Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 2 Mei 2008

KAMI TIADA PILIHAN - PENIAGA RUNCIT

Baru-baru ni saya ada pergi ke sebuah pasaraya di Melaka untuk membeli beras. Memang terbukti harga beras memang naik melambung-lambung. Sebelum ni kalau dengan RM100.00 saya dapat membeli 5 kampit beras, la ni cuma dapat beli 3 kampit beras..tahniah untuk rakyat yang mengundi kerajaan Barisan Nasional ( Barang Naik )..

SEREMBAN 1 Mei - Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya di sekitar bandar ini mendapati harga beras pelbagai gred dan jenama meningkat.

Peniaga-peniaga runcit terpaksa menaikkan harga beras kerana pemborong mengenakan harga baru yang lebih tinggi kepada mereka.

Peniaga runcit, Koh Kok Yong, 45, berkata, beliau tiada pilihan selain menaikkan harga beras pada sekurang-kurangnya 30 sen sekilogram disebabkan oleh kenaikan harga beras kira-kira 10 peratus oleh pemborong.

Tambahnya, memang ada pelanggan yang merungut namun jika harga runcit beras tidak dinaikkan, beliau akan menanggung kerugian.

"Jika dulu saya menjual beras Siam pada harga RM2.10 sekilogram, kini saya terpaksa menjualnya pada harga RM2.40 sekilogram," ujar Kok Yong ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, jelas beliau, harga beras pulut turut dinaikkan kepada RM3.40 sekilogram berbanding dengan harga lama RM3.00 sekilogram.

Menurut Kok Yong, beliau memberi penjelasan kepada pelanggan tentang kenaikan harga borong beras akibat kekurangan stok makanan ruji itu di seluruh negara.

Rata-rata peruncit di bandar ini menjual beras super 10 kilogram di antara RM25 hingga RM30 sekilogram (harga lama RM21.80) dan harga beras basmathi pula dinaikkan sekitar RM1 hingga RM4 sekilogram.

Sebuah pasar raya besar di bandar ini juga didapati mencatu jualan beras dengan had satu kampit setiap pembelian untuk orang ramai dan tiga kampit untuk peniaga.

Sementara itu, seorang pengusaha premis menjual makanan menyatakan tidak akan menaikkan harga nasi putih dalam tempoh terdekat.

R. Krishnan Muthu, 51, berkata, beliau masih mengekalkan harga sepinggan nasi putih yang dijual di kedainya pada harga RM1 sepinggan.

"Walau bagaimanapun, saya tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan harga nasi putih di masa akan datang," ujarnya.

Tiada ulasan: