OLEH : GB
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini telah mengumumkan barisan kabinet barunya yang membariskan lebih separuh daripada barisan kabinetnya terdiri daripada muka baru.
Tiada lagi setiausaha parlimen yang dilantik. Rafidah Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor diantara yang digugurkan dari barisan kabinet. Ahmad Sabbery Chik, Ahli Parlimen Kemaman menjadi Menteri Penerangan. Datuk Seri Muhammad Taib Mohd dan Dato Masyitah Ibrahim sertai kabinet sebagai menteri penuh.
PM masih lagi akan memegang Kementerian Kewangan dan Mohd Najib selain dari menjadi Timbalan Perdana Meneri akan terus memegang Kementerian Pertahanan.
Beberapa perubahan dilakukan Datuk Syed Hamid Albar akan bertukar kementerian dari Kementerian Luar ke Kementerian Dalam Negeri. Jawatan Menteri Luar diisi oleh Datuk Rais Yatim.
Hishamuddin Datuk Hussein kekal sebagai Menteri Pelajaran manakala Datuk Khaled Nordin kini memegang Kementerian Pengajian Tinggi.
Datuk Zaid Ibrahim dan Amirsham Abdu Aziz (bekas Pengerusi Maybank) akan dilantik sebagai senator untuk membolehkan mereka memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Penguna disandang oleh Datuk Shahrir Samad sementara Datuk Azalina yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan kini dilantik sebagai Menteri Pelancongan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ialah Datuk Noh Omar dan Mahyudin Mohd Yassin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan disandang oleh Shafie Afdal manakala Mneteri Perusahaan Utama oleh Peter Chin.
Zulhasnan Mohd Rafique dilantik Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Ong Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan.
Datuk Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Datuk Mustapha Mohd, ahli Parlimen Jeli dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sementara Datuk Maximus Ongkili sebagai Menteri Sain, Teknologi dan Innovasi.
Datuk Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ismail Sabri sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Datuk Muhammad Mohd Hj Taib sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar manakala Nazri Abdul Aziz kekal sebagai Menteri di Jabata Perdana Menteri.
Jumlah anggota pentadbiran kerajaan kini hanya seramai 68 orang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri berbanding 90 orang, termasuk Setiausaha Parlimen pada sessi yang lepas. Jatan Setiausaha Parlimen telah dihapuskan.
SUMBER : TRANUNGKITE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan