Masih ada juga sentimen ke Islaman pada Pemuda UMNO ini rupanya..Jika benarlah mereka mengutuk tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem "Fitna" kenapa tidak pula mereka mengutuk dasar kerajaan yang yang secara terang gagal memerangi gejala murtad yang kian menular dengan teruk dikalangan remaja muslim di kala ini.
Jika hanya pekikan dan lolongan seperti orang gila tanpa ada usaha yang jitu untuk mengutuk tindakan ini baik lupakan sahaja. Jika benar mahu mengutuk ayuh kita boikot terus barang dari Belanda dan batalkan segala urusan dari Negara Belanda...mesti tak berani punya...Nampak hujah saya memang kurang gunakan akal tapi jika seseorang itu berprinsip dan bertegas dengan Agama yang dianutinya tak mustahil usaha ini akan dilakukan. ya atau tidak terpulang kepada masyarakat Islam membuat penilaian...
KLUANG 30 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengutuk sekaras-kerasnya tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem "Fitna" kerana jelas menghina sensitiviti umat Islam seluruh dunia.
Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penerbitan filem berkenaan sesuatu yang menyedihkan dan boleh mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga menimbulkan keadaan yang berbahaya.
"Saya betul-betul sedih dalam hal ini. Dalam hal ini bukan sahaja Pemuda Umno tetapi Pemuda komponen BN juga tidak akan berkompromi dalam hal-hal agama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat kawasan Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini malam tadi.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Sembrong mengulas tindakan Wilders dan penyebaran filem itu menerusi internet yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.
Beliau berkata penerbitan filem itu sukar diterima umat Islam atas dasar kebebasan bersuara dan semua pihak harus sedar kebebasan bersuara mahupun hak-hak tertentu seharusnya disertai dengan rasa tanggungjawab untuk memastikan seluruh masyarakat tidak tersinggung.( selama ini tak pernah aku lihat ko tersinggung jika anak muda kita lari dari pegangan agama..yang kau tahu cium keris setiap kali dalam perhimpunan UMNO )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan