Malaysiakini
Sesi jelajah jawatankuasa pengurusan parti untuk menemui Umno bahagian dan negeri mulai esok, dibimbangi akan dijadikan gelanggang untuk berkempen bagi menghadapi pemilihan Umno Disember depan.
Semalam, timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa pengurusan parti yang diketuainya, akan mula turun ke bawah mulai Selasa bagi berjumpa dengan kepimpinan bahagian dan negeri untuk mendapat maklum balas serta memberikan penerangan mengenai amanat yang disampaikan oleh Abdullah.
Sebelum ini pun, naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ke negeri-negeri lain.
Beberapa sumber yang rapat dengan Umno berkata, berdasarkan kepada apa yang berlaku di majlis penerangan bersama presiden Umno yang dihadiri jentera penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara semalam, ia lebih merupakan kempen yang diatur untuk menyelamatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden Umno dan Najib selaku timbalannya.
Abdullah dan Najib kini berdepan dengan tekanan daripada banyak pihak ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Dalam pilihanraya umum itu, BN kembali berkuasa dengan 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat serta kehilangan empat lagi negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang.
Umno sendiri hilang 31 kerusi parlimen.
Ekoran itu, beberapa bahagian Umno, termasuk Gua Musang yang diketuai pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah, mendesak supaya Umno pusat mengadakan perhimpunan agung luar biasa untuk membincangkan prestasi buruk parti.
Tiada peluang bertanya
Malah, Tengku Razaleigh sekali lagi menyatakan kesediaannya dicalonkan untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti pada 16 hingga 20 Disember depan.
Menurut sumber-sumber tersebut, kira-kira 1,000 orang ketua penerangan Umno bahagian serta anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak diberi peluang untuk bertanya sebarang soalan selepas Abdullah menyampaikan ucapan hampir dua jam menerangkan sebab-sebab Umno dan BN kalah teruk dalam pilihanraya tersebut.
"Beberapa mikrofon disediakan di beberapa tempat untuk membolehkan para hadirin bertanya soalan, tetapi ia (sesi soal jawab) tidak menjadi kenyataan," kata seorang pemimpin yang hadir di majlis itu semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja Abdullah selesai menyampaikan ucapan, ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, meminta supaya sesi soal-jawab tidak diadakan atas alasan penjelasan presiden Umno sudah cukup jelas.
"Tan Sri Muhd Taib bertanya kepada hadirin, 'siapa yang bersetuju sesi soal-jawab diadakan', ramai yang jawab setuju.
"Kemudian beliau bertanya 'siapa yang tidak setuju ia diadakan', ramai yang jawab tidak setuju.
"Tetapi beliau berkata, yang berkata bersetuju (dibatalkan) lebih ramai dan beliau menamatkan majlis tersebut dan Datuk Seri Abdullah berjalan keluar untuk menghadiri sidang akhbar di bilik sebelah," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu pasti menimbulkan persoalan sama ada beliau tidah mahu para hadirin bertanya soalan yang mungkin dianggap mempersoalkan kepimpinan Abdullah.
Oleh itu, katanya, tidak tepat apabila Muhammad memberitahu pemberita bahawa para hadirin yang menolak majlis soal-jawab itu diadakan.
Pulihkan keyakinan
Seorang lagi pemimpin bahagian berkata, Najib juga dilaporkan hari ini sebagai berkata, amanat presiden semalam akan menjadi penaung kepada proses perubahan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno.
"Kalau intipati ucapan perdana menteri semalam dijadikan asas, ia dilihat lebih menjurus kepada usaha memulihkan keyakinan ahli-ahli parti kepada Abdullah.
"Apatah lagi, mesyuarat perwakilan peringkat cawangan akan diadakan pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan peringkat bahagian pula pada 9 Ogos hingga 9 November depan.
"Jelas sekali, sekarang ada masa yang paling baik untuk mereka menganjurkan majlis penerangan tersebut sebelum cawangan dan bahagian Umno bermesyuarat," katanya.
Di samping itu, katanya, kenyataan Muhyiddin bahawa jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN, jelas menunjukkan ia satu usaha untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dan untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Umno di sana.
Menurutnya, banyak pihak dalam Umno yang sependapat bahawa tindakan Umno pusat menukar senarai calon pilihanraya yang dicadangkan oleh badan-badan perhubungan Umno negeri menjadi salah satu punca berlaku sabotaj di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri seperti didedahkan Abdullah semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan