Oleh : abuya
Siri penerangan tentang kenaikan harga minyak diteruskan lagi pada jumaat ini melalui mimbar masjid. Bukanlah perkara baru, sebelum ini kerap juga rejim Ali Rustam mencemar kesucian mimbar untuk tujuan politik sempit mereka. Begitulah senario khutbah jumaat di melaka.
Tajuk khutbah hari ini ialah berjimat cermat dan jangan membazir. Isinya tentulah berkisar pada kenaikan harga minyak pada masa ini.Fuyyoo bukan main hebat lagi apa yang disampaikan oleh khatib sehinggakan semua para jumaat tergamam dan tidak berkata –kata walaupun sepatah perkataan….. (tunduk dan khusyuk dan ngantuk)
Apa yang diucapkan oleh pemimpin kerajaan kat tv itulah juga bunyinya kat mimbar. Rakyat diajak berjimat cermat dan jangan jadi saudara syaitan.Kerajaan tiada pilihan lain dan terpaksa menaikan harga minyak kerana harga bahan tersebut melambung dipasaran dunia. Disamping itu hadirin jumaat diingatkan agar faham suasana semasa dan memberi sokongan atas tindakan yang dilakukan kerajaan sekarang....(rasa macam nak takbir je)
Menurut tok khatib lagi kerajaan juga melaui petronas telah berbelanja berbilion bilion untuk kepentingan rakyat disektor lain seperti pendidikan. Hadirin jumaat juga dimaklumkan bahawa kerajaan berjimat dan tidak akan sewenang wenangnya mengeluarkan minyak dari bumi Malaysia ini demi generasi akan datang....(wah wah prihatin betul.)
Akhir sekali (sebelum doa buat sikhalil dibaca) hadirin jumaat diberikan beberapa tip agar berjimat cermat. Antara yang aku ingat ialah supaya berbelanja mengikut keperluan, matikan enjin kenderaan jika tidak digunakan dan pastikan semua suiz lampu ditutup apabila tidak digunakan.....(amanat penting tu)
Jadi sebagai rakyat yang prihatin, aku ingin menambah beberapa tip lagi dalam persoalan diatas...(tolong bakau lagi)
1.memperkasakan penggunaan kayu api sebagai ganti gas untuk memasak
2.mempopularkan ubi kayu dan keledek sebagai makanan utama kerana beras mahal
3.menjadikan kereta lembu (banyak kat melaka) sebagai pengangkutan awam kelas pertama (driver dan penumpang belakang dikecualikan memakai tali pinggang keledar, lembu wajib pakai tali )
4.mengembalikan zaman kegemilangan pelita, lampu gas solim, jamung dan andang sebagai alternatif kepada kenaikan tarif letrik
Akhirnya sukalah aku mengingatkan tok-tok khatib yang baca khutbah agar lebih cermat dan berani. Guna akai sikit, jangan main baca je. Macam dua minggu lepas, tajuk khutbah bab haji.Punyalah haru bukannya sekarang musim haji. Banyak isu lain boleh dikhutbahkan. Apapun itulah realiti suasana agama dimelaka, negeri sekangkang kera yang khabarnya akan jadi negeri maju pada 2010....(entah apa yang maju).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan