Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 April 2008

AWAS !! 240 PEMBANGKANG DIAWASI



KUALA LUMPUR, 27 Mac -Barisan Nasional mengakui keberkesanan laporan media internet terutama laman-laman blog alternatif sehingga menyumbang kepada kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya yang lalu.

Naib Presiden Umno yang juga ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohammad Ali Rustam berkata, selain berkesan, laporan dimasukkan juga pantas sehingga seluruh media yang dimiliki kerajaan tidak mampu menjawab isu yang diketengahkan.

"Undi kepada pembangkang kerana mereka tidak mendapat maklum balas balik dari kerajaan. Pembangkang memfitnah kerajaan dan media tidak mampu menjawabnya." Katanya dalam rancangan 60 minit bersama menteri yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1malam tadi.

Setia usaha PAS, Datuk Kamarudin Jaafar ketika mengulas perkembangan yang sama pula memberitahu, media yang menjadi alat pemerintah sekarang ini juga sudah mula sedar dan merasai pemulauan rakyat terhadap mereka.

Tekanan ini menyebabkan mereka sudah mula memberi ruang dengan mengetengahkan laporan perkembangan pembangkang.

Bimbang dengan perkembangan ini Umno mengambil langkah menubuhkan unit siber bagi menangani 240 laman blog pembangkang yang dikenalpasti aktif melaporkan perkembangan politik tanah air.

http://www.izoblog.com

Tiada ulasan: