KITA-KIRA 50 ahli Wanita Umno berhimpun di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya malam ini, dipercayai tidak berpuas hati dengan pengguguran ketua mereka Datuk Seri Rafidah Aziz dan jumlah kecil wakil pergerakan itu dalam kabinet baru.
Barisan anggota kabinetnya yang diumumkan Abdullah hari ini menyaksikan hanya seorang wakil Wanita Umno – Datuk Azalina Othman – dilantik sebagai menteri penuh.
Sebelum ini, pergerakan itu diberikan tiga jawatan menteri.
Tetapi kali ini, selain Shahrizat, Rafidah yang berjaya mempertahankan kerusinya di Kuala Kangsar tidak dilantik semua menganggotai kabinet.
Malaysiakini difahamkan, kumpulan Wanita Umno itu mula berhimpun kira-kira jam 8 malam dan dipercayai mahu menemui perdana menteri.
Bagaimanapun, mereka beredar 10 minit kemudiannya selepas tidak dapat menemui Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan