Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 7 Mei 2008

UMNO MENCARI MARUAH YANG MERUDUM

Oleh Jingoza

Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Kelicikan kepimpinan Umno menerusi 'Kongres Permuafakatan Melayu' baru-baru ini dengan menperkudakan para intelek dan pemikir Melayu konon untuk memertabatkan juga memulihkan ketuanan Melayu bagi memulihkan kuasa mutlak pada Umno yang telah sekian lama terkenal dengan kerakusan menyonglap harta negara kian terserlah lagi !


Lebih teruk dan hina lagi melibatkan pula institusi raja-raja Melayu dimana resolusi itu telah pula diserahkan pada ke Bawah Duli Tunku Sultan Johor antara raja-raja dan sultan Melayu diMalaysia yang suatu masa dulu Umno jugalah memalukan serta melucutkan kekuasaan raja-raja dalam undang-undang tertentu ! Mungkin Umno lupa kerja kejadah mereka berdemonstrasi serata negara memalukan raja-raja Melayu dibawah hasutan seorang mamak khianat pada Melayu yang menjadi menteri perdana Malaysia selama 22 tahun !

Kini dengan bertopengkan kongres ini memakai jenama lain mereka menjilat kahak sendiri dengan tidak malu menyerahkan pula resolusi pada Duli Tunku Sultan Johor dimana akan juga diberi pada semua raja-raja dan sultan-sultan !

Amat munafik dan jijik sekali pemimpin Umno membuat wayang yang hanya penonton tv tigasuku dan pembaca media meloya perdana korup dan bias sahaja akan percaya wayangkulit tebal terbitan Umno ini semua .

Diharap rakyat marhaen yang prihatin bukalah minda seluas-luasnya akan wayang penipu licik ini yang mengunakan topik sensitif isu Melayu demi untuk kelangsungan dan survival parti korup Umno yang dah merudum teruk menanti dikafankan sahaja,berilah penerangan kepada semua (all and sundry) tentang kerja-kerja jahat dan manipulasi putarbelit licik mereka pada semua rakyat yang tidak tahu dan faham akan agenda pengkhianat-pengkhianat negara ini ,hanya dengan memakai nama lain dari Umno juga muka-muka kurang menonjol mereka ingat mudah rakyat marhaen diperdaya untuk kepentingan mereka ,tapi era kini segala kebejatan dan kemungkaran akan terbongkar walau ditutup dengan apa saja (walau diletupkan dengan C4 ! ) kerana kebenaran akan muncul dan menang ! Wassalam

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Oleh: jingoza

Tiada ulasan: