Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 12 Februari 2008

LARANGAN MEMBUJANG UNTUK AZALINA OTHMAN

OLEH : AZAMIN ALI

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said yang mengutamakan rakyat melebihi diri sendiri menjadi punca beliau masih belum berkahwin dilihat kontra dengan saranan yang dianjurkan oleh agama.

Dalam surah al-Maidah ayat 87 menjelaskan tindakan yang dianggap melampau termasuk yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi mengutamakan yang lain daripada tuntutan agama yang boleh dikaitkan dengan kenyataan Azalina tersebut.

"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan jangan kamu melampaui batas karena Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:'...Kamukah tadi yang berkata begini dan begitu? Demi Allah, bukankah aku ini orang yang paling taqwa kepada Allah, tetapi aku pun tetap berpuasa dan berbuka, shalat dan tidur dan menikah. Barang siapa membenci tuntunanku berarti ia bukan dari umatku." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kata imam al-Qurtuby bahawa orang bujang yang sudah mampu kahwin dan takut dirinya dan agamanya jadi rosak, sedangkan tiada jalan untuk menyelamatkan diri kecuali dengan kahwin, maka tiada perselisihan pendapat tentang wajibnya ia kahwin.

"Dan kahwinilah bujang-bujang kamu dan budak laki-laki dan perempuan yang telah patut kahwin. Jika mereka itu miskin, maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Tahu." (rujuk surah An Nur ayat 32).

Tiada ulasan: