"Saranan MIC supaya kerajaan membebaskan lima aktivis HINDRAF yang ditahan mengikut ISA ,dibuat secara ikhlas atas dasar perikemanusiaan......" Inilah antara kata-kata yang tertera di muka 6 akhbar Berita Harian hari ini ,Rabu 2 April 2008.
Menarik juga saranan ini walaupun ianya dibuat setelah MIC kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang baru saja berlalu dan orang yang membuat seruan itu, sudah tidak punya kuasa dalam kerajaan.
Ya, saya percaya, seruan itu dilakukan secara jujur. Namun, suka saya menyebutkan, sepatutnya bukan setakat MIC saja, malahan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, sepatutnya sama-sama tampil dengan saranan dan seruan masing-masing supaya semua tahanan ISA dibebaskan, ISA di mansuhkan dan elok tutup saja Kem Kamunting yang telah menjadi tempat tahanan tanpa bicara kepada ramai ahli politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.
Selama ini, Parti PAS sentiasa konsisten, atas dasar perikemanusiaan, menyeru supaya semua tahanan ISA tanpa mengira kaum, agar segera dibebaskan .Dato'Sri Anwar Ibrahim, ketua de facto PKR dan juga Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang kini Ketua Menteri Melaka, kedua-duanya pernah ditahan dibawah ISA, juga membuat seruan yang sama.
MCA masih membisu dalam isu ini, manakala UMNO secara terus-terang melalui lidah para pemimpin nya (cari kata-kata mereka di Media arus Perdana),menyatakan mereka amat memerlukan ISA untuk memastikan "keselamatan Negara" tidak terancam. UMNO, sebuah parti yang selalu mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu yang majoritinya berugama Islam, seharusnya memberi contoh yang baik kepada parti lain , terutama dalam usaha mempertinggikan nilai-nilai kemanusiaan , dan sepatutnya sanggup atau bersedia mendengar keluhan rakyat yang sedar dengan kezaliman ISA dan seterusnya menggantikan akta zalim itu dengan undang-undang lain yang sedia ada di Negara kita.
Terlalu banyak saranan, cadangan dan seruan yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan dan badan Hak Asasi dari dalam dan luar negeri contohnya seperti SUHAKAM di Malaysia dan Human Rights Watch di Amerika menyelar penggunaan ISA yang terlalu berleluasa.Semua seruan itu sama dengan cadangan PAS,PKR dan DAP iaitu semua tahanan ISA diberi perbicaraan yang adil atau dibebaskan saja, dan akta ISA itu dimansuhkan saja dari perundangan Malaysia.
Namun, para pemimpin UMNO yang memegang tampuk pemerintahan, kelihatan begitu "keras hati" untuk membebaskan semua tahanan ISA.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri ialah Abdullah Badawi yang juga Perdana Menteri Malaysia. Walaupun mempunyai kuasa dua dalam satu, beliau tidak menggunakan kuasanya untuk membebaskan semua tahanan ISA.Malahan, zaman Abdullah Badawi atau nama mesranya Pak lah, satu rekod baru telah dicipta, dimana beliaulah Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai tahanan ISA paling lama, iaitu 6 tahun dan telah ditambah dua tahun berikutnya, kepada lapan tahun!!!

Sungguh rendah perikemanusiaan Pak lah!!
Terkini, masih ada 70 tahanan ISA dari pelbagai kaum dan ugama masih ditahan antara 3bulan hingga ke 6 tahun, di Kem Kamunting.
Selepas kekalahan teruk B.N dalam Pilihanraya Umum ke12 baru-baru ini, Pak lah telah menurunkan kuasa Menteri Dalam Negeri kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar. Rakyat menjangka, perubahan jawatan ini akan memberi satu sinar baru terhadap semua tahanan ISA, namun segala harapan itu hampa belaka.
Ye lah, kalau dah UMNO tu, UMNO juga, nampaknya sikap dan pendirian Syed Hamid juga sama dengan Pak Lah, iaitu tahanan ISA belum boleh dibebaskan kerana mereka "masih menjadi ancaman"kepada Negara.
Adakah kita terpaksa menunggu UMNO dan semua pemimpinnya di mansuhkan, barulah semua tahanan ISA dapat menghirup udara bebas di dunia ini? Siapakah sebenarnya yang mengancam Hak Asasi Rakyat Malaysia?
Kebenaran akan timbul juga satu masa nanti. Hanya masa yang akan menentukannya........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan