Semenjak hari penamaan calon PRU12 parti UMNO sudah mula bercakap tentang bangsa tentang melayu.
Di mana melayu? Di kulitnyakah, di kepalanyakah, di perutnyakah, di betisnyakah atau di kepala lutut? Apakah masih ada melayu asli di malaysia ini selain dari orang asli? Masing diri kita tahu asal usul kita, boleh tanya diri sendiri. Kalau tidak tahu nasab (keturunan) boleh tanya datuk nenek atau orang tua. Yang benar melayu asli sudah tidak ada lagi. Kebanyakan telah kahwin campur, melayu telah bercampur cina, india, amerika, uk, pakistan, arab, eropah, turki, jepun, korea, siam, afrika, kadazan, dusun dan lain-lain bangsa lagi.
Apakah benar hanya parti UMNO sahaja yang mempunyai agenda melayu dan memperjuangkan melayu? Bahkan kadang lebih melayu dari melayu (sehingga mencium keris)? Benarkah begitu wahai rakyat marhaen?
Melayu adalah satu bangsa dari bangsa-bangsa yang ada. Tapi yang merosakkan bangsa melayu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin UMNO. Tulisan jawi yang merupakan tulisan perhubungan antara melayu nusantara telah dibuang dari sukatan pelajaran malaysia adalah UMNO (bukan atas desakan MIC atau MCA-parti sekutu UMNO). Kononya tidak moden. Siapakah yang mengajar anak-anak kita bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik kalau bukan pemimpin UMNO. Di mana letaknya matapelajaran sastera melayu di sekolah yang merupakan pelajaran mengasah akal budi bangsa? Terletak di sainskah atau matematikkah? Bukanlah tidak perlu belajar inggeris, perlu sebagai bahasa perantara dunia. Tapi mengajarlah bahasa dengan cara tatabahasa inggeris ikut nahunya, secara langsung dapatlah matematik, sains atau apa saja dalam bahasa inggeris dapat difahami. Bukan main banyak tenaga dan usaha serta wang ringgit dihabiskan untuk membuat istilah sains dan matematik ke dalam bahasa melayu dulunya. Kemudian diubah, menggunakan tenaga dan usaha guru-guru belajar bahasa inggeris untuk matematik dan sains, berapa pulak belanjanya? Kalau difikir dengan akal waras, apakah semua ini? Apakah ini pemimpin melayu yang diharapkan untuk membina bangsa? Jauh panggang dari api.
Alhamdulillah nasib kita masih baik kerana Melayu itu Islam. Kerana Islamlah bangsa melayu masih ada dan insyaAllah akan kekal sehingga hari kiamat. Jika bukan kerana berugama Islam bangsa melayu telah lama pupus. Kita sedih dengan melayu yang dibawa oleh UMNO. Bahkan boleh merosakkan ugama akibatnya. Melayu punya jatidiri dan semangat kental dengan ugama Islam. Pekerjaannya selari dengan ugama, sopan santun, muafakat, pemalu tapi waja, baik dalam persahabatn, menghormati yang tua terutama ulama' dan orang berilmu ugama.
Tapi lihatlah sekarang, ahli ugama dan ulama' dicacimaki, diherdik dihina menjadi permainan di bibir. Benar juga seperti kata Ku Li, percakapan orang UMNO terhadap Kerajaan PAS Kelantan seperti Perang Salib!! Siapakah yang mengajarnya kalau bukan pimpinan UMNO? Dulu orang Arab Quraish Jahiliah membunuh anak perempuan, manakala Fir'aun di zaman Nabi Musa as membunuh anak lelaki sahaja, tetapi umat melayu terkemudian ini sanggup membunuh tak kira anak lelaki atau perempuan bahkan di buang di tong sampah atau longkang sahaja (Nauzubillah). Inilah yang dinamakan Jahiliah Kurun ke 21. Sebabnya ialah pimpinan kita mendahulukan bangsa dari ugama. Siapa lagi kalau bukan pimpinan UMNO yang mengajar umat melayu dengan pesta hiburan, tidak medengar cakap ulama' walaupun beliau itu bertaraf mufti, orang ugama tangkap artis buat maksiat, orang politik melayu UMNO membebaskannya. Sejalankah lagi bangsa melayu dengan ugamanya? Inilah juga antara sebab kenapa kaum lain yang bukan berugama Islam tidak menghormati melayu UMNO dan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO! Mereka lebih menghormati Islam yang dibawa oleh PAS....
Sedarlah sekarang dan di masa akan datang adalah kurun Islam kembali memerintah alam ini. Ini janji Allah. Siapa yang nawaitunya Islam, maka ia selamat. Kalau nawaitunya bangsa dan merompak hasil mahsul negara, akan kecundang. Akan datang pemerintahan seperti negara Islam Madinah. Mekah walaupun hanya punya satu bangsa satu keturunan Quraish sahaja tetapi tidak tertegak negara Islam. Tidak ada munafik. Yang ada cuma Islam dan kafir. Tertegak negara Islam bermula di Madinah. Penduduk MAJMUK bangsa dan ugama. Ada Yahudi, ada Nasrani, ada Badui kepercayaan nenek moyang, ada Farsi ada munafikun. Sebuah negara berbilang kaum pelbagai kepercayaan. Tapi dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ianya boleh bersatu. Jadi tidak benarlah apa yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO bahawa undang-undang Islam tidak boleh ditegakkan disebuah negara yang pelbagai kaum. Tidak benar sama sekali.
Jadi biarkanlah melayu UMNO yang telah runtuh itu pupus dan menjadi lipatan sejarah. Satu dua pemimpin purba UMNO masih lagi juga cuba menyambung talihayatnya. Tapi aroma melayu yang dibawanya makin hanyir dan meloyakan. Layu.....
My As

Tiada ulasan:
Catat Ulasan