GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang memberi amaran kepada semua wakil rakyatnya dan wakil rakyat DAP serta Pas supaya mematuhi kod etika pakaian pada majlis perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 21 Julai ini.
Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata setiap wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu berdisiplin dengan mengenakan pakaian rasmi dan memakai songkok pada majlis itu.
Katanya, dengan memakai pakaian rasmi itu, ia menunjukkan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang menghormati peraturan kod etika pakaian ditetapkan selama ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat dari DAP tidak harus ‘mensensasikan’ amalan pemakaian songkok atas nama memperjuangkan prinsip kerana ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.
“Saya lihat kejadian berlaku di Johor minggu lalu tidak elok dan kurang baik. Seorang wakil rakyat DAP tidak memakai pakaian rasmi sehingga tidak dibenarkan masuk ke dalam DUN ketika majlis perasmian.
“Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat, kita perlu berdisiplin. Saya minta wakil rakyat PKR dan juga dari DAP serta Pas mematuhi peraturan yang mudah ini,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR bersama media di Rumah Tetamu, kelmarin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan