Oleh Raja Petra Kamarudin
Memang banyak juga sesi rangsang-saran (brainstorming) yang telah saya hadiri, di mana tujuannya yang khusus ialah mengadakan 'postmortem' kejadian pilihan raya 8 Mac 2008. Bukan semua sesi itu merupakan forum terbuka seperti yang diadakan di Hotel Singgahsana dan Holiday Villa. Banyak yang merupakan sesi tertutup sahaja. Namun, tidak ada satu sesi demikian yang tertutup kepada 'Malaysia Today'. Kami bukan sahaja mempunyai talibarut di bilik mesyuarat tersebut, malahan juga di bilik Lembaga Pengarah dan di bilik tidur juga.
Sebagai contoh, ada satu sesi tertutup yang dipengerusikan oleh Muhammad bin Muhamad, si ahli politik yang sudah lupus tarikh tetapi berjaya meyakinkan mahkamah Australia yang dia tidak pandai cakap omputih, tetapi kini dipilih khas oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengetuai kempen Operasi 'Rampas Kembali Selangor' daripada pihak pembangkang. Sesi itu telah membuat rumusan bahawa laman 'Malaysia Today 'telah menyumbang kepada kejatuhan Barisan Nasional.
Jadi, apakah yang patut mereka lakukan? Timbalan Ketua Pemuda UMNO PJ Utara telah menyuarakan satu cadangan yang dianggap masuk akal. “Tangkap Raja Petra!” katanya sebagai alasan seorang Melayu Baru. Memanglah, kenapakah orang Cina membuat bising sangat tentang kuota yang tinggi untuk pelajar Melayu memasuki universiti tempatan sedangkan orang bukan-Melayu diberikan kuota yang rendah sahaja? Apakah orang bukan-Melayu tidak nampak betapa biaya pendidikan dibazirkan ke atas pelajar-pelajar Melayu?
Lebih banyak wang dibelanjakan untuk mendidik orang Melayu, lebih dungu jadinya mereka itu. Golongan Melayu Lama seperti Almarhum Tun Ghafar Baba hanya pernah menerima pendidikan Setakat Darjah Enam sahaja. Almarhum ternyata lebih bijak daripada golongan Melayu Baru itu semuanya. Adalah lebih baik kalau orang Cina dan India dinafikan tempat pengajian di universiti tempatan kalau mereka akan menjadi sebodoh orang Melayu yang dikatakan sudah terdidik itu – lebih lagi kalau mereka menerima pendidikan di universiti yang diketuai oleh petugas BTN seperti Nordin Kardi.
Kenapa pula orang UMNO yang sungguh berpendidikan tinggi mahu saya ditangkap? Apakah disebabkan para pengundi menggunakan hak asasi mereka dalam pilihan raya umum dahulu? Rupa-rupanya adalah satu jenayah kalau para pengundi memberikan undi mereka kepada orang lain selain daripada UMNO dan Barisan Nasional. Jika demikian apa gunanya diadakan pilihan raya umum? Kenapakah UMNO dan Barisan Nasional tidak memansuhkan sahaja pilihan raya umum dan biarkan kerajaan memerintah hingga kiamat? Dengan demikian sesiapa pun tidak melakukan jenayah kerana tidak siapa pun boleh memberikan undi menentang Umno dan Barisan Nasional.
Apakah golongan Melayu Baru itu masih tidak sedar bahawa mengundi itu adalah hak sesiapa sahaja untuk memilih orang yang dia suka? Ini bukannya satu jenayah. Jadi, kenapa pula saya mesti ditangkap apabila para pengundi cuma menggunakan hak asasi mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Bacalah Perlembagaan itu dengan betul. Di situ ada dinyatakan bahawa pilihan raya umum boleh diadakan selepas tiga tahun dan tidak lebih daripada lima tahun selepas pilihan raya yang terakhir dan semua rakyat boleh mendaftar sebagai pengundi dan menggunakan hak mereka untuk membuang undi. Perlembagaan itu tidak pun menyebut bahawa setiap pengundi mesti memberikan undi kepada UMNO ataupun Barisan Nasional.
.
Seperti yang saya katakan, wang telah dibazirkan ke atas Melayu Baru UMNO dan orang Cina dan India harus berterima kasih kepada UMNO kerana Dasar Ekonomi Baru yang berat sebelah serta segala manipulasi kuota perkauman di universiti tempatan. Saya sendiri pun tidak mengharap anak-anak dan juga cucu-cicit saya menerima pendidikan di universiti tempatan. Kalaulah hasilnya melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran sempit dan dangkal seperti yang dipamerkan oleh Melayu Baru UMNO.
Apa pun, eloklah kita balik semula kepada sesi rangsang-saran anjuran UMNO yang telah saya sertai itu. Sesi yang mutakhir telah diadakan semalam di Holiday Villa Subang dan tetamu kehormat majlis itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Pada tahap awalnya, Muhammad bin Muhammad telah memberi arahan kepada ketua-ketua bahagian dan Cawangan UMNO berserta ahli jawatankuasa mereka agar memboikot majlis tersebut. Itu sebabnya dewan itu tidak penuh walaupun ia bersaiz kecil sahaja (sesungguhnya mereka buat pengumuman pemboikotan itu di perhimpunan yang sama).
Kebanyakan pemimpin utama parti telah menghilangkan diri kecuali mereka seperti Tamrin Ghafar, Mazlan Harun, Fahmi Ibrahim, Kadar Shah dan sebagainya. Kebanyakan pembaca mungkin tidak pernah mendengar nama yang saya sebutkan itu. Saya tidak pula mahu terlanjur bercakap mengatakan mereka ini adalah golongan barangan sudah luput tarikh, tetapi mereka sesungguhnya tidak berada sekandang dengan mereka yang kini mengatur kuasa, kaki-atur dan panglima perang.
Tema majlis keseluruhan sesi itu adalah mengenai Melayu yang telah hilang kuasa politiknya. Pada 2004, terdapat 119 orang Melayu yang menjadi Anggota (Ahli) Dewan Parlimen. Ini diambil kira kerusi yang dimenangi oleh UMNO dan PAS. Pada kali ini jumlah anggota Melayu di Dewan Parlimen sudah mengecut menjadi 101 orang. Dengan bijak mereka mengetepikan sejumlah 20 orang anggota Melayu daripada PKR, yang membuatkan jumlah sebenar anggota Melayu Dewan Parlimen menjadi 121, tentunya lebih besar jumlah pada 2004 dahulu.
Mungkin UMNO mengikhtiraf PAS sebagai sebuah parti Melayu. Kerana itu 23 orang anggota Parlimen PAS diambil kira dalam perhitungan mereka, sedangkan PKR mereka anggap sebagai parti China-India dan kerana itu mereka ketepikan 23 orang anggota Melayu Dewan Parlimen daripada PKR, yang mereka anggap sebagai bukan-Melayu.
Apa pun, yang paling penting mesti diikhtiraf ialah pada kali ini terdapat peningkatan jumlah anggota Melayu dalam Dewan Parlimen. Dengan demikian hujah betapa orang Melayu sudah kehilangan kuasa politik adalah satu hujah yang haprak dan satu temberang besar. Kita boleh lihat perangkaan yang ada. Kita mempunyai lebih ramai orang Melayu menganggotai Dewan Parlimen sekarang ini berbanding 2004 dahulu.
Akan tetapi, apakah begitu penting kaum apa yang menganggotai Dewan Parlimen?
Apa yang penting sekali ialah mereka menjalankan tugas, berkhidmat kepada rakyat dan mengurus negara ini dengan sempurna. Saya lebih selesa dengan seorang pemimpin kaum yang berdedikasi, jujur, kuat bekerja dan takutkan Tuhan; tidak kiralah dia itu seorang Wakil Rakyat Cina, India, Kristian, Hindu ataupun Buddhis daripada berdepan dengan seorang Wakil Rakyat Melayu yang tidak berguna, penipu, penjahat, kuat kelentong, dan mempunyai satu sahaja niatnya dalam hidup untuk menipu, merompak, merogol, menyamun, dan membunuh orang yang menghalang niat mereka dan mengacau rencana mereka. Bukankah ini yang pernah kita saksikan selama 50 tahun yang berlalu, terutama sekali semenjak 40 tahun yang lalu selepas mereka menyingkirkan seorang Wirawan Melayu bernama Tunku Abdul Rahman Putra?
Terlanjur menyebut nama Tunku biarlah saya mendedahkan apa yang telah diceritakan dalam sesi semalam di Holiday Villa. Selain Tengku Razaleigh yang membaca ucapannya daripada teks yang disediakannya, dua orang pemidato yang lain adalah Mazlan Harun dan Fahmi Ibrahim. Mazlan adalah anak lelaki kepada Datuk Harun Idris pemimpin UMNO terkenal yang merancang dan mengatur peristiwa Mei 13 yang mencetuskan rusuhan kaum pada 1969. Fahmi Ibrahim adalah Setiausaha politik Datuk Harun ketika itu.
Pengacara Majlis (MC) bersikap ganjil semasa memperkenalkan Tengku Razaleigh. Belau telah banyak bercakap, berlebih-lebih daripada yang sepatutnya. Beliau telah memperkenalkan Tengku Razaleigh sebagai seorang yang pendek dan kononnya orang pendek diketahui sebagai bergeliga otaknya. Baiklah, apa kena mengena tinggi rendah seseorang itu dengan kebijaksanaannya? Selepas itu si pengacara majlis berkata Tengku Razaleigh mungkin dianggap terlalu tua kerana sudah berusia 71 tahun, tetapi ini tidak bererti dia tidak lagi bertenaga.
Saya mula berfikir apakah si pengacara majlis cuba mempromosikan Tengku Razaleigh ataupun apakah si Muhamad bin Muhamad telah menghulurkan beberapa keping Australian Dollar kepadanya dengan arahan mensabotaj majlis itu dengan menjatuhkan air muka Tengku Razaleigh.
Kemudian Fahmi Ibrahim telah bercakap bagaimana orang Melayu pernah kehilangan kuasa politik pada 1969 dan Tun Razak yang telah menyingkirkan Tunku Abdul Rahman telah memanggil Datuk Harun meminta beliau menyediakan rencana bagaimana orang Melayu dapat merangkul semula kuasa politik dan menyekat kemelut semacam itu berulang kembali.
Mereka membuat keputusan bahawa hanya ada satu jalan untuk merangkul semula Selangor dan menentukan Selangor akan terus kekal di tangan orang Melayu, dengan cara menyisihkan orang Melayu. Ini mereka mahu lakukan dengan mengeluarkan Kuala Lumpur daripada Selangor dan dengan itu mewujudkan sebuah bandaraya Melayu yang baru bernama Shah Alam. Mereka pun mulakan lakaran sempadan Kuala Lumpur dan dua minggu kemudiannya mereka kemukakan rencana pelan induk Kuala Lumpur yang baru kepada Tun Razak.
Kerajaan Persekutuan kemudiannya mengambil alih Kuala Lumpur dan dengan itu orang bukan-Melayu terkeluar daripada Selangor. Shah Alam pun dimajukan dan diisi dengan orang Melayu untuk mengecilkan bilangan orang bukan-Melayu di Selangor. Malahan, kawasan pilihan raya (konstituensi) seperti Bangsar-Brickfields di Kuala Lumpur yang mempunyai majoriti penduduk di kalangan China dan India yang menyebabkan pihak pembangkang selalu menang, turut dikecutkan dengan kemasukan kawasan Melayu seperti Pantai, Sungai Penchala (dekat Kepong), Segambut Dalam (dekat Jalan Ipoh) dan Kampung Pasir (di Jalan Kelang Lama) telah digabungkan dengan Bangsar-Brickfields untuk dikenali sebagai Lembah Pantai.
Kini Fahmi Ibrahim mengeluh kerana orang Melayu memilih pembangkang, sehinggakan kawasan yang diperbanyakkan oleh penduduk Melayu telah jatuh ke tangan pembangkang. Rencana mereka dahulu berjaya kerana orang bukan-Melayu mengundi pihak pembangkang sedangkan orang Melayu mengundi kerajaan. Akan tetapi, apabila orang Melayu mengundi pembangkang maka hasilnya adalah seperti yang kita lihat berlaku pada 8 Mac, 2008.
"Tukang fikir" Melayu ternyata sudah tersasar.
Inilah masalah yang sama mereka hadapi pada 1969 dahulu dan mereka selesaikan masalah itu dengan melakar sempadan semula konstituensi supaya tidak ada bukan-Melayu di kawasan lakaran baru mereka.
Apabila mereka tidak mampu berbuat banyak hal seperti di Kuala Lumpur dahulu, mereka keluarkan Kuala Lumpur daripada Selangor. Dengan itu Selangor akan kekal di tangan Melayu dan Kuala Lumpur yang jatuh ke tangan bukan-Melayu masih boleh dikuasai oleh Dewan Bandaraya menerusi Datuk Bandar, Menteri Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Ini bermakna kalau pun semua kerusi di Kuala Lumpur jatuh ke tangan pihak pembangkang, kerajaan masih mampu mengekalkan kuasa - dan inilah yang berlaku sekarang walaupun 10 daripada 11 kerusi sudah berada di tangan pihak pembangkang.
Satu lagi pendedahan Fahmi ialah kisah Almarhum YDP Agong yang ketika itu juga merupakan Sultan Selangor telah menitiskan air mata semasa menandatangani watikah penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan. Ini memang kisah benar dan ramai rakyat Malaysia menyaksikannya sendiri secara lintas langsung di kaca TV. Sultan merasa begitu hiba kerana terpaksa menyerahkan sebuah kawasan tanah yang besar dan begitu berharga kepada kerajaan Persekutuan. Akan tetapi, baginda tidak mampu berbuat apa-apa. Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak dan kerajaan Selangor pimpinan Datuk Harun, mahu menghumban keluar Kuala Lumpur supaya Selangor dapat diselamatkan, kononnya. Hampir selepas lebih 40 tahun, dan selepas mereka sendiri ketahui dan menjadi terkejut beruk - bahawasanya apa yang dirancangkan adalah "laksana senjata sudah makan tuan."
Kini mereka lakukan bedah-siasat menyeluruh negara ini untuk mencari sebab musabab kesilapan sudah berlaku. Akan tetapi apa yang mereka katakan memberi petunjuk betapa mereka masih teraba-raba mencari punca kesilapan mereka. Mereka sedang berpusing-pusing dalam satu bulatan laksana ayam disembelih yang belum kiok lagi, masih tercari hala tuju yang tidak menentu. Mereka masih menyorot kepada peristiwa Mei 1969, kerana mengikut mereka perkara sama sudah pun berulang semula. Tetapi; mereka telah selesaikan masalah 1969 dahulu. Bagaimana pula masalah kini telah berulang kembali, selepas hampir 40 tahun ataupun melepasi satu generasi?
Beginilah cara UMNO melakukan bedah siasat mereka dan bagaimana mereka cuba bertindak mengambil langkah untuk mengembalikan 'kuasa politik Melayu yang sudah menghilang'
Sambil itu Hishamuddin Hussein telah "meminta maaf" dengan berkata orang Cina telah silap faham ketika melihat dia mengucup keris sedangkan itu hanya satu drama untuk mempamerkan budaya Melayu dan orang Cina harus biasa dengan perkara itu kerana ia mungkin dilakukan sekali lagi pada bulan Disember ini. Kini UMNO bercakap bagaimana mahu merampas kembali "negeri-negeri Melayu yang telah mereka faraidkan kepada tangan Cina" seperti yang telah pernah berlaku pada 1969 dahulu. UMNO sedang cuba mensabotaj lima kerajaan negeri yang dipimpin oleh pembangkang dengan menafikan dana mereka supaya negeri tersebut boleh tersungkur ke jurang kemuflisan.
Sesungguhnya lagi banyak UMNO bercakap lebih banyak musibah yang mereka wujudkan. Lebih banyak UMNO mencuri wang lima negeri itu, lebih besar dan dalam lubang yang memudahkan UMNO ditimbus untuk selama-lamanya. Teruskanlah bercakap wahai UMNO. Teruskanlah mensabotaj lima negeri itu. Akan tetapi harus ingat, eloklah selalu menjenguk di jendela terhadap Tsunami Ekonomi yang sedang melanda gara-gara inflasi yang semakin meninggi, dan kekurangan makanan yang semakin genting.. Apabila tiba masanya untuk UMNO sedar, keadaan buruk sudahpun menjadi laksana hari selepas cuti Krismas dahulu, di mana Tsunami melanda wilayah dan rantau ini. Tidak ada yang tinggal untuk diselamatkan di antara beribu-ribu mayat yang terapung di kawasan sungai dan banjir yang datang melanda. Ketika itu nanti, tidak penting lagi untuk kita menentukan siapa yang menguruskan negara ini kerana ketika itu tidak ada lagi yang tinggal untuk diuruskan.
Apabila keadaan itu berlaku, perkataan sumpah seranah yang akan kerap disebut-sebut ialah U-M-N-O.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan