Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 Julai 2008

ANGKATAN MUDA KEADILAN CABAR NAJIB,TUN RAZAK,MUSA HASSAN,DAN GANI PATAIL UNTUK TURUT BERSUMPAH

Kenyataan Media
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

5 Julai 2008

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Pemuda Umno yang mencabar Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah menafikan penglibatan beliau bersabit dengan tuduhan dangkal ciptaan dan rekaan UMNO sendiri.

AMK tegas berpendirian bahawa ini adalah sebahagian daripada tindakan politik sempit mereka yang kini kelihatan sangat terdesak khususnya di dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada pelbagai kemelut yang sedang melanda rakyat.


Di dalam konteks perundangan Islam, adalah menjadi satu kewajipan bagi pihak yang mendakwa untuk mengemukakan pembuktian sebelum orang yang didakwa perlu mengangkat sumpah. Dalam keadaan pihak yang mendakwa sehingga kini tidak memberikan sebarang bukti, maka adalah tidak mengikut syariat Islam apabila Dato' Seri Anwar disaran untuk mengangkat sumpah sedangkan pertuduhan ke atas beliau berniat jahat dan bermotifkan politik.

Dalam hal ini, AMK ingin membuat cabaran terbuka kepada Najib Tun Razak, Musa Hassan, Gani Patail untuk turut bersumpah mengikut prosedur dan syariat Islam bahawa mereka juga tidak terlibat langsung di dalam merekayasa dan menyembunyi bukti-bukti penting semasa siasatan dan perbicaraan yang melibatkan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu dan juga tidak terlibat di dalam persengkokolan dengan Saiful Bahri di dalam merangka laporan jahat dan fitnah yang mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Pemuda Umno jangan sesekali berselindung daripada tanggungjawab untuk menafikan penglibatan Najib di dalam kes ini memandangkan sudah terlalu banyak fakta dan informasi yang dahulunya cuba dikekang oleh institusi penguatkuasaan undang-undang telah pun tersebar ke khalayak melalui pendedahan bukti-bukti baru yang dibentangkan melalui beberapa Akuan Bersumpah oleh Raja Petra Kamaruddin dan juga P. Balasubramaniam.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan: