Oleh Adil Malaysia
Terdapat beberapa kelas politik yang perlu difahami kerana masing - masing memerlukan penyelesaian dan pendekatan yang berbeza.
Politik Kampung
Kebiasaannya Umno akan berkempen dengan mengatakan paip air dibuat oleh Umno, jalan raya Umno yang buat. Pembangunan dan kemajuan adalah hasil kerja tangan Umno.
Rakyat terutama di desa yang tidak faham erti Perlembagaan Persekutuan, atau perbezaan di antara Umno dan Kerajaan -- mereka ini tergolong dalam kelompok warga yang mudah termakan dengan dakyah - dakyah sebegini.
Mereka tidak akan termakan dengan isu - isu semasa seperti kenaikan harga barang, skandal VK Lingam, isu harga minyak, pendidikan dan kesihatan percuma. Tahniah kepada Wanita dan Puteri Umno kerana berjaya memperbodohkan rakyat marhaen.
Politik Puak
Kelas politik ini tidak mementingkan fahaman parti politik sebaliknya kekuatan seseorang wakil rakyat terletak kepada hubungan kekeluargaan dengan penduduk setempat.
Politik berpuak juga boleh mencetuskan pergeseran sesama ahli parti. Contoh mutakhir yang dapat kita lihat hari ini ialah perlantikan menteri besar Terengganu Mat Said. Pendokong Umno Kijal memberi sokongan penuh kepada beliau dan menolak kepimpinan Umno Besut yang diterajui Idris Jusoh.
Fenomena ini dikhuatiri bakal mencetuskan huru hara di Terengganu.
Politik Setempat
Kebanyakan warga bandar sangat prihatin tentang isu - isu keselamatan, isu perparitan, kebersihan, alam sekitar, keselesaan, rekreasi, gejala sosial, perkhidmatan awam dan sebagainya. Mereka lebih berminat untuk melihat perubahan positif berlaku di sekitar kawasan kediaman.
Politik Nasional
Sentimen rakyat mudah dipengaruhi dengan isu - isu semasa, seperti contoh isu campur tangan Khairy Jamaluddin di dalam pentadbiran negara, isu WPI, akta keselamatan dalam negeri (ISA), isu rasuah dan nepotisme, percaturan kehakiman, kenaikan harga petrol, pendidikan percuma, kesihatan percuma, dasar pentadbiran BN yang tidak telus, kekayaan melampau pemimpin - pemimpin atasan dan lain - lain.
Politik ini juga digelar politik kelas tinggi. Kebanyakan isu - isu ini disebar luas menerusi akhbar - akhbar politik seperti Harakah, Suara Keadilan, Rockets, Siasah dan blog - blog / laman web sosio politik di internet.
Mereka cenderung untuk menelaah isu - isu ini secara mendalam.
Kebanyakan rakyat yang tergolong dalam kelompok ini biasanya berpendidikan atau memiliki kesedaran politik yang tinggi.
Lawan Tetap Lawan
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Selamatkan Malaysia. Selamatkan Rakyat!
Penulis Tamu
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
Bahagian Wangsa Maju

Tiada ulasan:
Catat Ulasan