Lang Buana
Saya adalah salah seorang yang tidak menyertai perhimpunan yang diadakan di Stadium MPPJ, Kelana jaya semalam. Walaupun saya tidak menyertai tetapi hasil maklumat dari sahabat-sahabat yang hadir ratanya meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan konsep yang dibawa oleh PROTES. Bagi saya, amatla wajar jika Pemuda PAS dan Unit Amal boikot dengan aktiviti semalam.
Bagi saya, himpunan kali ini boleh dianggap gagal kerana tidak dapat mencapai matlamatnya. Himpunan seumpama ini seolah-olah diwujudkan bagi menyaingi karnival jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 suku. Peserta yang hadir seolah-olah hadir dengan membeli belah seperti terlupa dengan matlamat asal perhimpunan dianjurkan.
Pandangan peribadi saya kenapa himpunan kali ini boleh dikatakan gagal berbanding dengan BERSIH..
1.Konsep dari Demontrasi ditukar kepada himpunan

2.Perpindahan tempat sampai 3 kali dan pertukaran tempat saat-saat akhir kami ketahui pada Hari Jumaat (4 Julai 2008).
3.Pertukaran tarikh juga sebanyak 3 kali yang pada asalnya 12 Julai kemudian dipinda kepada 5 Julai dan terkini 6 Julai. Bebanan dirasai oleh sahabat-sahabat dari Kedah, kelantan dan Terengganu dimana pada hari tersebut mereka semua bekerja. Berbeza dengan himpunan Bersih dimana diadakan pada Hari Sabtu. Dipendekkan cerita macam mana target 1 Juta hendak dicapai jika perancangan sebegini dilaksanakan
4.Hiburan diwujudkan dalam perhimpunan kali ini. Adakah wajar jika himpunan ini disusuli dengan hiburan sebegini sedangkan hari rakyat diulit dengan perasaan marah diatas kesan kenaikan harga minyak.
5.Masa yang terlalu panjang dari jam 10.00 pagi - 12.00 tgh malam. Sendiri boleh fikirla.
Bukan niat saya hendak menghentam PROTES bersama jawatnkuasanya cuma saya mengharapkan agar PROTES lebih berhati-hati dalam mengadakan program pada masa akan datang. Salah satu sebab yang utama saya tidak mahu hadir tatkala saya melihat perjalanan program tersebut dan ia sedikit sebanyak melunturkan semangat saya ketika untuk menghadiri program tersebut dimana program kali ini seolah-olah hilang jatidiri.
Saya juga menggalakkan sahabat-sahabat saya terutama dari Jasin untuk pergi menyertai walaupun ada dikalangan mereka hairan kenapa saya tidak turut serta himpunan pada kali ini. Jadi sejurus kepulangan mereka dari program tersebut jelas terpancar kekesalan kerana menghadiri himpunan tersebut.
Jika himpunan tersebut diadakan di KLCC, seperti mana dirancang dari awal, Insya-Allah saya akan datang melainkan jika saya uzur, saya lebih rela ditangkap ketika berdemo di KLCC berbanding berhimpun di Stadium dimana disitulah kami semua dapat memperlihatkan semangat kami yang sebenar dalam memperjuangkan hak rakyat. Bagi saya kenangan BERSIH lebih menyentap jiwa kami kerana kami ditahan dan dibawa ke balai Polis Brickfield dalam memperjuangkan isu ketidaktelusan SPR dalam melaksanakan tanggungjwab mereka.
Akhir sekali, saya memohon jutaan kemaafan jika tulisan saya kali ini menimbulkan kurang senang dikalangan sahabat, saya hanya meluahkan pandangan peribadi sahaja dan sekali lagi mengharapkan pihak pengurusan mengambil iktibar diatas kekurangan program yang hanya melibatkan kehadiran 0.3% sahaja.
Salam perjuangan, teguran dari kami adalah untuk kebaikan demi terus memperjuangkan hak rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan