Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 23 April 2008

HARAPAN KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA

OLEH : JINGOZA

Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Sudah tiba masa media di Malaysia diberi kebebasan tanpa kongkongan seperti yang ditonjolkan selama ini di bawah suntingan jahat para-para editor yang telah dibeli dan cucuk hidung oleh pemunya kebanyakan oleh individu-individu daripada parti pemerintah BN. Tujuan utama selain mengaut untung melalui media (cetak dan elektronik) mereka bertindak melindungi segala penyelewengan, kebejatan, salahgunakuasa dan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin parti pemerintah BN dengan memutar-belitkan fakta juga memburukkan parti pembangkang walau teguran atau kritikan membina, segala laporan dengan bukti pun akan disekat jika ianya daripada pembangkang, seolah-olah masih hidup di zaman purba yang tanpa media elektronik canggih seperti sekarang.

Di samping menyerang pihak pembangkang, media cetak dan elektronik digunakan untuk mengabui mata rakyat terutama yang kurang peka akan IT, akan disogok dengan bermacam hiburan yang melalaikan, menghairahkan malah ada yang sampai boleh merosakkan akidah! Seperti banyaknya lambakan telenovela dan drama daripada luar yang sangat bertentangan dengan prinsip kehidupan masyarakat Malaysia juga agama Islam. Tidak cukup dengan yang diimport, keluaran tempatan pun tidak kurang hebatnya menghina agama Islam sejak kebelakangan ini. Semua ini demi menutup kebobrokan kerajaan dengan mencandukan rakyat supaya khayal dengan hiburan ini, agar rakyat leka dan lupa segala selewengan dan kerosakkan yang berlaku.

Jika kerajaan dapat membebaskan semua media tanpa kongkongan dan bersifat telus, insyAllah rakyat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang celik kebenaran, jujur pada tingkahlaku serta prihatin akan keadaan sekeliling yang akan menaikkan lagi jati diri rakyat juga terhadap kerajaan. Ini akan meningkatkan produktiviti dan kepercayaan rakyat setelah memendam marah selama ini di hati dengan segala kezaliman yang tanpa boleh ditegur atau kritik yang akibatnya adalah keputusan PRU-12 yang barulalu, malah rakyat akan lebih menghormati kerajaan yang prihatin dan endahkan rakyat.

Moga Kementerian Dalam Negeri di bawah Dato' Seri Syed Hamid Albar tidak ada lagi merupakan menteri yang kurang cerdik menjadi Menteri Penerangan seperti satu ketika dulu yang menyebabkan seluruh dunia ketawa akan kebodohannya beringgeris dan ber'yoyo' tidak tentu pasal hujung pangkal! Ini satu kerugian besar negara Malaysia yang amat memalukan di mata dunia terhadap taraf IQ menteri tersebut !

Semoga Allah swt memberi petunjuk pada pemimpin di Malaysia untuk merobah pandangan mereka bukan sahaja terhadap kebebasan media malah juga kebebasan rakyat mengatakan kebenaran walaupun pahit, wassalam

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Oleh: jingoza

Tiada ulasan: