Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Mac 2008

PEMILIHAN UMNO DITERUSKAN

WALAUPUN ada suara-suara dikalangan Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dan bahagian yang bimbang pada risiko berlaku perpecahan dalam parti.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO petang Rabu sebulat suara mahu pemilihan jawatan UMNO yang dijadual diadakan tahun ini diteruskan.

Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dianggotai oleh ketiga-tiga Naib Presiden,Setiausaha Agung,Ketua Penerangan dan semua pemimpin sayap UMNO Pemuda,Wanita dan Puteri.

Keputusan muktamad mengenai pemilihan itu akan dibuat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermula pada jam 3 petang inidi PWTC.Bagaimanapun dengan keputusan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu para pemerhati politik menjangka pemilihan jawatan itu pasti 'ON'.

Keputusan jawatankuasa pengurusan berkenaan diberitahu oleh Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada para wartawan selepas satu majlis di Petaling Jaya pagi Khamis.Katanya pemilihan itu adalah satu proses demokrasi dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Selasa Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberitahu semasa pertemuan Badan-badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berperingkat beberapa hari lalu ada yang meminta pemilihan UMNO itu ditangguhkan kerana bimbang 'malapetaka' akan berlaku jika ia diteruskan selepas keputusan pilihanraya 8 Mac yang mengejutkan.

Perlembagaan UMNO membenarkan pemilihan itu yang sepatutnya diadakan pada Perhimpunan Agong UMNO November lalu ditangguhkan selama 18 bulan.Ia perlu diadakan paling lewat Jun 2009

Tiada ulasan: