Setelah dihentam, diganyang, dibelasah, akhirnya ruangan komen pada blog Ali Rustam sudah dimansuhkan. Memang dari awal sudah saya jangkakan yang tiada sikap keterbukaan yang akan ditunjukkan oleh Datuk Ali Rustam (DAR) apabila berdepan dengan situasi sebegini. Apa tujuan DAR sebenarnya memansuhkan komen tersebut, adakah ini melambangkan sikap sebenar beliau yang tidak berlapang dada dan tidak boleh menerima segala pandangan apabila menerima komen sedemikian rupa ?? Hanya DAR sahaja yang boleh menjawabnya..
Apakah matlamat utama DAR membina blog ?? Jika matlamat beliau hanyalah untuk memerangi pembangkang saya rasa sukar, tambahan rakyat Malaysia pada zaman sekarang sememangnya majoriti celik IT dan sentiasa dahagakan maklumat. Mereka semua sudah boleh berfikir kerana kerakusan kerajaan BN menguasai media massa dan hanya menggasak pembangkang dengan menggunakan kuasa yang miliki tanpa memberikan sedikit peluang kepada pembangkang untuk menangkis serangan dari BN. Bermulanya dengan pengharaman majalah DETIK, Tamadun dan Harakah di hadkan pengeluaran kepada 2 kali sebulan sudah membuktikan bahawa kerajaan BN memang tidak melaksanakan demokrasi di Malaysia dengan telus..Jadi kenapa mahu menggunakan blog untuk menentang pembangkang..dulu bukan main mengatakan blogger ni beruk..last-last jilat juga najis sendiri...
Blog Parlimen dan DUN UMNO Melaka
Melihat keberkesanan blog kepada masyarakat, DAR mula menyarankan agar setiap pimpinan mempunyai blog sendiri dan sehinggakan ada cadangan agar calon yang bertanding untuk pemilihan di dalam mesyuarat agung UMNO perlulah mempunyai blog sendiri. Nampaknya selepas ini blog UMNO akan menguasai alam siber. Tunggu sajalah..
Dalam masa yang sama, DAR juga mengarahkan agar setiap DUN dan Parlimen yang dikuasai oleh BN Melaka dikehendaki mempunyai blog masing-masing. Saya sudah mengunjungi semua blog Ahli Parlimen dan DUN di Negeri Melaka. Majoriti menceritakan cerita yang sama dan ramai antara mereka mengulas dengan isu babi. Tetapi masih ada lagi ruangan komen cuma blog DAR sahaja yang takde. Baru-baru ini saya mengunjungi blog rakan saya yang bernama sebol, dimana di dalam blog beliau ada membuat kupasan mengenai isu blog DAR dan yang hebatnya belaiau ada menceritakan perihal blog klon DAR..yang menariknya semua paparan pada blog tersebut 100% sama dengan blog DAR yang asal (bukan duit sahaja dapat di'klon'kan, blog pun boleh).
Saya tidak ketahui siapa pemilik sebenar blog tersebut tetapi kehadiran blog tersebut memberikan peluang kepada rakyat untuk memberikan komen terhadap setiap hujah DAR. Syabas kepada Profesor klon kerana berjaya meng'klon'kan blog DAR..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan