Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Mac 2008

ALAHAI MAT SAID, BAKAL MB TERENGGANU


Oleh Abdul Halim Mohd Rashid


Daripada segi undang-undang negara, tidak baik kalau dibuat apa-apa spekulasi mengenai istana. Tetapi saya yakin tindakan Sultan Terengganu memperkenankan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB) negeri itu adalah tindakan yang sangat bijaksana. Ini bukan sinis atau sarcasm.

Kebaikan pertama yang dilihat ialah laporan Malaysiakini bertajuk "MB T'ganu: 23 wakil BN pulau Ahmad". Tidak kiralah sama ada apa yang mereka hendak buat itu jadi atau tidak jadi.

Sebaik sahaja diumumkan bahawa orang itu telah diperkenankan menjadi MB, Tranugkite melaporkan, Adun-Adun yang memboikot Mat Said telah menyerahkan kepada BPR untuk menyiasat salah laku beliau semasa membuat projek di Kijal. Bukan satu tetapi dua kes yang akan disiasat oleh BPR terhadap Mat Said. Tranungkite juga menyiarkan memo kepada Mat Said.

Hebat rupa-rupanya Mat Said ni. Amdang81 (amdang81.blogspot.com) telahpun menyiarkan posting bertajuk "MB Baru Terengganu Pencabul dan Perogol?"

Kalaupun Adun-Adun Umno Terengganu berjaya menghalang Mat Said dari menjadi MB, sekurang tindakan Istana Terengganu memasyhurkan namanya itu berjaya mendedahkan siapa Mat Said dan Umno.

Dalam perkembangan lain, sebuah akhbar tempatan melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) harus memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menurut beliau, ia merupakan kesalahan besar kira-kira 20 tahun lalu yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

Salleh juga adalah salah seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dari tahun 1999 hingga tahun 2004 dahulu. (Video mengenai Mat Said dan pautan-pautan
di sini)

Tiada ulasan: