DIBAWA KHAS OLEH : TUN TELANAI
Baca rencana ini dulu :
ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.
Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan Yahudi.
Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama:"Anwar Prime Minister in the making." Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya?
Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara dan penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada cara Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya?
Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya.
Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.
Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel.
Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel.
Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.
Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.
Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.
Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan.
Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.
Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.
Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.
Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.
Semua orang tahu.
Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post.
Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.
ULASAN :
Rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] on-line ini ditulis oleh seorang yang mempunyai agenda politik adu-domba dan mempunyai prasangka politik yang amat buruk terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti-parti pembangkang [PAS, PKR dan DAP] dalam Pakatan Rakyat yang baru dijenamakan. Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dan UM yang menjadi lidah rasmi UMNO ialah untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya jangan memberi kepercayaan atau undi kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Sekiranya benar apa yang dijangkakan yang Anwar Ibrahim akan bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PKR dalam PRU lepas, maka selepas 14 April ini akan ada pilihan raya kecil dan sudah pastinya isu ini akan dijadi bahan kempen utama UMNO untuk menghalang Anwar menapak ke hadapan dalam main-stream politik negara.
Rencana ini juga diterbitkan susulan daripada kenyataan Tun Dr.Mahathir Mohamad di Pulau Pinang pada 30 Mac lalu [Rujuk :http://www.malaysiakini.com/news/80609] ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong. Dr.Mahathir mendakwa Anwar sebagai agen asing dan Anwar akan memperalatkan orang Melayu bagi kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan melakukan pengkianatan terhadap orang Melayu-Islam serta rakyat bukan Melayu. Pendik kata Anwar manusia hipokrit atau dalam Islam istilahnya disebut 'munafik'.
Maksud tersirat disebalik kenyataan Dr.Mahathir dan tulisan Hanafiah adalah negara dan bangsa Melayu-Islam dalam bahaya sekiranya Anwar diberi peluang mentadbir negara ini. Anwar akan sanggup berbuat apa sahaja hatta mengadai maruah bangsa, agama dan negara kepada Barat khususnya Amerika Syarikat [AS]. Israel-Yahudi akan mencaturkan politik dan dasar negara ini melalui pengaruh AS sepertimana apa yang terjadi di Asia Barat. Ketika itu, rakyat dan negara ini akan hancur kerana berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan sesama umat Islam dan juga umat Islam dengan bukan Islam hasil daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Israel. Ketidakstabilan politik ini menjadikan seluruh kegiatan sektor ekonomi negara akan musnah dan rakyat akan menanggung penderitaan sepertimana yang dirasai oleh rakyat Palestin dan Iraq masa kini. Monyet di hutan disusukan, anak dalam dokongan keciciran. Itulah mesej yang mahu disampaikan oleh mereka berdua ini kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr.Mahathir dan Hanafiah mempunyai agenda tertentu. Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr.Mahathir menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayangnya sendiri. Dalam keadaan politik UMNO kucar-kacir dan lemah, tetapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat khasnya PKR melalui wajah politik barunya telah mendapat sambutan dan perhatian seluruh rakyat terutama di kalangan rakyat bukan Melayu seperti yag ditunjukkan dalam PRU lepas. Hal ini menyebabkan Dr.Mahathir merasa bimbang dan kecut perut di atas segala kesalahan yang beliau lakukan selama 22 tahun memerintah.

Banyak penyelewengan dan salahlaku yang dilakukan oleh Dr.Mahathir dalam tempoh tersebut akan ditimbulkan kembali sekiranya Anwar ditakdirkan berjaya menguasai politik dalam negara ini-menjadi Perdana Menteri. Kes-kes yang terpendam selama ini yang melibatkan amalan rasuah dan pelindung perasuah, rasuah dalam sistem kehakiman negara, krisis kehakiman dalam tahun 1988 dan isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara akan dibangkitkan semula bagi mencari keadilan. Sudah tentu semua isu ini akan dibongkarkan yang boleh mencemarkan nama baik beliau sebagai negarawan terulung di dalam negara ini.
Sepatutnya beliau tidak diganggu lagi dalam usia setuanya, biarkan beliau dalam keadaan tenang dan damai menghadapi saat-saat mengadap Allah s.w.t., tetapi keadaan sebaliknya berlaku.
Perkembangan terkini menunjukkan bahawa politik Anwar Ibrahim menonjak naik melambung, berbanding Abdullah Ahmad Badawi saham politiknya menjunam jatuh akibat beliau menghadapi berbagai masalah dalaman parti dan hal-ehwal pentadbiran negara menyebabkan UMNO menjadi lemah dan boleh ditumbangkan bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu, mahu tidak mahu Dr.Mahathir terpaksa melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan Anwar lebih jauh dalam arus politik negara ini. Jadi, isu Anwar menjadi agen asing difikirkannya masih relevan untuk menakutkan rakyat agar menjauhkan diri daripada perjuangan Anwar yang mulai diterima rakyat berbilang kaum dan agama.
Kedua, Hanafiah menulis bagi memulihkan semangat para pendokong UMNO yang terkedu akibat terkejut beruk akibat kekalahan yang mereka terima di luar jangkaan yang menyebabkan timbulnya keributan dalam UMNO. Walaupun UMNO [membawa maksud BN juga] menang dan dapat mengekalkan kuasa untuk memerintah Malaysia kembali, namun ia merupakan kemenangan dalam kekalahan yang paling teruk dalam PRU lalu. Hanafiah sedar bahawa kerajaan UMNO telah kehilangan kepercayaan rakyat. UMNO kehilangan lima negeri [Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan kekal di bawah PAS] termasuk Pulau Pinang, di mana Abdullah merupakan Pengerusi UMNO negeri tersebut. UMNO juga, buat pertama kali dalam sejarah, gagal mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen. UMNO hanya memperolehi 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi dan Pakatan Rakyat memperolehi 49.79 peratus.
UMNO memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 kerusi, hanya lebih 5 kerusi. Tanpa adanya Serawak dan Sabah yang menyumbang 40 peratus sebanyak 55 kerusi, sudah tentu UMNO sudah jatuh daripada tampok kekuasaannya sekarang. Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi penyatu kepada parti-parti pembangkang utama sehingga mencapai kemenangan besar dalam PRU lalu. Menyedari hakikat tersebut, maka Hanafiah terpaksa menulis rencana berkenaan bagi pihak UMNO bagi tujuan menimbulkan keraguan dan ketakutan dikalangan rakyat terhadap perjuangan sebenar Anwar.
Dakwaan terhadap Anwar sebagai agen asing dan tulisan yang berbau unsur hasutan berdasarkan andaian semata-mata tanpa bukti merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun. Dunia sekarang ini bersifat global dan terbuka. Selaras dengan dasar luar Malaysia yang mahu berbaik-baik dengan semua negara di dunia tanpa mengira ideologi dan sempadan politik adalah menjadi matlamat utama wajah politik di Malaysia kini. Tanpa ada fahaman perkauman dan diskriminasi yang berlaku di antara kaum dalam negara ini atau pun dengan negara-negara luar sama ada blok barat atau blok timur atau sebagainya.
Anwar cuba membawa agenda ini untuk kebaikan seluruh umat manusia tidak kira di mana ia berada. Ianya adalah sesuai dengan zaman bertamadun di abad ke 21 ini. Islam adalah agama universal dan keadilan sejagat merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam yang perlu dilaksanakan. Mempertingkatkan hubungan dalam dan luar negara tentu akan menambahkan lagi hubungan dua hala dan meningkatkan lagi kerjasama dalam berbagai sektor untuk memajukan negara dan rakyatnya. Hendaklah kita berkawan dengan semua orang. Kurangkan musuh, banyakkan sahabat. Islam sendiri mengalakkan umatnya mengenali satu sama lain.
Berbuat baik dengan barat [khususnya AS] tidak berti kita menyokong segala dasarnya yang tidak menguntungkan ummah. Pertemuan face to face di antara Abdullah [Dr.Mahathir juga pada tahun 2001] dengan Presiden George W. Bush sedikit masa lalu, tidak bererti Abdullah menyokong dan dijajah pemikirannya oleh AS dan Yahudi telah pun berjaya menyusup masuk mencampuri urusan dalam negara kita.
Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1964 di AS, Dr.Mahathir juga pernah mengadakan pertemuan dengan Dr. Henry Kissinger, ketika itu sebagai Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi dalam seminar anjuran Asia Foundation.
Selepas itu, Dr.Mahathir telah mengadakan dua kali pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissinger, Pertama di New York dan kali kedua di Kuala Lumpur pada 6 Mac 1987. Ianya diadakan secara perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur" anjuran ISIS ketika itu dibawah pentadbiran Dr. Noordin Sophie.
Dr.Mahathir juga pernah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor [Datuk Bandar] berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles pada Januari 1997. Dalam pertemuan tersebut Dr.Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan atau perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Idea itu terhenti apabila Abdullah mengambilalih tampok pemerintahan negara kerana Abdullah bukan seorang yang cintakan ilmu lebih-lebih lagi dalam dunia ITC.
Pada tahun 1997, Dr.Mahathir menjemput belia-belia [pelajar-pelajar] Israel melawat Malaysia untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah IPTA di ibu negara dan membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa [ICC]. Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh Dr. Mahathir. Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Krian YB Salahuddin Ayob ditangkap dan dipenjarakan selama 3 bulan.
Sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi diberi kontrak untuk membantu UMNO merangka strategi pilihan raya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihan raya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat [Dr. Henry Kissinger juga merupakan penasihat kepada Presiden Reagan]. Pada tahun 1998, negara mengalami krisis kewangan dan Dr. Mahathir mengambil syarikat Solomon Smith & Barney [juga sebuah syarikat Yahudi] sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika dan Eropah.
Dan pada September 1999, Menteri Luar Malaysia ketika Syed Hamid Albar [kini Menteri Dalam Negeri] telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga,
Pada 13 Oktober 1994, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa Dr.Mahathir telah memberitahu bahawa pengiktirafan [Israel] adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestin dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur dalam mesyuarat tersebut. dan pada Disember 1996, Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Ini adalah rancangan Dr.Mahathir untuk menjalinkan perhubungan diplomatik dengan Israel.
Itu adalah serba sedikit catatan peristewa yang pernah dicatatkan yang melibatkan hubungan Dr.Mahathir dengan Isreal-Yahudi secara langsung. Kenapa akhbar dan Hanafiah tidak menuduh Dr.Mahathir sebagai pengkianat bangsa, agama dan negara lebih-lebih lagi UMNO sekarang menghadapi kecaman yang paling hebat daripada Dr.mahathir, malah sepatutnya Dr.Mahatir tidak perlu membuat sebarang tuduhan dan dakwaan yang melulu terhadap Anwar Ibrahim. Dr. Mahathir juga mempunyai pendekatanya tersendiri untuk membela bangsa, agama dan negara.
Persoalanya, kenapa Anwar dituduh sedemikian rupa sedangkan beliau juga mempunyai pendekatan tersendiri bagi membina negara ini?
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan