Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Mac 2008

SELAMAT TINGGAL PERKAUMAN.......


Oleh Mat Keri

Isu perkauman semakin didendangkan di akhbar2 dan tv sekarang. Blog2 pun ada seko dua yang mendendangkan rentak yang sama. ""Cina Dan India Berubah Undi", "DAP (Cina) Alternatif Kepada MCA", "Melayu (Umno) Berpecah", ", dan macam2 bunyi tajuk yang sempat aku terbaca sepanjang dua hari ni.

Kesimpulannya? Bagi aku, mereka cuba mengapi2kan bahawa malaya dalam bahaya sebab dap (cina) dapat kuasa! Pengundi melayu menggadai tanahair kepada yb cina! Melayu akan hancor! Tanah melayu akan jadi singapura!

Tolonglaa wahai orang ameno. Tadak trik lainka selain menakut2kan rakyat dengan perkauman dan singapura? Korang tak paham lagi ka yang rakyat dah muak dengan cakap2 dan warning2 korang yang tak berasas!

Logik ameno yang kalah teruk sekarang ni senang, dap adalah parti cina, dan menangnya dap bermakna kemenangan pada orang cina yang akhirnya akan merampas tanah melayu dan kita akan merempat menjadi seperti kaum pribumi ostolia!

Biar aku betoikan sikit. Dap bukan parti orang cina to even begin with. Ia membawa ideologi yang lebih besar merangkumi semua kaum. Hasil daripada strategi menakut2kan rakyat selama ini oleh kerajaan, ia mengecil dan akhirnya dimonopoli oleh minoriti kaum cina sahaja. Tetapi hakikatnya, ia boleh disertai oleh semua kaum. India, melayu dan cina.

Bandingkan pula ameno, mic dan mca dalam bn. Sapa boleh katakan kat aku yang itu bukan parti perkauman? Mana ada bangsa lain boleh masuk mana2 satu parti ikut sedap dia? Dan asal penubuhan ameno, mca dan mic juga adalah untuk menjaga kaum masing2!

Adakah mic akan memperjuangkan hak kaum lain? Bagaimana dengan mca? Bn kelihatan seolah2 seperti satu parti yang menjaga semua kaum, hakikatnya ia cuma terdiri daripada komponen2 perkauman yang besar. Rasionalnya, jika dalam pilihanraya nanti mic dan mca berjaya mendapatkan kerusi lebih banyak dari ameno, dan pakatan berpecah untuk membentuk kerajaan hanya dari komponen mca dan mic, siapa yang boleh salahkan mereka nanti bila mereka langsung tak mau tengok isu kaum selain cina dan india? Matlamat mereka itu sendiri adalah untuk menjaga kaum sendiri!

berbeza halnya dengan pkr, dap dan pas. Walaupun pas lebih kepada hak orang islam, tetapi islam itu sendiri menolak perkauman. Dap yang setakat ini dipelopori oleh orang cina, masih terbuka kepada semua kaum - dan disertai oleh pelbagai kaum. Begitu juga dengan pkr yang rata2 mengetahui ia merupakan parti pelbagai kaum. Menyokong mana2 tiga parti ini lebih selamat daripada menyokong bn yang mana masa depan negara kita diperjudikan oleh kaum masing2.

Atas pemahaman inilah, maka kita telah melihat senario politik kali ini berubah dengan drastiknya. Kaum cina di cheras dan kaum india di estet tidak segan silu memakai lencana parti pas yang mana suatu masa dahulu menjadi 'taboo' kepada orang bukan islam. Begitu juga anak2 muda yang telah berani membawa bendera2 dap untuk berkempen. Yang sakit hati melihat anak melayu mengibarkan bendera dap bukanlah orang melayu, tetapi orang ameno. Yang kecewa melihat orang bukan islam menubuhkan kelab penyokong pas bukanlah orang cina dan orang india, tetapi mca dan mic. Yang menghasut dan membakar api perkauman bukanlah barisan alternatif, tetapi barisan nasional!

Pilihanraya kali ini menunjukkan rakyat sudah matang dan menolak secara jelas parti berbentuk perkauman. Masing2 tahu dan sedar bahawa perkauman hanya membawa kepada kehancuran. 50 tahun ianya dipraktikkan, dan hasilnya adalah sebuah negara yang masanya dihabiskan untuk berebut harta negara antara kaum, sedangkan ianya boleh dikongsi sama rata. Jurang miskin kaya, dan kaum semakin melebar, dan rakyat telah muak dan mual dengan kehidupan sebegini. Akhirnya mereka terpaksa memuntahkannya di kertas undi.

Dan sekarang kerajaan masih tidak mahu sedar dan terus menerus menyalahkan kaum masing2. Rata2 orang ameno yang kecewa mengatakan bahawa pengundi ba menggadai negara sendiri kepada kaum lain. Menggadai masa depan negara, dan menyesali tindakan pengundi tidak memilih mereka.

Aku jawab balik dengan pertanyaan : apakah kami menggadaikan negara sendiri, atau menebus balik apa yang telah kamu gadaikan selama 50 tahun? Adakah kami menggadai masa depan negara atau memperbaiki kelemahan kerajaan selama ini dan yang akan datang? Adakah kami menyesali tindakan kami sebagai pengundi, atau kamu menyesali tindakan kamu untuk tidak bersama kami?

jJwap saja bila2 kamu suka. Kerana kami sekarang tengah sibuk membetulkan kembali negara....

matkeri
http://www.jahilgoblog.net/

Tiada ulasan: