Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Jun 2008

"LEPAS SATU, SATU" KELUHAN RAKYAT

Oleh Kosmo

KUANTAN: "Lepas satu, satu naik." Itulah keluhan yang dilontarkan para pengguna apabila dibebani lagi dengan kenaikan terbaru harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pengguna yang ditemui semalam terkejut dengan kenaikan harga gula begitu cepat sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel kira-kira 40 peratus berbanding sebelumnya.

Salah seorang kakitangan kerajaan, Norli Saat, 31, berkata, harga gula tiba-tiba naik 20 sen dan selepas ini apa sahaja makanan dan minuman mengandungi gula pasti meningkat sama.

Beliau berkata, kenaikan harga ini hanya akan menyusahkan orang ramai terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi yang mempunyai ramai anak.

"Jangan bandingkan harga barang kita dengan orang (negara lain) tetapi bandingkan gaji rakyat kita dengan mereka," katanya ketika ditemui semalam sambil menggesa pihak berkuasa memantau isu tersebut.

Seorang ibu tunggal, Zainab Hashim, 50, pula berkata, golongan sepertinya sudah pasti terbeban dengan kenaikan harga makanan dan minuman kelak berikutan kenaikan harga gula itu.

"Belumpun reda dengan kenaikan harga petrol, dah timbul pula harga gula naik. Kalau macam ni pening kepala lah saya," jelas beliau yang mempunyai empat orang anak termasuk dua yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan.

Menurut Zainab lagi, separuh daripada gaji bulanannya hanya diperuntukkan untuk barang-barang dapur sahaja, itu tidak termasuk perbelanjaan lain.

Inilah padahnya jika kerajaan yang zalim masih disokong. Mereka hidup senang tetapi yang menanggung kesensaraan adalah kita. Adakah PRU 13 anda masih meletakkan kepercayaan kepada Parti BN yang sudah 50 tahun memerintah ?? Ni yang orang tua katakan, nak menyesal tiada gunanya..hadap sajalah...

Tiada ulasan: