TG KUDIN
Pada 5 dan 6 April lalu Melaka Bandaraya Bersejarah sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjadi negeri pertama yang menganjurkan konsert 'jom heboh' di Malaysia walaupun telah difatwakan haram oleh pihak mufti beberapa tahun yang lalu di mana pada ketika itu ianya dikenali dengan nama 'sure heboh'.
Konsert ini diharamkan kerana antara lainnya melibatkan percampuran bebas lelaki dan wanita tanpa batasan, kita akan dapat melihat remaja lelaki dan wanita berpelukan (beromen) dek kerana khayal dengan hiburan melampau yang disajikan oleh artis tanahair kerana itu adalah fenomena biasa.
Mereka ini biasanya datang secara berpasangan dengan motorsikal ataupun kereta seawal maghrib lagi untuk menghabiskan masa dengan berhibur dan majoritinya ialah Melayu Islam, apatah lagi ianya disediakan secara percuma oleh pihak penganjur.
Bagi yang 'brutal' sikit akan menghisap ganja ataupun syabu untuk layan kepala, tidak kurang juga arak yang menjadi alternatif kepada penagih dadah apabila kehabisan stok. Biasanya mereka akan minum arak murah dari jenis samsu berharga RM 5 hingga RM 10 dan dicampur dengan coke atau pepsi secara beramai-ramai untuk jimatkan kos. Mereka ini kemudiannya mencari-cari bohsia atau bakal bohsia bagi memuaskan nafsu pada malam itu.
Setelah berakhirnya konsert, ada di antara mereka tidak akan terus pulang ke rumah sebaliknya akan menyambung kembali adegan-adegan ringan yang dilakukan tadi di 'port' yang selamat dan seterusnya tuan-tuan fikirkanlah sendiri 'endingnya'. Kesimpulannya ianya mengundang kepada berlakunya perzinaan yang begitu jijik dan diharamkan oleh Islam.
Kita boleh kata bahawa konsert itu tidak menyuruh melakukan zina tetapi kita tidak boleh nafikan bahwa ianya mengajak kepada mendekati perzinaan.Maka tidak hairanlah Melaka mencatatkan kadar kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2007 terdapat 261 kes mengandung anak luar nikah membabitkan remaja perempuan berlaku di negeri ini dan ia meningkat sebanyak 37 kes berbanding tempoh sama tahun 2006 iaitu sebanyak 223 kes.
Ini belum dicampur lagi dengan kes khalwat dan perzinaan yang juga dilaporkan meningkat setiap tahun.Lebih mengejutkan lagi apabila Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam menyatakan dengan bangganya bahawa kalau boleh beliau ingin mengadakan konsert ini setiap bulan di Negeri Melaka.
Inikah dia mentaliti seorang pemimpin yang mengaku membela nasib bangsa, agama dan negara? beliau sanggup merosakkan anak bangsa sendiri bagi mengekalkan kelangsungan kuasa beliau kerana golongan yang dapat dilalaikan inilah yang akan mengundinya pada setiap pilihan raya.
Sebenarnya konsert ini adalah pesta keramaian yang diadakan oleh Ali Rustam setelah berjaya mengekalkan kuasanya di negeri ini, ianya biasa dilakukan oleh raja atau pembesar Melayu dahulukala selepas berjaya memperolehi apa-apa yang dihajati. Ini adalah hadiah Ali kepada rakyat Melaka khususnya yang telah bermatian mempertahankan beliau.
Untuk pengetahuan semua, Melaka adalah negeri yang banyak menganjurkan pesta hiburan di mana hampir setiap bulan ada sahaja program atau pesta hiburan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan terbaru kerajaan negeri akan mengadakan pesta Melaka Bandaraya Bersejarah yang biasanya juga disajikan dengan konsert hiburan.
Apakah tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi mengatasi permasalahan ini? cukupkah sekadar hanya memasang 20 papan tanda peringatan mengenai kesalahan syariah di lokasi strategik dan tumpuan orang ramai terutama di kawasan pantai serta taman rekreasi di negeri ini maka JAIM sudah boleh mendabik dada mengatakan mereka sudah bertindak sewajarnya.
Sedangkan punca maksiat yang begitu berleluasa di depan mata dipejamkan begitu sahaja, jika kamu mengatakan ini ialah soal hak asasi mereka yang inginkan hiburan ! bagaimana pula dengan hak asai kami yang ingin hidup tenang tanpa diganggu dengan keresahan membesarkan anak bangsa dalam suasana serba kalut ini. Manakala pusat hiburan bagai cendawan tumbuh selepas hujan seperti disko dan dangdut yang sedia ada di Melaka Raya telah diiktiraf kejayaannya saban tahun dalam menghasilkan modal insan yang dicita-citakan oleh Ali Rustam.
Ditambah pula dengan pusat pelacuran yang diwariskan turun-temurun seperti pokok kelapa, kedai kopi ...., rumah tumpangan ...., SPA, dan sebagainya menjadikan Melaka lokasi menarik untuk dijadikan pusat pelancongan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan