Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 5 Mei 2008

BERSIH CABAR RASHID TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA

1 Mei 2008

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada 30 April 2008 suatu yang memalukan.

Tan Sri Abdul Rashid mengatakan bahawa pilihanraya 2008 pilihanraya terbaik tetapi sebenarnya pilihanraya itu dipenuhi dengan kepincangan.

Sekiranya Tan Sri Rashid yakin terhadap kenyataannya, BERSIH mencabar beliau untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Terhadap Reformasi Pilihanraya (RCER) bagi menyiasat penipuan dan kepincangan pada proses pengundian 2008. BERSIH juga mencabar agar diwujudkan suruhanjaya bebas untuk mengkaji senarai komprehensif dalam keperluan menjalankan reformasi.

Bahkan Rashid sendiri telah memanggil panel bebas untuk mengkaji reformasi pilihanraya pada awal 2007.

BERSIH mengecam keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pengundian diadakan. Tindakan ini dianggap sebagai suatu yang tidak professional dan memalukan kerana ia membenarkan pengundian berganda oleh pihak ketiga.

Memandangkan kemenangan Barisan Nasional (BN) amat tipis sehingga pihak pembangkang boleh membentuk kerajaan sekiranya mereka memenangi tambahan 56,822 undi di kerusi-kerusi BN terlemah dengan pembatalan beberapa arahan di bawah kerajaan BN.

Sekiranya pembatalan dakwat kekal diakibatkan daripada kekangan perlembagaan dan undang-undang, maka Tan Sri Rashid sepatutnya meletak jawatan dan bertanggungjawab dalam hal sedemikian.

Selepas Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun meluluskan penggunaan dakwat kekal pada Ogos, mengapa SPR tidak mengusulkan pindaan-pindaan yang sesuai terhadap Perlembagaan dan perundangan dalam masa enam bulan sebelum pembubaran parlimen?

BERSIH menekankan bahawa SPRbukan hanya gagal untuk melaksanakan dakwat kekal seperti yang dituntut oleh BERSIH. Selain itu, BERSIH juga menuntut pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos untuk anggota keselamatan, tempoh kempen 21 hari dan akses media adil. Kesemuanya tidak dilaksanakan.

Pendaftaran berganda juga menimbulkan banyak keraguan bilamana pengundi pos dan system pengundian pos mungkin telah menyelamatkan BN di beberapa kerusi 'panas' seperti Titiwangsa. Sehingga kini, SPR gagal untuk memberi sebarang balasan berkaitan dengan aduan-aduan yang diberikan atau sekurang-kurangnya menyatakan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah sedemikian.

Sekiranya Pilihanraya Ke 12 boleh dilabelkan sebagai "salah satu pilihanraya terbaik yang pernah dialami", apakah kau ukur dalam proses pilihanraya diambil bagi menyelamatkan pihak SPR daripada menjelaskan penipuan dan kepincangan yang berlaku? Adakah Abdul Rashid sedar tsunami politik yang melanda pada 8 Mac?

BERSIH melihat serius mengenai aduan-aduan yang dilontarkan oleh pengundi-pengundi Malaysia di seluruh Negara dan terus mendesak supaya menubuhkan Suruhanjaya diRaja Reformasi Pilihanraya, selagi SPR tidak menjalankan tindakan-tindakan konstruktif bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dalam pilihanraya

Tiada ulasan: