Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Mei 2008

KHIR TOTO PUN PEMBELIT

OLEH : RAKSASA BN

Sungguh lantang suara bacul Dr. Khir melaungkan salakan supaya peralihan kuasa segera dilakukan.Mungkin ada yang tersedak ketika ini apabila bekas MB Selangor ini mula berani berkata sesuatu mengenai korupsi, nepotisme dan membuat analisis senario politik semasa.

Namun, meskipun untuk menyuarakan sesuatu itu hak beliau tetapi perlulah diingatkan agar mencermin dahulu diri sendiri sebelum membuka pekung orang lain.

Penulis tidak mahu memperkatakan tentang pandangan lelaki 'botox' ini, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan adalah pendirian Dr. Khir sendiri terhadap perjuangan yang di laungkannya selama ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin ramai yang sedia tahu (tapi pura-pura tak tahu) bahawa bekas doctor gigi ini dahulu seorang peniaga..

Bukanlah beliau ini peniaga karpet atau 'bisnesman' yang punya syarikat besar, tetapi pernah jugalah terlibat dengan perniagaan 'atas angin'. Sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam kabinet dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau adalah pemimpin yang betul-betul 'putar alam'.

Jika kita sangkakan Anwar Ibrahim si kaki belit, rupa-rupanya Khir Toyo pun pembelit.

Ceritanya begini, suatu ketika dahulu kerajaan negeri Selangor telah menawarkan penjualan tanah kepada rakyat Selangor dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM10 kaki persegi,(mungkin mahal sangat) maka Khir Toyo sendiri yang telah membeli tanah tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah beliau membeli tanah tersebut dengan harga yang begitu murah.Menurut sumber penulis, Khir Toyo telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 2 untuk setiap kaki persegi.

Bayangkanlah betapa murahnya dari harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada bekas MB ini. Mungkin kita boleh kata ianya rezeki Khir Toyo dapat harga murah, tetapi apa yang dikatakan pembelit tahap cipan si doktor gigi ini ialah tanah yang dibelinya itu kemudiannya telah dijual kembali kepada seorang pembeli cina dengan harga lebih dari RM 10. Bayangkanlah betapa untungnya Khir Toyo dengan hasil penjualan tanah tersebut kepada lelaki cina itu. Lebih menakjubkan lagi, kerajaan negeri yang waktu itu dibawah kuasa lelaki 'botox' ini telah membeli kembali tanah tersebut daripada lelaki cina terbabit.

Ini bermakna tanah tersebut tidak kemana-mana, kembali ke tangan kerajaan negeri sebab perniagaan olok-olok Khir Toyo yang menguntungkan ini. Sudah tentu apabila kerajaan negeri membeli kembali tanah itu, dengan harga yang berbeza. Jika penulis jual tanah pun, tentu penulis 'up' lagi harga yang penulis beli. Jadi, kesimpulannya disini siapa yang rugi? Fikirkanlah berapa kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini untuk membeli kembali tanah tersebut? Siapa punya rancangan? Siapakah yang menjadi 'master mind' dalam permainan jual-beli tanah ini?

Secara jelas, kerajaan negeri jual tanah-Khir Toyo beli dan jual pula kepada orang cina- orang cina terbabit pula jual balik kepada kerajaan negeri.Tidakkah lucu? Sekarang ini, timbul pula isu babi.Bermacam - macam bantahan kita lihat dari banyak pihak.Termasuklah 'si botox' ini. Akhbar tempatan melaporkan:- Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas. Tentu kita terperanjat dengan pendedahan berani dan drastik dari ahli BN sendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

Waktu itu terbayang dibenak penulis betapa panasnya punggung Khir dan kroni-kroninya bila keluarnya kenyataan dari Dr. Lee. Mungkin niat Dr.Lee itu baik kerana ingin menutup mulut orang yang 'kencing haprak', putar belit dan tidak habis-habis membuat kritikan kepada kerajaan Selangor sekarang...Bahkan, Ketua biro MCA itu juga kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Walhal selama ini, Khir Toyo dan kroni-kroninya itulah yang begitu teruja dengan projek pemodenan lading babi terbabit.Apatah lagi ianya di luluskan sendiri oleh Khir Toyo sendiri? Siapalah kita untuk melawan cakap Menteri Besar…"ini negeri kuasa dia maaa…" Arakian isu Babi menjadi 'front page' media arus perdana, Khir Toyo pula sudah berpeluh-peluh maka keluarlah pula kenyataan darinya.Ini kita boleh lihat sendiri melalui Blog Khir Toyo sendiri.

Antara petikan beliau:- "Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.""Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik.

Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja." Ikhlas ke apa yang dikatakan itu? Sudah-sudahlah Dr Khir, anda cuba memanipulasikan fakta.

Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga lading-ladang babi ini.

Tetapi Khir membalas dalam Blog beliau:- "Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja." Usah putar-belit lagi Dato' Seri Khir... Memang isu ini sensitif, tapi takkan hanya sensitif pada keharaman makan babi untuk orang islam sahaja, bagaimana pula dengan keharaman makan rasuah di kalangan islam?

Yang bab ini, pandai pula senyap!Mana ada 'statement' kata nak buat sampai jadi pengeksport, tapi hanya domestik Mufti Perlis sendiri cakap tidak salah kalau projek untuk memelihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tetapi salah kalau sampai niat hendak pergiatkan industri babi.

Fikir-fikirkanlah…

http://raksasabn.blogspot.com

Tiada ulasan: