Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 6 Mac 2008

ANWAR TAK RELEVAN - TAPI BN/UMNO BERHEMPAS PULAS

Oleh: Insan Berguna

Sudah beberapa tahun, laungan Anwar tidak relevan dimainkan oleh para pemimpin UMNO dan termasuk juga para pimpinan pelbagai parti lain dalam BN. Kadang-kadang terdengar dengan berapi-api mereka melaungkan bahawa Anwar sudah tidak relevan lagi.

Hairan pula IB, jika sesuatu benda atau personaliti sudah tidak lagi relevan, maka tidaklah perlu disebut-sebut lagi. Itulah logiknya. Tak relevan maka tidak lagi penting dan tidak lagi perlu disebut-sebut. Jika relevan dan penting diambilkira, maka kita akan selalu sebut-sebutkan.


Anehnya, kini, setiap hari beberapa pemimpin UMNO/BN terpaksa mengambilkira kepentingan yang ada pada nama Anwar Ibrahim ini.

Baik dari Pak Lah, Najib, Hishamudin, Keng Yaik, Ka Ting, Samy, Rafidah dan ramai lagi lah... tak perlulah pula nak beri publisiti menyebut nama-nama ini (termasuk juga Chandra yang sentiasa tidak puas hati dengan kelemahannya sendiri) - semuanya menyuarakan sesuatu bagi mempersoal, menjawab, menuduh, memfitnah, melaga-lagakan serta memburuk-burukkan Anwar.

IB turut tertarik dengan satu emel yang bertajuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim irrelevant? yang turut disiarkan dalam beberapa laman lain. Penulis asal emel tersebut berubah pendirian dari menyokong BN kepada menyokong Anwar. Ini kerana beliau asyik disogokkan laungan melampau bahawa Anwar tidak relevan dan telah membuatkan beliau mencari jawapan sebenar hingga akurnya bahawa Anwar sebenarnya masih relevan terutamanya dalam PRU2008 ini.

-Apakah dirasakan isu-isu yang dibawa Anwar begitu panas dan amat perlu dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
-Apakah kerana risau melihat ribuan manusia sentiasa menanti untuk mendengar ceramah Anwar di seluruh pelusuk tanah air? Itulah maknanya masih relevan.
-Apakah terlalu ramai pemimpin yang terkena dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dilodehkan oleh Anwar hingga gusar untuk mereka duduk diam? Itulah maknanya masih relevan.
-Apakah ada kebenaran dalam hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Anwar hinggakan terpaksa dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
-Apakah akan mengoncangkan peluang untuk BN menang dalam PRU ini hinggakan Anwar mesti dijadi mangsa utama untuk ditembak oleh keseluruhan jentera parti dan kerajaan serta para pemimpinnya? Itulah maknanya Anwar masih relevan.

Maknanya, ANWAR MASIH RELEVAN dan kini menjadi suatu "euphoria" dan pengharapan di kalangan pengundi, yang sudah letih dan mual dengan janji-janji manis pilihan raya, menjelang detik cemas BN 8 Mac 2008.

Ibrahim Baba
05 Mac 2008

Tiada ulasan: