Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 18 Jun 2008

HAMPIR 300 ORANG TERLIBAT DALAM HIMPUNAN AMAN DI JASIN


Jasin, 14 Jun 2008 : Satu Himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat telah berjaya diadakan di Pekan Jasin berdekatanStesen minyak Shell. Rata-rata yang hadir merupakan penyokong dari Parti PAS, KeADILAN dan juga DAP. Turut hadir sama ialah Ketua DPPN Melaka, Ustaz Kamarudin bin Sidek, pemimpin DAP yang bertanding di DUN Bemban dalam PRU 12 Ho Kia Kim , serta wakil dari Parti KeADILAN Rakyat.

Himpunan tersebut diadakan sebagai salah satu protes rakyat kepada kerajaan terhadap kenaikan harga minyak yang melampau pada 4 Jun lalu dan ia merupakan kenaikan yang tertinggi sepanjang 52 tahun BN memerintah Malaysia. Mereka hadir dengan laungan dan sepanduk yang meminta agar Kerajaan kembali menurunkan harga minyak.

Menurut Ustaz Kamarudin Sidek, kenaikan harga minyak telah mengakibatkan berlakunya rangkaian kenaikan harga barang-barang keperluan pengguna. Justeru ia memberikan beban dan kesan yang sangat tinggi kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang kecil. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga menegaskan bahawa kesan kenaikan harga minyak boleh mengakibatkan kadar jenayah yang berlaku di Malaysia semakin meningkat.

Himpunan yang julung-julung kali diadakan di Jasin berakhir pada jam 4.00 petang dalam keadaan yang aman serta tanpa gangguan dari pihak Polis

Tiada ulasan: