Assalamualaikum W.B.T
Terlebih dahulu saya memohon jutaan kemaafan kerana hampir 2 minggu saya gagal mengemaskini laman ini. Satu tempoh lama laman ini terbengkalai. Tidak tahu bagaimana saya mahu mulakan tetapi untuk pengetahuan modem kami mengalami kerosakan dan ia terjadi akibat kelalaian saya kerana 2 malam berturut kilat sabung menyabung bersama guruh yang kuat berdentum dan saya pula terlupa untuk mencabut kabel telefon. Akibatnya modem rosak dan ini yang perlu saya tanggung.
Dalam tempoh seminggu lebih ini pelbagai isu kita dengari. Selepas isu kenaikan harga beras kita sekali lagi mengalami kejutan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang naik sehingga 41%. Satu bebanan yang ditanggung oleh rakyat akibat kerakusan pemimpin kerajaan BN (tahniah kepada siapa yang mengundi BN).
Selepas ini yang bakal menyusul ialah kenaikan harga barang. Pak Lah memberi jaminan akan memantau kenaikan harga barang. Hmmmmm saya sama sekali memang tidak percaya 200% dengan Pak Lah kerana beliau memang pemimpin yang suka menipu rakyat jelata. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat sudah membuat demontrasi bantahan kenaikan harga minyak dan untuk semalam sudah ada 2 demontrasi dilaksanakan dimana pada sebelah paginya di Melaka Sentral dan pada sebelah petangnya di Stesen Minyak Petronas Masjid tanah. Insya-Allah selepas ini kita akan adakan rentetan demontrasi bantahan untuk menyatakan hak kita sebagai pengguna dan rakyat di Malaysia ini. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita sama-sama melaksanakan protes ini bagi memastikan kerajaan zalim BN tunduk dengan tuntutan kita sebagai Rakyat Malaysia..
Salam Perjuangan
Lang Buana (sahabat_308@yahoo.com)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan