Oleh: Abdul Rahman Abdul Talib
Apa lagi alasan yang kamu hendak berikan, wahai Ezam Mat Nor?. Parti yang kamu kutuk dan nista sekarang kamu hendak masuk kembali. Di mana maruah kamu sebagai seorang pejuang, sebagai seorang yang berprinsip, sebagai seorang yang memperjuangkan kebersihan daripada korupsi?
Puas saya memikirkan alasan-alasan kukuh yang boleh dijadikan dasar bagi kemasukan kamu kepada UMNO, tapi jelas saya gagal. Sekiranya kamu kata kamu hendak memartabatkan agama Islam, adakah UMNO sebuah parti yang dapat melakukan demikian?
Selama ini bukankah Pak Lah menyerahkan polisi agama beliau kepada Sisters in Islam dan Nori Abdullah? Bukankah di bawah Pak Lah Mahkamah Syariah hampir-hampir menjadi tempat “buangan sampah”? Bukankah Pak Lah yang cuba untuk menghalalkan murtad?
Apakah Ezam merasakan beliau lebih berpengaruh daripada kumpulan Sisters In Islam dan Nori Abdullah dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam? Ini satu soalan praktikal yang perlu Ezam jawab.
Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa si munafik Zainah Anwar sentiasa menggunakan Nori untuk memaksa Pak Lah menghancurkan Islam di Malaysia. Maklumat yang saya dapat bahawa Zainah amat takut akan kejatuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana ini bererti Sisters In Islam akan menjadi tidak berpengaruh lagi. Walaupun SIS telah banyak menyusahkan Pak Lah dalam hal berkaitan dengan Islam, namun Nori masih mampu mempengaruhi Pak Lah untuk menghapuskan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit.
Cuba lihat sehingga hari ini, Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan terbantut pelaksanaannya hasil daripada usaha si munafik Zainah Anwar. Sedangkan sokongan rakyat kepada Undang-undang ini amat jelas dan terang tetapi hanya kerana pengaruh Zainah dan Nori, undang2 Islam berjaya di hapuskan.
Sudah banyak kali, si munafik Zainah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak selesa dengan pegawai-pegawai kerajaan yang secara jelas dan terang mahu melaksanakan Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Zainah mahu memastikan pelaksanaan Islam dihapuskan daripada pentadbiran negara. Senjata Zainah adalah Nori Abdullah.
Sekali lagi saya menyatakan, adakah Ezam mampu menyaingi pengaruh Nori ke atas Pak Lah?
Alasan Ezam yang lain adalah beliau ingin memperjuangkan agar rasuah dan salah guna kuasa dihapuskan di Malaysia. Ezam ada berkata yang beliau hendak membawa 6 kotak beliau ke dalam UMNO? Soalnya, untuk apa?
Sdr Anwar Ibrahim sendiri telah mencuba dan gagal. Malahan, beliau nyaris hilang nyawa beliau apabila beliau dengan agresif ingin memerangi rasuah. Adakah Ezam Mat Nor ingat beliau sama hebat dengan Anwar Ibrahim? Bahawa beliau mampu naik sekurang-kurangnya ke tahap Timbalan Presiden UMNO?
Adakah saudara Ezam lupa bahawa beliau dahulunya hanya bertaraf Timbalan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan sahaja? Apa harapan beliau untuk naik tinggi dalam sebuah parti yang dipenuhi mereka-mereka yang korup dan makan duit haram seperti UMNO?
Dengan kata lain, Saudara Ezam ingin membersihkan rasuah di dalam sebuah parti yang dipenuhi perasuah?
Daripada segi logik, tindakan Ezam ini adalah amat dangkal.
Mungkin saudara Ezam beralasan bahawa kemasukan beliau adalah untuk menguatkan dominasi ketuanan Melayu. Soalnya sekarang, bukankah UMNO juara menjual kepentingan Melayu? Tanah sendiri pun tidak dapat dipertahankan, inikan pula bangsa sendiri.
Kalau Melayu yang hendak dikejar Ezam, maka PAS lah seharusnya menjadi platformnya. Ini kerana PAS terbukti membela orang Melayu lebih baik daripada UMNO. Di dalam UMNO, yang dibela hanyalah Melayu UMNOPutra sahaja.
CERITA SEBENAR KEMASUKAN EZAM KE UMNO
Motif utama kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak lain hanyalah untuk mengejar cita-cita politik dan kekayaan peribadi beliau sahaja. Tidak ada motif lain. Tidak usahlah Ezam bersandiwara kononnya beliau hendak memperjuangkan agama, bangsa, Melayu dan sebagainya. Kita telah kenal siapa Ezam Mat Nor ini.
Sebenarnya, niat Ezam untuk memasuki UMNO ini sudah lama. Maklumat yang saya dapat ianya sejurus selepas PRU 2004 lagi. Saudara
Ezam telah pun pergi menemui Aziz Samsuddin dan juga beberapa orang kuat Pak Lah. Malangnya, tawaran kepada beliau pada waktu itu tidak menarik.
Namun di waktu itu, lubang beliau telah hampir pecah. Untuk menyelamatkan diri, Ezam telah memfitnah Lokman Nor Adam dengan mengatakan kononnya Lokman hendak menyertai UMNO dan berkempen kepada ahli KeADILan untuk menyertai UMNO.
Kasihan saya tengok Lokman Nor Adam. Tidak semena-mena menjadi mangsa fitnah Ezam Mat Nor. Memang Ezam ini sebenarnya berakhlak buruk. Sanggup menjual rakan sendiri untuk melindungi kepentingan diri beliau.
Selepas itu kita lihat Ezam terus-menerus mensabotaj PKR dengan berbagai-bagai tindakan beliau yang saya tak mahu ceritakan. Penubuhan GERAK beliau itu pun kerana beliau hendak melarikan diri secara terhormat daripada KeADILan setelah semua rahsia beliau telah terbongkar.
Saya kasihan melihat pemimpin-pemimpin muda yang beliau telah bawa keluar daripada PKR, sekali gus menghancurkan karier politik mereka. Tokoh seperti SD Johari , Zukri Aksah dan sebagainya adalah tokoh yang berkelayakan tapi sekarang ini habis hancur karier politik mereka angkara Ezam Mat Nor.
Saya teringat satu waktu dahulu saya telah mempersoalkan bagaimana Ezam Mat Nor mampu membeli sebuah rumah yang besar di kawasan orang2 kaya di Shah Alam? Di mana beliau boleh mendapat wang yang sebegitu banyak untuk membeli rumah milik peribadi beliau? Sedangkan ahli-ahli lain hidup dalam kemiskinan dan penderitaan akibat penindasan UMNO dan BN?
Nah terbukti siapa dia yang benar sekarang ini? Orang kuat Ezam itu akhirnya tidak ikut jejak Ezam dan bertanding serta menang dan menjadi MP.
Saya juga masih teringat salah seorang pemimpin PAS di peringkat Kawasan yang memarahi saya apabila saya katakana saya tidak mahu Ezam masuk PAS selepas beliau meninggalkan KeADILan. Saya kata Ezam Mat Nor ibarat duri dalam daging dan beliau hanya akan menyusahkan PAS sahaja.
Saya mengikuti perkembangan Pemuda KeADILan dan sekarang AMK dan saya tahu Ezam bukan seorang yang demokratis. Beliau malahan lebih suka memerintah Pemuda Keadilan secara kuku besi dan diktator.
Saya bersyukur sebenarnya apabila Ezam meninggalkan Pemuda Keadilan kerana di bawah kepimpinan baru, Samsul Iskandar, nampak jelas Pemuda KeADILan lebih kehadapan dan lebih berketrampilan.
Akhir kata, saya tak dapat nak menahan Ezam daripada memasuki UMNO. Tapi saya minta janganlah nak memberi alasan-alasan yang tidak logik. Kami bukan bodoh dan kami tahu menilai.
Oleh: Tulang Besi
www.malaysiawaves.com
Nota: Sememangnya musuh Islam suka menggunakan label Taleban terhadap pejuang-pejuang Islam.
Tapi tahukah anda bahawa segala polisi Taleban itu sebenarnya datang daripada Saudi Arabia. Dan Saudi Arabia adalah sebuah negara yang moden dan pesat membangun.

Untuk mendapat maklumat lanjut bagi menghadapi musuh2 Islam ini, saya telah menulis sebuah artikel bergambar bertajuk "Life in Taleban Country pt 1" dan "Life in Taleban Country pt 2" Klik di atas link di atas untuk terus ke site tersebut. Artikel ini dapat dijadikan hujah yang kuat kepada mereka yang memusuhi Islam
Wallahualam.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan