Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 6 Mac 2008

APA UNTUNG SOKONG PAS/BA?

Assalamu'alaikum,

Saya sebenarnya sangsi apa sebenarnya matlamat mereka yang mendaftar sebagai seorang pemuda UMNO atau puteri UMNO. Seorang 'ahli' keluarga saya pernah mendaftar sebagai puteri UMNO dia kata dapat duit tak tahulah berapa ratus.tapi sekali sahaja sejak daftar. .

Baru sebentar tadi saya masuk laman
ahliumno.com untuk semak nombor kp salah seorang anak sedara saya. Sah dah daftar jadi pemuda UMNO.Saya belumlah sempat 'slow talk' dengan dia lagi sebab SMS sokmo tak berjawap. Bila time 'kering' barulah nampak sms dia lebat menerpa kantung inbox HP saya, kalau tak ada credit sanggup dia pinjam HP kawan hanya untuk SMS 'loan on phone".

Dulu saya tak berapa kesahlah , kalau dah kering tu pasti saya bagi pinjam ( tanpa riba). Lagi pun saya tak tahu dia ni ahli UMNO. Kalau saya tahu tentulah sedap sikit 'sos' yg saya nak bagi . Yerlah biasanya ahli UMNO kan kerek sikit, selalu mendabik dada tanya "kalau masuk PAS apa dapat? BN dah majukan negara, UMNO dah majukan bangsa?" bla bla bla tp hakikatnya ahli UMNO selalu buat muka hemoi pinjam duit penyokong PAS.

Dalam dunia internet ni pun selalu kita dengar kata2 sinis dari mereka yg dah gelap mata hati.Antara ayat yg pernah saya baca berbunyi "buat apa saya nak undi PAS/BA, sekarang saya tak ada masalah nak pakai tudung, tak ada masalah nak solat, saya dapat pakai Gen2, ada kerja tetap tak ada masalah.." Mungkin di luar sana ada lagi lirik yg seakan sama matannya dengan ayat yg saya olah itu.

Mungkin ungkapan kata2 itu amat mudah dilontar kerana yang menutur merasakan merekalah yg paling bertuah dalam dunia atas nikmat yg dikecapi hasil usaha BN/UMNO. Ditambah pula setiap hari dapat dengar celoteh farah & Faisal di hotfm. Dunia ni dah cukup gembira , apa lagi nak kacau/gugat ketenteraman dengan mengundi PAS/BA. Apa mereka boleh buat, nak tadbir kerajaan pun tak gheti.


Saya melihat fenomena ini sudah seperti barah. Sukar diubati, melainkan dengan kehendak Allah juga. Sudah banyak hujjah bernas dan rasional dicurahkan, malah yg kena batang hidung pun ada. Tapi bak kata pepatah bagi mencurah air di daun keladi.Tak ada kesan langsung..seperti mana firman Allah s.w.t dalam surah Yasin " wa sawa 'un 'alaihim a anzar tahum am lam tun zirhum la yuk minun"

Kadang kadang bila berhadapan dengan orang yang menutur seperti diatas iaitu mempertikaikan kebolehan orang 'bergama' mentadbir negara dan memberi kesenangan hidup, saya terpaksa memilih untuk turut menjadi 'bongkak'. Bongkak dengan ertikata terpaksa memberitahu mereka bahwa saya mendapat lebih dari apa yg mereka dapat sekalipun saya penyokong (belum ahli) PAS, dan saya cuba mengamal Islam sebaik mungkin. Jika mereka ada kereta ,saya juga ada . Mereka berhutang saya tidak. Mereka ada rumah saya pun ada. Saya dah tunai haji , mereka? Ini cuma perbandingan dgn ahli UMNO yg merasa tak ada 'guna' jadi ahli/ penyokong PAS.

Saya sedar ramai juga ahli2 PAS yg kurang mampu seperti mana juga ahli2 UMNO.Kepada mereka yang tidak mencabar, kita pun tak pernah nak berlagak. Buka cerita pun tidak. Rezeki adalah untuk disyukuri bukan untuk menunjuk2. Ini semua adalah reqki masing2 bukanlah PAS/UMNO yg jadi penentu.

Di sini saya melihat betapa parahnya barah kerosakan aqidah yg telah diterap oleh pimpinan UMNO/BN. Kerosakan aqidah (kepercayaan) yg terpenting di sini ialah soal siapakah Pemberi reqki. Ahli UMNO seolah2 sudah diterapkan keyakinan bahawa tanpa UMNO/BN maka reqki umat ini akan terjejas.Kalau undi PAS/BA reqki terjejas. Bukankah ini suatu penyelewengan aqidah? Kita sepatutnya yakin bahawa reqki itu haq Allah s.w.t, orang kafir pun ada reqki untuk mereka.

Kalau pun nak berkempen atau mempertahankan kepimpinan, janganlah sampai mempertaruhkan aqidah. Bagi pemimpin pula, jangan sampai membodohkan rakyat yang memang kurang cerdik berfikir. Mereka yang terdesak untuk hidup, iman pula tak sekuat mana tentunya akan ikut sahaja kemahuan pemerintah asal dapat 'reqki'. Bagi pemuda2 pula, anda semua masih muda. Jangan pertaruhkan soal aqidah ini kerana wang. Hakikatnya Allah s.w.t akan membantu hamba2nya yg ikhlas.

Anak saudara saya tu masih berhutang dengan kerajaan atas pinjaman pelajaran sebanyak RM6 ribu. Entah bila dia nak mula bayar dan sayalah penjaminnya. Kalau UMNO prihatin, kenapa ahli2nya tak dibantu? Apa untungnya jadi ahli UMNO kalau masih berhutang? Baiklah jadi ahi PAS sekurang2nya boleh dengar ceramah. selamat aqidah dunai akhirat.

Sepatutnya pinjaman pelajaran tak perlu ada, jika ada student yg rajin, cerdik dan mahu belajar sudah cukup baik. Kerajaan boleh keluar wang berjuta2 untuk projek membazir (membina bangunan tinggi untuk jadi tempat lepak yg selesa) ttp tidak mampu nak biaya pelajaran anak bangsa? Mana yg lebih penting? fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan: