Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 12 Mei 2008

ULASAN ISU SEMASA

OLEH : KBS

1. Najib suruh rakyat ambil iktibar kerajaan Selangor yg gagal laksana janji pilihanraya.
Komen : Berilah peluang.... baru 3 bulan Pakatan Rakyat memerintah, BN dah berapa lama perintah dan sedar ke tidak berapa banyak janji tak tunai?

2. Kes penangkapan blogger Raja Petra Kamarudin saya lihat usaha kerajaan memperkenalkan peraturan rimba 1948 yang tak pernah diguna sebelum ini. Saya setuju dengan pandangan Presiden Majlis Peguam supaya akta itu perlu dimansuhkan begitu juga akta ISA kerana bertentangan dengan deklarasi PBB berhubung kait dengan kebebasan hak asasi manusia. Lebih – lebih lagi digunakan untuk keuntungan politik sempit BN.

3. Isu Karpal Singh tak setuju dengan tindakan Sultan Perak hari-hari media mainkan, minta pandangan orang itu orang ini, seolah – olah pemimpin UMNO maksum tak pernah derhaka kepada sultan melayu ??? cuba ingat isu pemecatan bekas mufti Selangor Almarhum Us. Ishak Baharum dulu, adakah pemimpin UMNO rujuk pihak istana dulu? ketika itu di mana suara pemuda UMNO, tokoh – tokoh akedemik, pemimpin NGO's dan hantu jembalang tajaan UMNO ? MB Perak tak sampai pecat Pengarah JAIP lagi.

Kadangkala anda perlu fikir dulu dalam isu ini. Karpal telah diakui seorang tokoh pengamal undang – undang, dia mesti bercakap mengikut perspektif undang – undang, pemimpin melayu banyak bercakap mengikut adat dan adab tata susila kemelayuan. Justeru, saya cadang pihak berwajib perlu buka ruang perbincangan ilmiah secara terbuka bukan cara dicanang dalam media yang bersifat berat sebelah, rakyat bertambah binggung kalau ikut cara fikiran sempit pemimpin UMNO yang suka isu sensitif berpanjangan. Sebelum ni pun banyak cara bertindak kerajaan BN yang tak boleh menyelesaikan masaalah............

4. Apa bila Tun Mahadir kata ancaman pakatan rakyat akan bentuk kerajaan persekutuan tak lama lagi perlu dipandang serius ….. saya lihat ada dua tafsiran,

I. Tun nak tambahkan serabut lagi kepala Pak Lah yang dah memang nazak dan tak ada kekuatan lagi.
II. Tun nak bagi tau,dia boleh tolong pertahankan BN dan perlu dengar cakap dia lagi.
III.Pakatan Rakyat memang mampu lakukan dan isyarat kepada pemimpin UMNO agar selamatkan cepat harta yang patut bawa lari….. kapal layar nak karam bocor banyak sangat macam bumbung Parlimen .

Tiada ulasan: