Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 19 Julai 2008

ANWAR: BUKTIKAN 'SIAPA ROGOL SIAPA'

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.


"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

Ketika menyampaikan ceramah politik di Kompleks PAS Kawasan Jasin, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

'Beralas simen'

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan).

"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10tahun lalu.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" .

"Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan: