Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 9 April 2008

SETIAUSAHA UMNO PAHANG LETAK JAWATAN

KUANTAN: Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Paya Besar berkata, surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar melalui faksimili pada jam 11 pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini daripada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga pengerusi Perhubungan Umno negeri berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Tajuddin berkata peletakan jawatannya itu adalah selari dengan pendiriannya yang meminta Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu dengan meletakkan jawatan masing-masing.

"Saya adalah pemimpin rantaian daripada MT sedia ada, jadi biarlah saya bertanggungjawab dengan meletak jawatan dulu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad Tajuddin yang memegang jawatan itu sejak 1999 berkata, peletakan jawatannya juga tidak didorong oleh tekanan sebarang pihak.

Tiada ulasan: