN PERTAMA PRU KE 12: SPR TIDAK SEGAN-SEGAN BANTU BN!


MASALAH dan ke kecohan yang timbul di hari penamaan calon pada hari Ahad 24 Februari 2008 begitu menjengkelkan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak konsisten dalam menangani bantahan, khususnya yang dibuat oleh calon-calon parti-parti pembangkang.

Apalagi apabila yang 'terkena' dengan halangan-halangan teknikal itu boleh dikatakan kesemua adalah calon-calon Barisan Nasional (BN).

Saya menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mendapat komen dan penjelasan mengenai perkara itu.

"Jelas bahawa apa yang dibimbangi dan didakwa selama ini yakni SPR berat sebelah kian terserlah. Dan sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai dan pengundi kita mempunyai hak untuk membuat tanggapan dan kesimpulan itu", komennya tegas dan tanpa berselindung.

"Itu semua dilakukan dengan berselindung di sebalik undang-undang. Sdr tahu sebahagian besar daripada undang-undang yang digunakan dalam pengendalian pilihan raya di Malaysia adalah undang-undang kecil", jelasnya.

Undang-undang kecil, jelas pakar undang-undang perlembagaan itu lagi, ialah undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa oleh parlimen melalui akta ibu.

"Di sinilah begitu banyak kuasa dalam bentuk budi bicara diberi kepada pihak SPR khususnya pegawai-pegawai pilihan raya (returning officer)" jelas lagi. Sebab itu, katanya, SPR boleh dengan tiba-tiba membuat arahan dan syarat yang kebanyakannya menyulitkan parti-parti pembangkang.

Bagaimanapun, Dr. Abdul Aziz berasa lucu kerana yang banyak melakukan kesilapan ialah calon-calon BN dan mereka terpaksa diselamatkan oleh pihak SPR.

"Dengan kuasa budi bicara yang sifatnya luas dan dalam banyak isu pula mereka tidak punya masalah untuk memberi kelebihan kepada calon-calon BN", katanya.

Pensyarah undang-undang UIAM itu menjelaskan bahawa sepatutnya mahkamah mengawal penggunaaan budi bicara ini.

Katanya lagi ini dilakukan dengan menggunakan prinsip-prinsip undang-undang pentadbiran yang merupakan sebahagian daripada undang-undang perlembagaan.

"Tetapi seperti yang kita maklum mahkamah, sebagaimana yang didedahkan dalam Klip Video Lingam dan kontroversi Hakim Datuk Kamil Awang pada 2000 dulu, tidak bebas sepenuhnya", tegas Aziz.

Kalau mahkamah bebas sekalipun Aziz tidak yakin bahawa masalah teknikal itu akan diselesaikan dengan cara yang memuaskan semua pihak. Pilihan raya yang adil dan saksama, katanya lagi, tidak akan membabitkan mahkamah.

Ini terbukti di negara-negara yang maju di mana semua pihak komited dengan ideal untuk mewujudkan sebuah sistem pilihan raya yang adil dan diterima oleh semua pihak. Di Malaysia hanya pembangkang sahaja yang mahukan itu.

"Sebuah pilihan raya yang bebas dan adil adalah yang, antara lain, tidak bergelut dengan soal-soal teknikal seperti yang kita lihat di Malaysia. Dan SPR memainkan peranan yang penting di sini. Tetapi seperti yang kita semua lihat SPR tidak bebas. Selain isu-isu teknikal yang dibangkitkan ini Pengerusi SPR sendiri pernah membayangkan sebelum ini bahawa tangan SPR terikat (atau diikat olehnya sendiri?)" kata Aziz lagi.

Di negara-negara maju pilihan raya membincangkan soal isu, soal program sebagaimana yang kita lihat dalam kempen pilihan raya presiden di Amerika Syarikat sekarang.

"Kita di Malaysia asyik dengan soal-soal remeh yang sepatutnya tidak menjadi isu utama. Prosedur pilihan raya, dari mendaftar sebagai pengundi hingga soal pencalonan seharusnya dipermudahkan. "Tetapi apabila pihak yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya bersedia untuk menjadi kuda tunggangan apa boleh buat?" Aziz menyatakan itu semua dilakukan mungkin kerana pihak kerajaan takut untuk berdepan dengan debat yang terbuka dan adil sebagaimana di tempat lain.

Bagaimanapun Aziz mengucapkan tahniah kepada calon-calon pembangkang – kecuali Saiful Izham di Bukit Selambau – yang kesemuanya berjaya melepasi halangan teknikal oleh SPR dan mampu menunjukkan kesilapan calon-calon BN sendiri.

"Adalah sesuatu yang lucu apabila menteri salah isi borang, terlupa menurunkan tanda tangan dan menyangka yang mereka masih lagi menteri kabinet.

"Sebab itu susah hendak melaksanakan konsep dan tuntutan kerajaan sementara di Malaysia", ujarnya.

Apakah ini bermakna mustahil untuk pembangkang menang? Aziz berpendapat pembangkang masih boleh memenangi pilihan raya.

Tetapi, jelasnya, itu memerlukan mereka bekerja 150 peratus. "Berbalik kepada SPR hanya kerana Pas menang di Kelantan dan pernah memerintah Terengganu tidak bermakna bahawa SPR bebas. Kita tahu SPR dah buat macam-macam tapi pengundi di negeri-negeri itu bijak", katanya mengakhiri perbualan.

DR LO' LO' CABAR RTM BAGI SATU JAM SEHARI

CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Ghazali mencabar kerajaan agar memberikan masa satu jam sehari untuk para pemimpin parti alternatif berkempen menggunakan televisyen dan radio.

Beliau "naik angin" apabila pasukan pemantau SPR dan polis yang muncul ke program Ceramah Memperkenalkan Calon di Kg. Datuk Keramat, mencetuskan komplin kononnya tempat ceramah itu tidak sesuai kerana berdekatan jalan raya yang akan mengganggu lalulintas.

Sebelum ini, dalam kempen malam pertama Ceramah Memperkenalkan Calon di Markaz PAS Kg. Baru, pasukan ini bukan sahaja telah mengganggu malah terpaksa penganjur menamatkan program atas arahan mereka kononnya majlis itu "tiada permit".

"Inilah yang kami hadapi. Kami tidak ada tv dan radio. Tetapi BN boleh menggunakan sewenang-wenangnya RTM untuk berkempen. Apa tindakan SPR?" tanya beliau.

"Mengapa SPR tidak pantau RTM? Mengapa SPR tidak pantau BN yang menggunakan bangunan kerajaan? Memperalatkan jentera kerajaan untuk berkempen?" tegas anak Datuk Ghazali itu.


Di Kg. Datuk Keramat, BN telah menggunakan bangunan yang ditinggalkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai Bilik Gerakan mereka. Ini jelas bertentangan dengan etika dan SPR sepatutnya bertindak.

Turut membantu kempen pada malam tadi, Pengarah dan Timbalan Pilihan Raya PAS Wilayah, Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam serta Pengerusi Kempen PAS Titiwangsa, Ustaz raihan Abdul Aziz.

TMJ:
sanggahtoksago.com 28.02.2008

TAWARAN PAS KEPADA WANITA

Macam-macam anda dapat di bawah pemerintahan Islam….

1.Cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan tujuh hari untuk memberi ruang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama bayi dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih sihat.
2.Pertingkatkan kebajikan wanita, khususnya ibu tunggal yang susah bagi meringankan beban kehidupan melalui Skim Armalah, yang dipraktikkan di Kelantan.
3.Perkenalkan akta yang menghalang wanita daripada dieksploitasi, khususnya dalam bidang komersial.
4.Perkenalkan akta yang mewajibkan majikan menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja.
5.Menawarkan waktu kerja anjal atau konsep bekerja dari rumah.
6.Menubuhkan pusat kesihatan dan sukan khusus untuk wanita

NEGARA BERKEBAJIKAN: TAWARAN PAS BUAT RAKYAT MALAYSIA

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:


"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)

2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan

4. Menurunkan harga petrol dan gas.

5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin

6. Melaksanakan akta gaji minima

7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Rabu, 27 Februari 2008

NEGARA HAMPIR BANKRAP KERANA KORUPSI DAN PEMBAZIRAN

Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat
27 Februari 2008

NEGARA HAMPIR BANKRAP KERANA KORUPSI DAN PEMBAZIRAN

Pemimpin-pemimpin Umno-Bn bukan main takut lagi dengan Manifesto keADILan, PAS dan DAP. Mereka menggunakan TV, radio dan akhbar untuk menyelewengkan dan menyerang manifesto-manifesto tersebut. Sebaiknya TV sama sekali tidak memberikan liputan kepada pelancaran manifesto keADILan. Liputan akhbar cuba memperlekeh.

Walaupun manifesto keADILan, PAS dan DAP berlainan, terdapat banyak perkara penting yang sama. Yang utama sekali ialah semuanya berikrar menggunakan kekayaan negara untuk faedah rakyat ramai, terutama yang miskin serta berpendapatan rendah, bukan untuk mengkayakan lagi segelintir yang berkeluarga atau berkaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama Umno-Bn, yang merompak kekayaan negara itu.

keADILan antara lain menjanjikan harga minyak turun, tol lebuhraya terkawal serta tidak naik lagi dan gaji minimum untuk para pekerja pada paras RM1500 sebulan dilaksanakan.

Harga minyak boleh diturunkan sesuai dengan kenaikan harga pasaran dunia untuknya, sebab Malaysia selaku pengeksport bersih minyak mendapat utung yang bertambah besar dari penjualannya. Sebahagain dari untung boleh diguna untuk menurunkan harga.

Tol lebuhraya boleh dikawal sekiranya kerajaan tidak menurut saja kehendak dan kepentingan syarikat serta tokoh-tokoh korporat yang rakus, kebanyakannya berkait rapat dengan pemimpin-pemimpin utama Umno.

Gaji minimum boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar mahu menolong para pekerja dan sanggup bertindak tegas supaya pihak majikan atau pemodal yang memiliki syarikat-syarikat besar sanggup berkongsi keuntungan yang mereka kaut untuk digunakan bagi menaikkan taraf hidup para pekerja.

Semua langkah ini akan menolong rakyat ramai dan boleh memurah serta memudahkan lagi penghidupan mereka. Akan tetapi pemimpin-pemimpin besar Umno-Bn tidak mahu melaksanakannya kerana lebih memikirkan kepentingan hanya segelintir saja yang memang sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik.

Janji-janji keADILan tidak akan menimbulkan masalah kewangan kepada negara. Sekarang ini masalah kewangan yang menuju kepada keadaan negara hampir bangkrap timbul dari korupsi dan pembaziran yang dilaku dan dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin besar Umn-Bn. Mereka berbohong besar konon hendak menghapuskan penyakit ini.

Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden,
Parti Keadilan Rakyat
.

BACA DAN FAHAMKAN.......

1. NEGARA ISLAM - Umno tidak bercita-cita untuk mendirikan sebuah Negara Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Ciri asas Negara Islam ialah dimana

i) Rakyat tidak kebuluran, hakikatnya rancangan 'Bersamamu' TV3 menonjolkan ramai rakyat yang kebuluran walau di negeri BN memerintah, ada dari warga TV3 makan siput babi ? Ada orang Kelantan makan siput babi ?

ii) Aman, realitinya anak/ saudara terpaksa ditemani kemana-mana, kejadian rompak/ ragut/ bunuh/ rogol/ dadah/ buang anak, kadar jenayah meningkat setiap tahun– rujuk statistic, tunggu.. nanti anda/ saudara/ anak/ isteri/ ibu anda pula jadi mangsa.. mangsanya lihat kini di kampong/ Bandar, kabel telefon, letrik dicuri, akibatnya Negara kerugian besar disebabkan dasar kerajaanlah.. akan datang tak tahulah apa lagi, asal ada barang jadi duit, itu masyarakat yang dibentuk Umno. Rujuk slot '360' TV3 sosial remaja makin runtuh, namun dekat pilihanraya, rancangan ni bodek kerajaan lebih.. kenapa ko buat macam tu Tv3, tunjukkan hakikat bahawa kerajaan BN gagal, apa nak ditakutkan?

iii) Pemimpin Islam – Pak Lah, zahir tidak tulen Islamnya, keluarganya tidak dipimpin menutup aurat (padanya soal aurat tidak wajibkah?) @ Islam Hadhari bebas berpakaiankah? Bagaimana mahu memimpin rakyat kalau begini rupanya. Ulama setaraf datuknya digam akibat tegur pemerintah. Tiada cita-cita menjadikan Islam satunya jalan cara hidup, memandailah rakyatnya makan, ia merupakan sebahagian dari doktrin Karl Mark (asas prinsip komunis), agama tidak boleh diberi tempat dalam semua aspek kehidupan kecuali ritual (ibadat) sahaja.

Kalau ada negeri yang di'pilot'kan sebagai negeri ISLAM oleh BN, amankah negeri tersebut?

( Mengapa 20 Feb 2008 tidak disiarkan rancangan Bersamamu, tunggu 27 Feb dan 5 Mac, sebenarnya BN takut nak tunjuk rakyat kebuluran di bawah kerajaan BN kepada rakyat awam menjelang pilihanraya ni, jangan jadi hipokrit lah TV3? )

ASOBIYAH/ Kebangsaan/ Nasionalisme – Umno memperjuangkan semangat Melayu sebagai asas, hakikatnya Islam perlu diutamakan. Asobiyah adalah luar dari tuntutan Islam. Pas keluar dari Perikatan adalah disebabkan tiada arah Umno kepada Islam. Rasulullah pun menolak asobiyah.

2.BATIL – Umno berada di pihak batil, ia tidak berjuang untuk mendaulat Al-Quran dan Sunnah sebagai acuan membentuk manusia ukhrawi (insan kamil). PAS memperjuangkan haq, sesuatu yang dituntut Islam untuk ditegakkan. Acuan manusia sesuai Al-Quran dan Sunnah sahaja, asal ada iman jadi taqwa.

3.FAKTA – memang undang-undang perlembagaan perlu dihormati jika itu FAKTA, hakikatnya mana satu lebih FAKTA, Al-Quran & As-Sunnah kah atau undang- undang ciptaan manusia ? Ini merupakan sebahagian skema Biro Tata Negara (BTN–buatan Umno), hakikatnya cari redho Allah adalah jalan yang terbaik. Percaya hanya kepada undang2 buatan manusia boleh keluar dari aqidah !!

4.JAMINAN - Umno memperalatkan bangsanya untuk terus berkuasa dan mengaut 'harta' negara dan diagih kepada kroninya. Masa depan kawasan Umno akan berkurang, adakah ehsan dari kroni yang lain? Atau jadi kita seperti Melayu Singapura, tidak lagi berkuasa dan ketuanan Islam/ Melayu lebur.

5.JANGAN BERALASAN – gunakan disiplin ilmu menolak PAS, PAS memperjuangkan tuntutan agama bukan sekadar kegunaan di masjid malah untuk kenegaraan. Bukan ISLAM diperintah, ISLAM yang memerintah.

6.PEMBANGUNAN – Pas tidak menolak pembangunan, namun pembangunan material semata-mata tidak membawa banyak makna. Banyak tamadun runtuh disebabkan isi moralnya jatuh.

7.BERKAT HASIL LAQO – Pusat Judi Genting Highland, pusat pelacuran terkenal di Kuala Lumpur Lorong Haji Taib, pusat pelacuran di setiap negeri, mana kesudahannya setelah 50 tahun merdeka? Tempat Pak Lah Bukit Mertajam salah satunya Hotel GP.

8.WAWASAN 2020 YANG AKAN GAGAL – wawasan adalah sesuatu misi yang ingin dicapai, nampaknya perkara 1, 4 dan 7 dalam cabaran Wawasan 2020 iaitu isu moral masyarakat kian membarah, asyik-asyik mak bapak yang disalahkan, mana tugas Umno sebagai bapak pemerintah?

9.APAKAH WAWASAN TERTINGGI ISLAM HADHARI? – apakah dengan bangunan yang hanya diletakkan kenyataan Islam dinamakan sebagai BANGUNAN ISLAM, jika begitu jamban yang diletakkan kenyataan Islam dinamakan JAMBAN ISLAM, memadaikah ? Isteri Pak Lah tidak bertudung, adakah itu tanda Islam Hadhari ? Bertudung tak wajib kah?

10.PERPADUAN – hanya dengan UMNO sahajakah kita boleh berpadu? Lihat Kelantan aman & bersatu, ada gaduh-gaduh?

11.BEZA PARTI PEMERINTAH DAN KERAJAAN – Parti pemerintah tidak boleh menggunakan prasarana/ medium/ peralatan/ kenderaan kerajaan (hak rakyat) untuk tujuan kempen.

12.MEDIA BERAT SEBELAH – mula dari media cetak hingga media siar RTM1 hingga TV9, mana media untuk pembangkang? Adilkah rakyat terima berita dah 'basi' dari Barisan Alternatif ?

13. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH – hadis nabi " Gigitkan keduanya dengan gigi gerahammu", tiada undang- undang bersumber dari kedua ini yang lebih agong (supreme), satu dan hanya satu, ini sahaja.

14.DEB YANG GAGAL – Dasar Ekonomi Baru (DEB) mahu melihat Melayu menguasai ekonomi 40%, namun hanya 18% dicapai, nyata Umno gagal membela bangsanya selama 50 tahun ini, bagaimana 50 tahun akan datang?

15.UMNO KAPITALIS BERPEMIKIRAN BARAT – Umno mahu terus berkuasa walau apa cara, keadaannya seperti sistem kapitalis barat. Menggunakan pendekatan yang hampir sama namun tidak serupa, PAS mahu buat Islam, Umno buat Islam Hadhari, begitulah Umno kapitalis.

16.UMNO akan pupus – Sistem kapitalis Umno akan buat ia mereput lebih awal dan akhirnya pupus, perebutan kuasa, rasuah, skandal terdedah sedikit demi sedikit dan akhirnya rakyat akan sedar @ Negara sudah parah ?

17.RAKYAT DIGULAKAN – rakyat dilalaikan dengan hiburan, rakyat susah dibiar susah berterusan agar mereka terus dipanggil pembela rakyat.

18.SISTEM EKONOMI – ekonomi berasaskan Islam tidak rancak, asas riba wujud dimana-mana.

19.PENDIDIKAN CELARU – dasar pendidikan Negara kucar-kacir, tiada agenda yang jelas untuk 20 tahun akan datang, pembentukan generasi akan datang tidak jelas bentuk dan coraknya.

20.NEGARA SEKULAR (Memisahkan agama dari politik) – Umno umpama penjajah membunuh semua ulama yang menuntut kebenaran, Zaman Kamal Ataturk di Turki, azan dialih bahasakan, di sini ULAMA' Di 'GAM' – teguran dari ulamak digam, mana pergi Ustaz Harun Din dan ulama lain dikaca TV ?

21.MAKSIAT – Umno sentiasa mahu kemungkaran disisinyauntuk kekalkan orang-orang yang 'sesat' terus menyokongnya.

22.HUKUM ALLAH – sebab apa dituntut ? tak lain tak bukan sebab ia sesuai dengan manusia, jaga hak, maruah, harta. Ianya untuk maslahat umum/ semua.

23.KEBENARAN LAWAN KEMEWAHAN – mana satu paling dituntut agama, kebenaran atau kemewahan ? Jangan buta hati walau buta mata. Jangan sembunyikan kebenaran walau kebenaran itu pahit, kelak kita dituntutNya..

24.REZAB MELAYU – habis tanah rezab Melayu didagangkan dan ditukar dengan tanah 'hutan' yang tiada nilai.

25.EKUITI – berapa sangat ekuiti orang Islam / Melayu.

26.PEMERINTAHAN ISLAM & KHALIFAH – apa pentingnya? Islam tiada kekuatan diseluruh dunia disebabkan inilah, Palestin yang kecil itupun tak boleh dipertahankan, dengar suara anjing menyalak bukit saja.

27.BEZA PEMBANGUNAN & KEPERLUAN – memanglah Kuala Lumpur perlu jalan besar dan lebar kerana kenderaan banyak, logik la, memang pembangunan kampong diperlukan sebab dah 50 tahun merdeka, tak faham- faham, itu memang tanggungjawab pemerintah, bah.

28.IKHLAS – Umno tak ikhlas membangunkan Negara ini, setiap projek dinamakan projek BN, sedangkan itu duit rakyat.

29.DINASTI – beberapa dinasti telah dibentuk dari TPM, Ketua Pemuda Umno, Pak Lah& menantu, Dr. Mahathir& anak.

30.TERIMA KASIH KERAJAAN BN – bukan BN bikin aman dunia ini, terima kasihlah pada Allah dibikin manusia dengan akal sempurna dibukti melalui Al-Quran, tentulah Al-Quran ada penawar kepada manusia tentang masalah manusia.

31.Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya.

32.Atas (dasar) kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terhutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat (sic) (kerajaan?).

33.Kerajaan pungut cukai, hasil, tarif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya - macam belanja lebih RM16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne - bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang Negara.

34.Untuk pembangunan kerajaan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi.

35.Subsidi dan bantuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar.

36.Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawit.

37.Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francais kepada Bernas. Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri. Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia. Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada kerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi.

38.Jadi yang kita mahu adalah kerajaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negara, bukan kerajaan.

39.Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai. Tiada pengundi, tiada kerajaan. Kerajaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.

40.RENAISANCE BANGSAKU – mengembalikan sains yang ditolak puak agama Kristian merupakan zaman kebangkitan bangsa Eropah, mengembalikan Islam kepada peranannya sebagai pasak kehidupan merupakan peranan setiap umatnya, INGAT! Islam yang memuliakan Melayu , bukan Melayu yang memuliakan Islam, dan dengan datangnya Islam ke Tanah Melayu, beberapa tembok keimanan yang asal telah runtuh.

41.DOSA BESAR – Pak Lah membiarkan pelacur membuat dosa besar setiap hari dengan berzina, Islam Hadhari kah itu? Jelas beb semua negeri ada pusat zina ini, tanyalah pada anak muda, polis pun tak boleh buat apa, sebab undang-undang tak jelas, hal seperti ini salah polis dan masyarakat ke?

42.Jika anda berjiwa Islam, cetak & sebar @ forward emel ini kepada semua secepat mungkin.

SALAHKAH SAYA MEMILIH PAS ??

Oleh: Neo-kida

Kalau saya memilih PAS adakah ianya bermakna saya melupakan jasa-jasa kerajaan dahulu yang telah membangunkan negara? Saya tidak pernah lupa bahawa Tunku Abdul Rahman yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Saya tidak lupa Tun Razak yang telah berjuang menyelamatkan orang Melayu semasa tragedi 13 Mei dan seterusnya menjadi Bapa Pembangunan negara. Saya juga tidak lupa kepada Tun Hussein Onn yang telah berjuang menyatukan orang Melayu. Dan saya tidak akan lupa sama sekali kepada Tun Mahathir yang telah membawa Malaysia ke peta dunia dengan pembangunan moden dan kelantangan bersuara serta membawa ramai orang Melayu bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam perniagaan dan ekonomi. Saya tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka di atas yang berjuang dengan penuh ikhlas dan jujur demi memartabatkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

Namun begitu mereka semua sudah tiada. Mereka telah pergi meninggalkan kita semua dan tiada lagi untuk menguruskan negara kita. Yang tinggal hanyalah kenangan dan terima kasih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan kehidupan rakyat dan membangunkan negara seluruhnya.

Adakah pengganti mereka-mereka ini telah menunaikan tanggungjawabnya pula? Adakah pengganti mereka ini berjuang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Islam sebagai agama sebenar di muka bumi ini, bangsa Melayu dan negara ini?

Saya impikan sebuah negara di mana pemimpinnya tidur beralaskan tikar di masjid seperti Saidina Umar, pemimpin yang memulangkan gaji beliau kepada Baitullah seperti Saidina Abu Bakar, seorang pemimpin yang hidup penuh zuhud dan ala kadar semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah s.w.t. sebagai seorang pemimpin sebuah negara. Saya impikan seorang pemimpin yang akan berucap dan terpampang di dada akhbar menyeru semua Muslimah menutup aurat dan ditemani muhrim sentiasa. Saya impikan pemimpin yang menyeru mat-mat rempit supaya memperbanyakkan zikir, sembahyang sunat dan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Saya impikan pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya beramal, bersedekah dan tidak meninggalkan solat. Saya impikan sebuah negara yang mana tiada tempat-tempat perjudian, tiada disko-disko dan tempat maksiat, tiada arak yang dijual, tiada maknyah dan golongan penkid dan tiada rumah-rumah pelacuran.

Saya impikan tender-tender perniagaan di buat secara telus dan jujur tanpa campur tangan daripada mana-mana golongan politik, tiada kronisme, tiada pilih kasih. Saya impikan lesen-lesen di berikan tanpa ada wang kopi, tanpa kena ada tandatangan dan sokongan pihak-pihak tertentu
.

Saya impikan sebuah negara di mana kita tidak perlu merafak sembah kepada manusia, tidak perlu terlalu memuliakan manusia hanya kerana mereka kaya, berpangkat dan bergelar pemimpin. Saya impikan pemimpin yang akan menundukkan kepalanya apabila bertemu rakyat. Saya impikan pemimpin yang sanggup makan nasi bungkus bersama-sama dengan peminta sedekah di tepi jalan. Saya impikan seorang pemimpin yang diam-diam keluar malam untuk menolong orang-orang yang kesusahan dan kebuluran bersama-sama isterinya.

Itu impian saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpemimpinkan seorang Islam. Memang impian saya sesuatu yang mustahil di dunia akhir zaman ini. InsyaAllah impian saya akan tercapai apabila turunnya Nabi Isa a.s. dan Imam Mahadi yang akan tiba di penghujung waktu yang akan memuliakan Islam dan membawa kemakmuran kembali. Waktunya hanya Allah s.w.t. yang mengetahui dan saya mungkin sudah berada di alam barzakh semasa itu.

Namun hidup perlu diteruskan dan kita mesti berpijak di bumi yang nyata. Kita mesti berhadapan dengan realiti semasa.

Saya sedih apabila mendengar kanak-kanak diculik dan diperkosa dan pihak berkuasa tidak dapat melakukan apa-apa. Saya sedih penjenayah yang sentiasa berleluasa. Saya sedih terpaksa melibatkan diri untuk projek-projek kerajaan yang menjual negara tetapi dilihat seolah-olah menjana pertumbuhan ekonomi wilayah dan untuk negara. Saya sedih apabila di tahan di tepi jalan oleh pihak berkuasa dan terpaksa memberikan duit kopi kepada mereka. Saya sedih terpaksa melayan karenah mereka yang mahukan perempuan, night club dan wang kopi semata-mata kerana saya cuba dapatkan tender daripada kementerian mereka.

Saya sedih melihat anak-beranak menjadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan serta GLC dan menjual kepentingan negara. Saya sedih melihatkan isteri pemimpin kita sendiri tidak menutup aurat, berciuman dengan aktor-aktor Hindi dan berpegangan seolah-olah kita ini bukan Islam dan tidak mempunyai peraturan agama.

Saya sedih melihatkan rakyat berpendapatan rendah terkial-kial setiap hujung bulan membayar segala keperluan hidup sedangkan pemimpin kita menaiki kereta mewah berharga jutaan ringgit dan hidup di dalam rumah bagaikan istana. Saya sedih mendengarkan isteri pemimpin kita memakai bag tangan berharga RM650 ribu dan jam tangan berharga ratusan ribu juga sedangkan TV3 menayangkan rancangan Bersamamu yang menyebakkan. Saya sedih harga barangan terus dinaikkan dan pemimpin kita cuma berkata itu fenomena dunia dan kita terpaksa menerima. Saya sedih apabila rakyat disuruh berjimat-cermat sedangkan pemimpin kita boleh bercuti ke luar negara dan membeli jet baru dengan wang cukai rakyat jelata.


Saya sedih melihatkan ramai remaja Melayu Islam terkinja-kinja sehingga dini hari di disko-disko dan night club sambil minum arak dan bercampur sebebas-bebasnya. Saya sedih melihatkan ramai orang Melayu Islam yang berkunjung ke Magnum, Toto dan Kuda setiap hujung minggu. Saya sedih dengan ramainya mat rempit di jalanan terdiri daripada remaja Melayu Islam.

Saya sedih dengan pemimpin yang boleh memberikan ucapan tentang moral dan akidah tetapi beliau seorang kaki perempuan dan suka berfoya-foya. Saya sedih dengan pemimpin yang katanya tahu tentang keperitan hidup rakyat sedangkan dirinya tidak pernah pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil2 bulanan. Saya sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.

Saya hanya mahukan seorang pemimpin dan kerajaan yang sanggup berjuang seperti dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir, perjuangan ikhlas untuk menegakkan Islam dan bangsa Melayu. Pemimpin yang tidak akan tunduk dengan desakan-desakan untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu. Saya inginkan pemimpin yang dapat membentuk negara Islam yang sebenar berpaksikan Al-Quran dan Hadith, hidup penuh zuhud dan menjadikan Islam itu asas tertinggi dalam segala bentuk tindakan dan pengurusan.

Saya inginkan pemimpin yang apabila beliau ingin menyuapkan nasi ke mulutnya akan segera teringatkan, adakah rakyatnya mempunyai makanan yang cukup dan seenak sepertinya. Apabila ia baring untuk tidur, adakah rakyatnya dapat tidur seenak tilamnya. Apabila isterinya berbelanja, adakah rakyatnya sudah mendapat keperluan asas kehidupan. Apabila anak menantunya mendapat kontrak kerajaan, adakah kerana ketelusan atau hanya berbinkan dirinya. Pemimpin yang sentiasa takut akan perkara-perkara yang boleh mendorong datangnya fitnah ke atas diri dan keluarganya. Pemimpin yang akan meletakkan kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan diri dan keluarganya.

Salahkah saya menukar seorang pemimpin Islam yang gagal kepada seorang pemimpin Islam yang lain? Adakah ini akan membuatkan saya lupa kepada jasa-jasa mereka-mereka yang terdahulu? Apakah impian saya untuk mencari pemimpin seperti Saidina Abu Bakar dan Umar boleh direalisasikan dengan memilih pemimpin Islam yang ada sekarang? Tidak perlukah ditukar kepada seorang Islam yang lain jika saya merasakan elok dibuat perubahan moga-moga Allah s.w.t. kabulkan impian saya?

Salam:

Undi Untuk Perubahan.
Bersama Mengundi Barisan Rakyat

SPR KHIANATI RAKYAT TUANKU

Oleh Muramatsu

Ampun Tuanku!

Pertamanya ampunkan patik, kerana kurang arif budi dan bahasa ketika berbicara dengan Tuanku ini.

Walaupun Pilihanraya tidak melibatkan Tuanku secara langsung, namun patik berpendapat perkembangan Pilihanraya mutakhir ini perlu dilihat oleh Tuanku sendiri secara kritikal sebagai Yang diPertuan Agong, ketua kepada ketua-ketua di Negara Tuanku Malaysia.

Walaupun patik tidak tahu apalah perasaan dalam hati kecik Tuanku dengan peraturan “duti-stem” dan beberapa insiden yang diolah sedemikian jahat yang dilakukan oleh SPR dihari penamaan calon baru-baru ini.

Peraturan yang dibuat sedemikian rupa seterusnya pembatalan peraturan yang dibuat dilakukan sewenang-wenangnya atas nama SPR, menunjukkan ada rakyat Tuanku yang berkuasa tapi jahat untuk menang pilihanraya seterusnya jadi pemimpin di Negara Malaysia yang mana Tuanku Ketua Negaranya.

Sebagai rakyat kerdil patik terfikir adakah Tuanku rela dan redha kalangan rakyat yang jahat sedemikian rupa itu kepada rakyat marhaen di bawah naungan dan daulat Tuanku?

Sebagai rakyat kerdil patik terfikir juga adakah Tuanku rela dan redha kalangan rakyat yang jahat sedemikian rupa kemudiannya menang dalam pilihanraya, jadi pemimpin seterusnya mereka inilah yang memberi nasihat hal-hal kepentingan Negara kepada Tuanku?.

Sebagai rakyat kerdil yang jauh, patik amat kecewa dan sedih kerana rakyat Tuanku dipermain oleh golongan Sikitol dan Memanda Mandalia ini. Patik teramat sedih dan kecewa lagi bila patik rasa, bukan rakyat marhaen saja yang dipermainkan oleh golongan ini, tetapi sebenarnya Tuanku juga turut dipermainkan oleh mereka ini.

Ampunkan patik kerana "membawa" isi hati kecil patik ini kepada Tuanku melalui cara ini. Ampunkan patik kiranya hati Tuanku terluka dan murka dengan luahan hati kecil patik ini. Kerana patik rasa, rakyat marhaen tidak ada lagi tempat lain yang mereka boleh bergantung harap demi kebaikan dan imej Tuanku. Patik sebenarnya tidak sanggup melihat Tuanku memberi kurnia dan perkenan Tuanku untuk mereka yang jahat kepada rakyat marhaen dalam Negara Tuanku Malaysia ini.

Sebagai rakyat kecil lagi marhaen ini patik tertanya-tanya ada kuasakah Tuanku sebagai Agung yang tertinggi dalam sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di bumi Malaysia?

Ampun Tuanku

Muramatsu
United Kingdom

SEKITAR HARI PENAMAAN CALON ( DI DALAM DEWAN )




Selasa, 26 Februari 2008

PENCABULAN HAK OLEH TV

Oleh jarihantu

"Tetapi kini, ada yang lebih mendorong kemarahan. Menonton paparan berita di televisyen menjelang pilihanraya memang memual dan menjengkelkan. Insan bengap sekalipun apabila menggali hati nuraninya akan menemui satu hakikat, penyelewengan dan ketidakseimbangan maklumat yang amat menyakitkan hati sudah mencapai tahap nista keji.

Tetapi antara pengamal, personaliti, pembaca berita dan pekerja media itu; ada antaranya adalah kawan-kawan saya. Duhai teman, apakah tivi kita sudah lupa etika Islam? Apa perasaan pembaca berita misalnya sekiranya dia itu muslim? Apakah dia bersolat, dan sekiranya dia solat tidakkah dia tahu perbuatan berbohong dan menyampaikan keangkuhan itu amat bertentangan dengan ayat ini:

Apa yang dipaksakan oleh tivi ke atas kita?

1. Demokrasi altruistik - Ia adalah satu kepercayaan bahawa politik harus berdasarkan kepentingan awam dan servis. Jadi konsep negara berkebajikan yang menjadi slogan beberapa parti oposisi tidak diberi peluang untuk diwar-warkan malah dipesongkan sebagai bertentangan dengan kepentingan awam dan servis, negara boleh bangkrap katanya!

2. Individualisme - Penekanan terhadap kebebasan individu mengatasi kepentingan dan keperluan masyarakat umum yang lebih besar. Maka akan dipesongkan maklumat bahawa perhimpunan awam misalnya adalah perhimpunan haram yang mengakibatkan malapetaka untuk seluruh rakyat, padahal ia adalah sebaliknya, kerana berhimpun adalah sebahagian hak asasi yang direstui oleh prinsip demokrasi. Tunjang ini juga membina individualiti untuk ahli masyarakat di mana, ada ahli masyarakat kita memejam mata kepada 'kebenaran nurani' dan membeloti kepentingan umum. Pada pandangan saya, atas alasan mendokong keluhuran untuk masyarakatlah maka kadang-kala kebencian peribadi sepatutnya jatuh tempat kedua. Maka walaupun menyampah dengan tokoh tertentu, atas dasar untuk terlibat memenuhi impian besar komuniti saya akan tetap memenuhi keperluan yang lebih besar.

3. Moderatisme – Penekanan diberikan supaya bersederhana dalam berpolitik, menetapkan nilai-nilai dan juga pemerkasaan budaya. Maka yang akan dipalitkan lumpur ialah segelintir parti, selalunya pembangkang sebagai 'pihak jahat' yang ganas, tidak sederhana dan sukakan kekacauan (dan itu tanpa memberi peluang pihak yang dituduh untuk menjawab kembali) . Sebagai contoh dakwaan yang popular ialah, mereka (katakan blogger yang ingin memberi suara alternatif) adalah pencemar budaya.

4. Kawalan – Penekanan ke atas ketenteraman sosial, mengelakkan konflik, menghormati autoriti politik dan sosial. Media akan memomokkan kejahatan pihak tertentu dan akan menjulang-julang kestabilan dan autoriti establishment seolah-olah hal ini benar. Sudah 12 kali pilihanraya misalnya kita tidak pernah dapat melihat debat terbuka supaya kita benar-benar tahu siapa yang kita pilih!

5. Kepimpinan – Pemaparan bahawa kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang dapat mengatasi apa jua persoalan menerusi visi, stamina dan keberanian. Dalam hal ini pihak oposisi akan menjadi mangsa sebagai kepimpinan yang kucar-kacir, tidak bervisi, tandus ide, pengecut dan
macam-macam lagi walaupun realiti sebenarnya mungkin berbeza.

(Untuk memahami lanjut, bacaan yang dicadangkan ialah Richard Wrightman Fox dan T. J. Jackson Lears., eds. The Culture of Consumption. New York: Pantheon, 1983. Lihat juga Jackson Lears, Fables of Abundance, A Cultural History of Advertising in America. New York: Harper Collins, 1994; dan William Leiss, Stephen Kline dan Sut Jhally, Social Communication and Advertising. London: Metheun, 1986. Termasuk tentunya Herbert J. Gans, Deciding What's News. A Study of CBS Evening News, NBC Nightly News, Newsweek and Time. New York: Pantheon Books, 1979)

Saya tahu entri ini tidak dapat mengubah apa-apa. Tetapi antara pengamal, personaliti, pembaca berita dan pekerja media itu; ada antaranya adalah kawan-kawan saya. Duhai teman, apakah tivi kita sudah lupa etika Islam? Apa perasaan pembaca berita misalnya sekiranya dia itu muslim? Apakah dia bersolat, dan sekiranya dia solat tidakkah dia tahu perbuatan berbohong dan menyampaikan keangkuhan itu amat bertentangan dengan ayat ini:

Ayat ke-17, surah Luqman:

'Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan serulah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.'

Solat mengandungi satu falsafah yang luar biasa untuk keamanan dunia dan akhirat. Di dalam solat kita memulakan ibadah tersebut dengan takbir iaitu pengakuan kepada Allah yang Maha Esa akan kebesarannya. Di dalam solat kita menghiasinya dengan doa-doa. Di dalam solat juga kita berjanji bahawa hidup dan mati hanya untuk Rabb, pemilik sekalian alam. Di luar solat kita tidak boleh mengingkarinya. Dan kita mengakhiri solat dengan salam, memalingkan wajah ke kiri dan kanan menandakan kesejahteraan untuk seluruh umat manusia.

Dan sesudah atau sebelum solat itu, anda duhai teman, masih boleh berbohong untuk penonton?

artikel penuh sila layari:
http://tehranifaisal.blogspot.com/ "

SEDUTAN ALBUM PERIBADI PM


ROSAKKAN PEMBANGKANG: BUKTI BN TIDAK DEMOKRATIK

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan senarai calon-calon BN yang diumumkan kelmarin yang telah memperlihatkan bahawa Presiden Umno, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menolak bantahan jentera pilihan raya Umno demi menjaga kepentingan politik peribadi beliau. Apa yang menarik, beberapa calon yang dikekalkan merupakan orang kuat Tun Dr Mahathir yang kini menjadi musuh peribadi Pak Lah kerana bekas Perdana Menteri sering kali mengkritik kelemahan pentadbiran Pak Lah, termasuk dasar-dasar BN yang kini dilihat amat lemah oleh Dr Mahathir.

Dalam senarai calon BN sehingga hari ini, nama orang kuat Dr Mahathir yang dianggap 'bermasalah' tetapi dikekalkan untuk bertanding ialah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam dan Datuk Johari Baharom di Kubang Pasu. Manakala anak Dr Mahathir, Datuk Mukhriz pula dicalonkan di Jerlun. Seorang lagi orang kuat Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sehingga kini masih belum diputuskan kedudukannya walaupun telah ditolak oleh pemimpin utama Umno negeri.

Dr Mahathir semenjak bersara pada 2003 telah menyerang secara terbuka kelemahan pentadbiran Pak Lah termasuk dalam isu Proton, AP kereta mewah, pembatalan projek Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, kelonggaran dasar luar di Wilayah Pembangunan Iskandar dan lain-lain. Lebih menarik lagi apabila Dr Mahathir menggesa rakyat menolak pemimpin BN yang lemah, suka tidur dan tidak mempunyai idea. Dr Mahathir turut menggesa rakyat Kelantan mengekalkan pemerintahan PAS kerana BN tidak berkesan di bawah Pak Lah. Bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa Pak Lah pernah berjanji untuk menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja.

Strategi terbaru Pak Lah ini menunjukkan kebimbangan yang amat sangat dalam kepala Presiden Umno sekiranya Dr Mahathir menyerang beliau secara terbuka dalam pilihan raya dan menyeru pengundi supaya menolak BN. Mencalonkan Datuk Mukhriz yang sudah ditolak oleh Umno Langkawi adalah satu langkah untuk menutup mulut Dr Mahathir kerana tidak mungkin beliau akan berkempen untuk mengalahkan anaknnya sendiri. Lebih dahsyat lagi apabila Datuk Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir dicalonkan semula di Shah Alam walaupun Umno Shah Alam secara terbuka telah menolak tokoh veteran itu. Di Kubang Pasu, Datuk Johari yang bermasalah dengan Ketua Polis Negara juga terpaksa dikekalkan memandangkan Dr Mahathir amat berpengaruh sebagai bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu.


Pak Lah juga menyedari bahawa pimpinan Umno Perlis terutama Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid telah menolak kepemimpinan Shahidan. Radzi secara jelas memberitahu media bahawa Menteri Besar mesti ditukar dan krisis ini telah diketahui umum. Sehingga malam semalam, dilaporkan sudah enam kali Shahidan turun naik JPM untuk berunding dengan Pak Lah. Perdana Menteri nampaknya keliru antara memenuhi kehendak orang kuatnya, Radzi atau mengekalkan status quo untuk mengelakkan serangan Dr Mahathir yang negeri yang PAS berpengaruh itu.

Apa yang jelas, kesanggupan Pak Lah untuk menutupkan mata dan telinganya terhadap kritikan dan bantahan ahli-ahli Umno bawahan semata-mata untuk mengelakkan beliau diserang oleh Dr Mahathir dalam pilihan raya ini. Penolakkan ahli-ahli Umno terhadap orang Dr Mahathir tidak dipedulikan oleh Pak Lah termasuk tidak mencalonkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang disebutkan akan dicalonkan di Shah Alam. Situasi pencalonan ini menunjukkan bahawa pengaruh Dr Mahathir masih kuat dalam Umno dan kebencian ahli-ahli Umno terhadap amalan mengagihkan kekayaan negara kepada kroni dan anak menantu pemimpin tertinggi Umno itu amat kuat. Pak Lah bimbang jika menggugurkan orang Dr Mahathir, berlaku pertembungan pengaruh yang boleh menjejaskan peluang ekonomi kroni dan anak menantunya selepas pilihan raya. Bagi Pak Lah nampaknya, kepentingan poket kroni dan anak menantunya lebih utama daripada perasaan dan kemahuan ahli-ahli Umno sendiri.


YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

SPR GILA : KENAKAN DUTI SETEM UNTUK BANYAKKAN CALON MENANG TANPA BERTANDING DI PIHAK BN?

APABILA Pengawai Pengurus Pilihanraya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.

Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.

Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.

Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena
.

Maknanya, borang itu tiada duti stem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).

Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.

PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.

Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.

Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.

Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.

Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.

Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.

Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.


Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.

Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.

Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?

Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!

Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.

Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!

Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak "gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.

Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.

Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.

Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?

Ini persoalan baru disebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan.

BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.

Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!

Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN...

Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!

TMJ:
sanggahtoksago.com

IKLAN - PERBANDINGAN HARGA BARANG KEPERLUAN TERPILIH

IB rasa ramai sudah melihat iklan kempen BN yang membandingkan harga barang keperluan terpilih. Sekali lihat mungkin kita terpengaruh dengan perbandingan itu.

Bila melihat cara berkempen mengguna statistik, maka IB teringat satu buku klasik yang menjadi rujukan asas kepada semua pelajar statistik ataupun bidang-bidang yang seumpamanya, iaitu
How_to_Lie_with_Statistics Darrell Huff. Walaupun buku ini ditulis pada tahun 1954, namun apa yang disebut dalam buku kecil 142 halaman ini tetap masih relevan.

Mengguna statistik memang mampu menarik serta memukau orang untuk percaya. Namun kerap kali angka-angka itu diselewengkan untuk mengaburi serta menipu fakta yang dibentang.

Berbalik kepada perbandingan harga tadi, IB ingin menarik perhatian kepada perbandingan yang dibuat dengan Singapura. Dari senarai itu kita akan merasakan bahawa barang-barang di Singapura adalah yang paling mahal. Sekali tenguk atas setiap barang harga di Singapura dilihat sebagai sekali ganda berbanding di Malaysia berdasarkan harga dalam RM.

Namun apa yang sengaja tidak ditunjuk kepada kita ialah apakah gaji asas bagi orang-orang di Singapura. Sebagai rujukan bagi yang berminat untuk membuat perbandingan bolehlah
rujuk url ini. Rumusannya ialah, perbandingan gaji bagi pelbagai pekerjaan di Singapura dalam dollar Singapura adalah hampir sama (malah banyak juga yang lebih tinggi dan tidak jumpa pula yang kurang) angkanya dalam RM untuk kita di Malaysia.

Jadi, apabila kita tukarkan angka gaji di Singapura kepada ringgit (tukaran 1RM= 2.30 dollar Singapura), maka kita dapati gaji mereka di Singapura adalah 2.3 kali ganda lebih dari kita di Malaysia. Dengan itu perbandingan dalam iklan BN itu satu pemalsuan fakta dan cubaan untuk menyelewengkan fahaman rakyat. Nampak murah TETAPI dispensable income (saya bukan pakar ekonomi tak pasti istilah yang diguna dalam bahasa Melayu - mungkin pendapatan yang mampu untuk dibelanja) adalah jauh lebih banyak dari kita di Malaysia.

Kenapa pula mereka tidak pula menyenaraikan untuk dibandingakan dengan harga-harga di Brunei? Mesti ada sesuatu yang tidak mahu ditonjolkan bila mereka tidak menyebutnya
.

Dan jika kita lihat perbandingan per kapita Malaysia (USD5,780) dengan Singapura (USD30,084) (
boleh rujuk url ini), mengguna data World Bank (2006) - menunjukkan bahawa per kapita Singapura adalah hampir 6 kali ganda lebih tinggi dari kita di Malaysia.

Itulah sebabnya buku yang saya sebut di awal tadi tetap masih relevan dan sangat digunakan oleh BN dengan mengeluarkan pelbagai fakta dan statistik yang boleh mengelirukan orang ramai. Dan mereka lakukan dengan sengaja untuk menipu.

Sekian
Ibrahim Baba
25 Feb 2008


http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/02/26/iklan-perbandingan-harga-barang-keperluan-terpilih/

Isnin, 25 Februari 2008

SPR PERKENAL DUTI SETEM UNTUK BANYAKKAN CALON BN MENANG PERCUMA?

KL: Apabila Pengawai Pengurus Pilihanraya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.

Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.

Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.

Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena.

Maknanya, borang itu tiada duti setem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).

Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.

PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.

Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.

Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.

Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.

Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.

Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.

Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.

Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.

Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.

Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?

Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!

Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.

Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!

Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak "gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.

Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.

Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.

Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?

Ini persoalan baru disebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan.

BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.

Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!

Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN...

Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!