Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Mac 2008

"MASYARAKAT CINA SUDAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP ONG KA TING" CHUA JUI MENG


KL: Veteran MCA Datuk Chua Jui Meng menggesa presiden parti itu Datuk Seri Ong Ka Ting meletak jawatan berikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum Sabtu lepas.

Chua berkata Ong wajar bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan MCA pada pilihan raya itu dan meletak jawatan.

"Sebahagian besar masyarakat Cina sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ong dalam MCA dan oleh itu beliau perlu meletak jawatan sebagai presiden parti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas mengenai pengumuman Ong bahawa beliau menolak jawatan kabinet atau sebarang jawatan kerajaan, Chua, yang juga bekas menteri kesihatan, berkata keputusan itu tidak memadai
.

Chua berkata kekalahan MCA juga disebabkan muka-muka baru, kebanyakannya orang asing di kawasan mereka serta tidak berpengalaman.

MCA memenangi hanya 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu dan 31 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya lepas.

Pada pilihan raya 2004, MCA menang 31 daripada 40 kerusi parlimen dan 70 daripada 90 kerusi DUN.

Ditanya siapa yang akan mengisi jawatan presiden jika Ong meletak jawatan, beliau berkata terpulang kepada jawatankuasa pusat parti untuk memutuskan siapa yang bakal menerajui parti itu.

Tiada ulasan: