Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 4 April 2008

PENDAPAT IKHLAS KU UNTUK BN

Hari ke hari, tulisan ke tulisan, peristwa ke peristwa, berita ke berita..makin kita lihat apa yang berlaku sekarang nampaknya sangat menampakkan akan New Book of Malaysia kata Prof Diraja Ungku Aziz..it is not new chapter...New Book diulang lagi oleh Pak Ungku..

Melihat sejarah Malaysia yang baru 50 tahun, kita tidak menyangka rupanya perubahan tetap berlaku meskipun sudah beribu kali kita ditanam dengan slogan hanya BN yang boleh memerintah. Apa faktor menyebabkan ia berlaku, sudah banyak diulas oleh penulis-penulis pengkaji-pengkaji, bukan sorang dua bahkan dikaji oleh dikomen oleh 27 Juta Rakyat Malaysia... semua rakyat 27 juta sudah pandai menjadi pengkaji hari ini.

Sejak akhir-akhir ini juga dunia korperat di war-warkan rebranding..penjenamaan semula.. yang baik disebut penjelmaan semula... tapi sebab bunyinya macam mahluk-makhluk halus maka bahasa ini tidak digunakan.


Maka MIC dah mula nak buat rebranding, umno sibuk nak reformasi, MCA hingga Presidennya tak mahu jawatan kabinet, Gerakan dah makin garang belasah umno semuanya kalut belaka. Tapi umno tak pulak sebut nak rebranding nie...pada aku eloklah semua nie buat rebranding. Tak kiralah nak menjelma semula..atau nak menjenamakan semula tak kiralah mana yang sesuai asalkan jangan buat perangai lama.

Ada satu tulisan dan banyak juga pendapat kita patutnya ke arah sistem 2 parti, macam Liberal dan Demokrat di luar negara tu, banyak negara maju Jepun US dan lain-lain buat sistem itu, dan ini ramai orang tahu. 2 Parti ni saling bertukar, kan ker bagus...hari nie hang dapat jawatan hang tak buat kerja..aku tukar dia pulak...dia pulak kalut, aku tukar hang pulak...yang untung kan rakyat dapat yang terbaik.. ini tidak dapat 50 tahun..baik ker tidak 50 tahun, buat apa pun dia saja... so sekarang tanda 50 tahun tu hampir dan Insya Allah akan tamat.

Jadi aku mencadangkan BN nie tukarlah nama.. rebranding.. percayalah pada CEO CEO yang buat rebranding nie...atau pilihannya bungkus terus dan tak akan muncul tinggal sejarah saja. Pakatan Rakyat nie masih baru, tak sampai pun 2 bulan maka harapan, semangat, komitmen masih tinggi. dan belum teruji kemampuan kecualilah dah 2-3 tahun. yang baik nya kalau di beri peluang 10 tahun, 2 penggal maka akan nampak kesannya.

Aku bukan apa kesianlah tengok BN nie, kalut tambah kalut, macam nak pupus pulak. Walaupun aku suka BN pupus sebab perangainya, aku tetap mahu ada tukang check pada yang baru nie Pakatan Rakyat..almaklumlah manusia bila dah mempunyai kuasa, akan di uji, bila duit depa mata, kuasa ada, maka kena ada orang tukang tengok..so hasil nya kita buat lah macam negara maju tu tukar-tukar...bukan ker kita nie nak maju..?

Jadi BN tukarlah nama, MIC tukar nama, MCA tukar nama, Umno pun sama tukar nama, janganlah kempen pembangunan lagi, janganlah kempen yang merapu macam dulu, menipu merampok macam dulu, tukarlah sikit-sikit ya lah, kalau dah imej perampok, kena masuk jel dulu, bila keluar jel.. juallah goreng pisang, lepas tu rajin-rajin ke surau, rajin-rajin buat kerja amal lepas tu tunjukkan ikhlas bertaubat, slow slow naik baik buat benda baik... kalau dah macam tu nanti...buatlah gagasan baru, lawan balik, lawan dengan gentlemanlah, sementara SPR dah dibetulkan, aku sangatlah suka, kalau tukar-tukar sebab aku akan dapat yang terbaik.

Cuma itulah....yang aku tak pasti kalau dah perangai tu 50 tahun berapa tahunlah pulak diperlukan untuk pulih jadi betul-betul baik, kalau ikut umur manusia 50 tahun nie alamatnya tak sempat pulih, dah tak ada kederat dan menunggu masa mati dan pupus terus.

Nota : Dr Khir Toyo, Shahidan Kasim, Idris Jusoh tu kalau tak ada kerja baca lah tulisan aku nie

MNI

Tiada ulasan: