Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Julai 2008

BAIKI V6 2 KALI RM 50 000, BPR MESTI SIASAT


Oleh : CTkay's

Kenyataan MB Terengganu Dato' Ahmad Said ketika memberi alasan kewajaran kerajaan negeri membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Beliau memberi alasan kononya kos penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang hanya baru berusia 4 tahun( dibeli 2004) sangat tinggi.Ahmad berkata "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Kalau betul kes 4 tahun sampai RM50,000 kos selenggara, ini sangat kes terpencil.Ini juga sesustu yang amat pelik,kerana 4 tahun menggunakan kereta tersebut kos penyelenggaraanya mencecah separuh harga asal kereta tersebut.

Benarkah kos setinggi itu?Kenyataan yang dikelurkan oleh Ahmad Said ini sekaligus mencemarkan jenama proton V6 itu sendiri serta meninbulkan persepsi yang tidak baik rakyat Malaysia terhadap kereta Nasional ini.

Perlu rasanya satu lapuran BPR dibuat bagi menyiasat kos selenggaraan V6 yang digunakan oleh YB Toh Chin Yaw.BPR perlu menyiasat dimanakah penyelengaraan dibuat, bila ianya dibuat, apakah kerosakan dan apakah kompenan yang ditukar.

Oleh kerana MB sendiri yang membuat kenyataan tersebut, maka ianya telah melahirkan satu keinginan bagi rakyat untuk mengetahui lebih lanjut.
Selepas disiasat oleh BPR, elok lah MB sendiri pula mengelurakan ciri-ciri terperinci penyelenggaran yang bernilai RM50,000 tersebut.

Songel- Sebuah sahaja yang dubaiki dengan kos RM50,000.Tapi Ahmad Said tukar sehingga 14 buah kereta.

Ingat-ingatlah....

Tiada ulasan: