Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Mei 2008

'MELAYU PERKASA' DAN MENGAJAR BUKIT AMAN

Oleh Raja Petra Kamarudin

Maaf kerana tidak menulis lebih awal. Saya tahu ramai antara kalian yang tidak sabar mahu mengetahui apa yang mahu saya katakan perihal episod semalam di Bukit Aman. Tentu anda sudah tahu saya tidak lagi memiliki sebarang komputer dan saya tidak berani membeli satu lagi kerana mereka mungkin datang semula ke rumah untuk merampasnya pula. Dengan demikian anda harus menjangka ada kelewatan dalam penyiaran artikel saya sehingga mereka pulangkan komputer saya semula.

Sejak 2001 mereka telah merampas komputer saya sebanyak tiga kali dan walaupun mereka memulangkannya semula, beberapa bulan kemudiannya, komputer itu selalunya rosak punah-ranah sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Entah apa yang mereka buat dengan komputer saya itu agaknya.? Apa pun, kita akan bincangkan perkara ini kemudian. Sebelum itu saya mahu menyentuh kisah raja kereta Malaysia yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah, Tan Sri Nasimuddin Amin.

Tan Sri Nasimuddin sedang disiasat oleh Polis United Kingdom (yakni polis UK sedang menyiasat amalan perniagaan Allahyarham). Kononnya, syarikat beliau Naza Group telah memalsukan dokumen untuk mengimport kereta baru daripada UK dan dibawa masuk ke Malaysia sebagai kereta terpakai. Seperti yang mudah disebut di Malaysia sebagai ‘Kereta rekon.’.

Cukai import kereta rekon memang diketahui amat jauh lebih rendah daripada cukai untuk kereta baru. Lagi pun, wujud kuota dalam pengimportan kereta baru.. Saya agak jumlahnya tidak boleh melebihi 20% daripada jumlah kereta yang dibina dan dijual di negara ini (saya tidak pasti yang mana satu antara dua fakta ini). Tidak siapa yang tahu angka sebenarnya kerana kebanyakan kereta baru yang masuk ke Malaysia diisytiharkan sebagai kereta ‘lama’ sedangkan lesen AP (approved Permit) yang dikeluarkan mengikut kuota yang dibenarkan selalunya diklon (maksudnya dokumen palsu
juga). Dengan demikian secara tidak rasmi jumlah kereta baru sudah pasti lebih tinggi bilangannya berbanding angka rasmi kerajaan.

Kononnya, hanya sekarang barulah kerajaan UK membuat siasatan dalam perkara ini. Memang sedih juga perkara ini disebabkan dua alasan: Pertama, hanya dua hari yang lalu Tan Sri Nasimuddin meninggal dunia kerana penyakit kanser di Amerika Syarikat. Dengan demikian beliau yang sepatutnya boleh dianggap sebagai seorang ‘Towering Malay (Melayu Perkasa)’ akan dirakam oleh sejarah sebagai seorang “Melayu Penipu yang Terhebat”. Yang kedua, penipuan ini sudah berjalan lebih 30 tahun dan berbilion ringgit dalam bentuk ‘lari cukai’ dan pengimportan palsu telah berlaku melalui kerja-kerja busuk pemegang lesen AP..Orang Putih kata ini adalah semacam mengunci pintu pandang selepas kuda sudah lari, dan dalam kes Tan Sri Nasimuddin selepas kuda telah mati.

Lesen AP memang sudah lama merupakan bahan dagang yang panas dan mudah dijual-beli sejak pertengahan 1970-an. Malahan sejak awal 1980-an yakni kira-kira 20 tahun dahulu, saya perlu membayar RM20,000 untuk dapatkan sekeping lesen AP daripada Pantai Motors, yang merupakan salah satu pemegang lesen AP dan pengimport kereta. Mereka telah menawarkan satu lesen AP untuk saya beli dengan harga RM40,000. Selepas lama berunding dan mengambil kira bahawa ‘kami berkawan’ mereka bersetuju menjual saya AP itu dengan harga separuh yang mula ditawarkan. yakni RM20,000.

Hari ini lesen AP masih boleh didapati dengan harga RM50,000. Kalau anda membeli sebuah kereta daripada pemegang AP, kos AP masih dikira dalam harga jualan keretanya.. Kalau dikira penjimatan ‘lari cukai ‘ tadi, sebuah kereta import berharga RM250,000 boleh memberikan keuntungan kepada seorang pemegang lesen AP kira-kira RM150,000. Ini bukan satu keuntungan yang kecil kalau anda boleh menjual puluhan ribu kereta setiap bulan. Ini bermakna keuntungan setiap tahun dalam jangkaan berbilion ringgit.

Seperti yang saya katakan; angka sebenar kereta import dan keuntungan berbangkit daripadanya masih tidak diketahui. Kereta baru diimport dengan mengisytiharkanya sebagai kereta rekon – supaya cukai masuk dibayar rendah – dan kereta itu kemudiannya dijual sebagai kereta baru di mana duti import sebenar dikira pula pada harga jualan (walaupun nilai cukai sebenar itu tidak dibayar kepada kerajaan). Kemudian wujud pula lesen AP yang diklon ataupun dipalsukan di mana AP yang sama dikitar berulang kali. Tidak salah kalau anda kata mereka sebenarnya mengecap duit. Oleh kerana AP membawa duit bermakna mereka telah mencetak AP seolah-olah esok sudah tiada lagi.

Memanglah kita harus bangga dengan ketokohan si ‘Melayu Perkasa' yang bermula daripada bawah hingga mampu pergi ke pejabat daripada rumah dengan menggunakan helikopter. Sedangkan orang lain perlu mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari dan selalu lambat dengan temujanji kita. Malahan peniaga Cina yang berjaya pun tidak mampu menggunakan helikopter pergi ke pejabat mereka di Kuala Lumpur.

Semua ini tidak mungkin terjadi kalaulah Kementerian Perdagangan (termasuk Mak Menteri) Jabatan Kastam (yang tutup sebelah mata terhadap dokumen palsu) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (tutup kedua-dua mata kepada dokumen yang menyebut kereta itu terpakai sedangkan ia sebenarnya kereta baru) dan sebagainya yang merupakan sebahagian sindiket penipuan terhebat ini.

Apakah penentu kepada keseluruhan episod penipuan terhebat ini? Memang benarlah, kesemua mereka diikhtiraf sebagai ‘Melayu Perkasa'. Saya juga ingin menyebut di sini betapa Samy Vellu dan Ong Brothers (adik beradik Ong) turut terlibat. Tetapi saya tidak boleh berbuat demikian. Sesungguhnya keseluruhan penyangak ini adalah berdarah Melayu yang memang kerap pergi ke masjid dan bersolat lima kali sehari, berpuasa 30 hari setahun dan pergi ke Makkah setiap tahun.

Inilah yang amat menyedihkan dalam kisah ini. Orang Melayu ini semuanya tidak menjamah makanan babi dan mereka akan mengutuk orang Melayu lain yang meminum bir.

Aduhai...saya harap saya tidak mengeluarkan kenyataan yang dianggap satu hasutan. Sekarang ini kalau saya menulis sesuatu yang menyebabkan orang membenci orang lain, ia dianggap satu hasutan dan jenayah dikira bawah Akta Hasutan Malaysia. Biarlah saya mengongsi sedikit rahsia dengan anda. Allah pun benci kepada golongan munafik dan fasik. Jadi anda tidak berdosa kalau membenci mereka. Kalaulah kerajaan Malaysia menyumbat anda dalam penjara, Allah akan memberi ganjaran kepada anda di alam baqa nanti. Seperti yang dilalui oleh Tan Sri Nasimuddin, alam yang satu lagi ditemuinya lebih awal daripada yang anda jangkakan. .

Bercakap fasal Akta Hasutan Malaysia, kelmarin adalah kali yang keempat saya dipanggil oleh pihak berkuasa untuk menjawab tuduhan di bawah Aka Hasutan itu. Kali yang pertama ialah pada Mac 2001, sekali lagi pada 2004, mengenai artikel saya menyentuh Yam Tuan Besar Negri Sembilan . Kali yang ketiga ialah tahun lalu selepas Muhammad anak Muhammad merancang agar ada laporan polis terhadap saya. Kelmarin ia ada kena mengena dengan artikel saya mengenai Altantuya. Sebelum itu mereka datang ke rumah untuk merampas komputer saya.

Pegawai polis telah memberitahu adanya satu laporan polis dibuat terhadap saya. Tetapi bila saya minta salinan laporan itu mereka tidak boleh mengemukakannya. Pegawai polis itu berjalan mundar-mandir di bilik itu memikirkan apa yang harus dibuatnya dan dia duduk lagi dan berkata dia tidak tau di mana letaknya laporan polis itu. Kerana dia tidak pun pernah melihatnya.
.
Kemudian saya beritahu pegawai polis itu betapa saya pernah membuat satu laporan polis terhadap Pengarah CID Bakri Zinin selepas beliau mendera saya pada Mac 2001. Saya tanya pegawai polis itu apa jadi dengan laporan polis saya itu dan kenapa tidak ada tindakan terhadapnya?

Dia menjawab bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang laporan polis yang pernah saya buat itu dan saya bagitahu dia kita tidak akan bincang apa-apa mengenai laporan polis yang baru itu sehinggalah kita selesaikan laporan polis yang saya buat pada Mac 2001. Itu sudah tujuh tahun dahulu kata saya. Masih tidak ada apa-apa yang dilakukan. Dengan itu saya tidak mahu bercakap mengenai laporan polis yang dibuat beberapa hari yang lalu.

Kemudian saya tanya beliau di bawah seksyen apa dia akan mengambil kenyataan saya. Apakah di bawah Seksyen 1127. Bila pegawai polis itu menjawab “yes”, saya tanya dia apakah dia tidak mahu membezakan terlebih dahulu hak asasi saya mengikut kenyataan beramaran (cautioned statement) itu? Sebelum dia dapat menjawab, saya katakan “Tidak apalah. Biar saya ajar sikit mengenai hukum undang-undang di bawah Seksyen 112.” Ketika itu peguam saya YB William Leong seolah-olah termangu-mangu. Dia tidak tahu ke mana arah tuju bualan itu.

“Mengikut Seksyen 112, saya mesti jawab semua soalan, bukan begitu?” Pegawai polis itu mengangguk dan saya jawab balik. Beginilah, saya enggan membuat sebarang kenyataan.” Dia terkejut dan saya sambung lagi. “Saya tidak akan buat sebarang kenyataan dan saya enggan buat kenyataan itu.”:

Mulut pegawai itu ternga-nga seolah-olah dia mahu mencarut tetapi perkataan itu seolah-olah tidak mahu tersembul keluar daripada mulutnya..” Beginilah,” kata saya. “Mengikut Seksyen 112, saya tidak boleh enggan membuat kenyataan. Kalau saya enggan anda perlu menahan saya. Dengan itu tahanlah saya.”

Dia sudah gelabah dan tidak tahu apa perlu dilakukannya.

“Janganlah begitu,” katanya.

“Kami tidak mahu menangkap anda. Kami hanya mahu merakamkan kenyataan anda sahaja.”

“Saya tidak mahu buat kenyataan. Adalah tanggungjawab anda menahan saya. Ini tugas anda. Kalau anda tidak buat, bos anda akan maki seranah anda. Tangkaplah saya sekarang.” Saya pun hulurkan tangan untuk digarinya.

Pegawai polis itu tergelak hambar dan melihat kepada YB William Leong seolah-olah meminta bantuannya pula. YB William mengangkat bahunya seolah-olah memberi isyarat “itu urusan anda dengan dia. Aku tidak terlibat.”

“Anda tidak beri saya sebarang pilihan atau alternatif,” kata pegawai polis itu.

“Hei...jangan kata yang tidak bagi kamu alternatif. Kita boleh sama-sama keluar dari sini dan saya akan belanja anda minum atau anda boleh masukkan saya ke dalam lokap. Ini sudah petang Sabtu dan saya tidak akan dihadapkan ke Majistret sehinggalah pagi Isnin. Ini bermakna anda akan memerap saya untuk dua malam.”

“Saya tak minum,” kata pegawai itu.

“Apa? Kamu tidak merokok dan minum? Apa sudah jadi dengan pasukan polis Malaysia? Nampak sangat sudah menjunam berbanding zaman lampau? Apa dosa yang anda langgar?

Sekurang-kurangnya ada satu dosa juga?

“Saya fikir dosa dia mesti yang lagi satu,” kata YB William dengan matanya yang semakin terang. Itulah pertama kali dia bersuara.

“Tidak,,,, tidak,” kata pegawai polis itu, kerana dia seolah-olah diberi jemputan untuk bersantai di Jalan Alor.

“Beginilah.” Sama ada anda tangkap saya ataupun saya akan keluar daripada sini dalam masa lima minit. Apabila saya sudah keluar daripada sini, saya tidak mahu tengok muka awak lagi. Sama ada anda tangkap saya ataupun jangan ganggu saya lagi selepas ini. Kalau anda muncul di rumah saya, saya akan enggan membuka pintu. Anda perlu menembak kunci pintu itu untuk masuk.

“Janganlah begitu. Jangan cakap semacam itu. Saya hanya mahu satu kenyataan daripada awak. Kalau tidak, bos saya akan memaki seranah saya.”

“Biarlah bos kamu maki kamu.. Kamu semacam orang baik. Kita ‘Raja’ mesti saling membantu (pegawai itu adalah pegawai India bernama Raja). Saya bagi anda lima minit lagi sebelum saya melangkah keluar dari sini. Pergi jumpa bos kamu dan tanya apa yang kamu perlu buat sambil saya menghisap rokok. Dalam masa lima minit saya akan keluar dan anda tidak akan jumpa saya di sini lagi.”

Raja bawa saya ke ruang merokok dan dia pun beredar untuk menemui bosnya. Tidak lama kemudian muncul tiga orang pegawai polis lain dan kami lalui pengalaman yang sama lagi, untuk selama dua jam pula. Akhirnya mereka tidak ada pilihan kecuali biarkan saya keluar daripada bilik itu dan keluar daripada Bukit Aman tanpa membuat sebarang kenyataan.

Percayalah, episod ini tidak berakhir di situ sahaja. Mereka akan muncul untuk Pusingan kedua dan kita akan lihat apa pula yang akan muncul di pusingan kedua itu. Hakikatnya mereka lupakan saya ataupun sumbat saya dalam penjara, saya sudah tidak kisah akan hal ini lagi. Saya sudah bersedia menghadapi pelbagal kemungkinan yang buruk. Tujuan saya adalah amat mudah dan biasa sahaja. Pembunuh Altantuya akan masuk neraka jahanam. Saya sendiri tidak takut masuk neraka kalau untuk mencapai tujuan
itu.

Selamat Malam Bukit Aman, di mana juga anda berada.

Salam daripada Raja Petra, yang kini beroperasi di cyber cafe..

Tiada ulasan: