Kayu – 19 Rejab 2008 / 23 Julai 2008
Teman yang sebenarnya sedikit tidak berminat untuk berbicara mengapa Kerajaan Barisan Nasional (KBN) sekarang perlu ditumbangkan dengan seberapa pantas. Kebanyakkan warga Malaysia yang berdaulat (termasuk ahli BN) sedia maklum yang ianya akan terjadi pada suatu masa dan ketika, hanya Allah yang akan menentukan masanya. Malangnya, kebanyakkan mereka berpendapat sedemikian sekadar kerana kebencian mereka kepada BN atau Pak Lah tanpa sebab yang kukuh atau mereka sendiri fahami.
Kebencian mereka untuk menjatuhkan BN kebiasaannya hanya berasaskan apa yang mereka baca, dengar dan lihat dari orang di sekeliling mereka. Tapi mereka kurang berfikir sebab-sebab utama mengapa KBN perlu ditumbangkan. Masyarakat Malaysia lebih tertumpu kepada isu-isu kronisme, kenaikan harga barang (inflasi) seperti minyak dan gejala rasuah (duit politik mengikut kata BN). Walhal kesemua itu hanyalah produk sampingan hasil dari sebab-sebab utama yang pemimpin-pemimpin kita abaikan.
Teman bukan hendak merujuk sekadar kepada KBN Pak Lah sahaja. Ianya harus merangkumi keseluruhan 51 tahun selapas merdeka, bermula dari Rahman hinggalah ke Pak Lah. KBN, telah berlaku zalim dan khianat terhadap kepercayaan yang datuk,nenek,ibu dan bapa kita telah berikan kepada mereka semenjak dari 1957 hinggalah sekarang.
Kenapa KBN perlu ditumbangkan – 1) Zalim@Tidak Adil
KBN adalah kerajaan yang tidak berlaku adil dari segala jenis batasan. Baik dari segi sistem undang-undang, royalti minyak/gas/air, kebebasan menegur atau bersuara, pilihanraya yang adil lagi saksama, anugerah kontrak atau konsesi, perlantikan penguatkuasa, agihan subsidi atau dana, sistem pembelajaran dan macam-macam lagi.
Kita ambil contoh isu royalti minyak/gas. KBN tidak berlaku adil semenjak dari tahu 1990 lagi. Bila saja PAS memerintah Kelantan, atau pada 1999 bila saja PAS memerintah Terengganu. Royalti minyak ditahan dan diganti dengan Wang Ehsan, tapi diberikan kepada ahli BN sahaja, tidak kepada kerajaan negeri. Terengganu pula mendapat Wang Ehsan (Royalti minyak yang sebenarnya) nya sebaik KBN memerintah kembali. Kelantan pula masih tidak mendapat apa royalti baik dari minyak atau gas asli.
Ini adalah salah laku tidak berlaku adil secara terang-terangan yang dilakukan oleh KBN. Membuatkan teman berasa hairan tersangat, mengapa warga Terengganu masih lagi memilih KBN yang telah menunjukkan sifat zalim mereka. Terang-terangan merampas sesuatu yang hak dari mereka yang berhak, tanpa ada rasa malu atau bersalah. Mungkinkah, warga Terengganu tidak sesabar warga Kelantan, atau imannnya tidak sehebat warga Kelantan untuk memilih diantara Islam atau Duit Ehsan. Mudahan-mudahan, doa-doa mereka yang dizalimi oleh KBN dapat mempercepatkan kejatuhan KBN, secepat yang boleh.
Senario yang sama terjadi di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Kementerian Pelancongan menarik balik peruntukan untuk dana perlancongan negeri, dengan alasan tidak bersefahaman walhal dana itu adalah dana dari persekutuan yang mana pemiliknya adalah rakyat Malaysia. Projek-projek dan dana-dana yang berkepentingan untuk rakyat dibatalkan sewenang-wenangnya sebagai membalas dendam terhadap rakyat yang tidak mengundi mereka.
Undang-undang hanya dilaksanakan kepada individu yang mereka rasakan perlu. Kroni dan para sahabat serta saudara mereka seringkali dilindungi samada dengan cara penipuan dalam sistem kehakiman, menggunakan polis untuk melaksanakan agenda zalim mereka dan menggunakan media semasa sebagai propaganda.
Ini adalah ciri-ciri kerajaan zalim.
Kenapa KBN perlu ditumbangkan – 2)Khianat@Tidak Amanah
Kita dan generasi terdahulu sebelum kita telah mengamanahkan hasil kekayaan Malaysia kepada KBN, untuk digunakan sebagai bekalan untuk generasi selepas kita. KBN telah diamanahkan dengan kekayaan yang melimpah ruah untuk membangunkan Malaysia, baik dari segi minyak, pertanian, perusahaan dan sebagainya.
KBN telah diamanahkan untuk menggunakan kekayaan sedia ada untuk membangunkan sistem pembelajaran, infrastruktur(pengangkutan,perumahan dll), keselamatan, khidmat sosial(hospital, tentera, polis dll), perundangan dan yang lain-lainnya untuk rakyat. Malangnya, KBN hanya melaksanakannya untuk orang-orang kaya atau pun kroni-kroni mereka.
DSAI telah menghuraikan konsep khianat ini dengan berkesan walau pun singkat sewaktu debat beliau dengan Menteri Shabery “Berbuih Mulut” Cheek. DSAI berkata, apabila KBN menggunakan kekayaan Negara untuk membantu rakyat miskin dan serdahana ianya dipanggil subsidi, tetapi apabila kekayaan negara digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka ianya dipanggil “bail out”. Ataupun apabila memberi kelebihan kepada kroni-kroni kaya mereka untuk melaksanakan projek mega, ianya dipanggil perangsang(incentive).
Lebih teruk lagi, mereka menyembunyikan atau pun melarang kita sebagai rakyat Malaysia dari melihat kemana pergi kekayaan Negara yang kita amanahkan kepada mereka. Penyata akaun Petronas, Khazanah, Dana Harta, KWSP, LHDN semuannya disembunyikan atas alasan keselamatan. Walhal, kita lah yang telah memberikan amanah itu kepada mereka.
Ianya ibarat seorang bapa memberi seratus ringgit kepada anaknya untuk membeli barang dapur. Tetapi si anak balik hanya membawa sekilo ikan kembung dan seikat sawi tetapi memberitahu bapanya bahawa kesemua seratus ringgit telah dibelanjakan. Bila diminta resit, si anak memberitahu bapanya tidak perlu sibuk-sibuk hendak bertanya bagaimana si anak membelanjakan wang tadi. Jika situasi ini kita bayangkan kepada KBN dan kita, layaknya mereka sudah lama diberi penampar maut.
Tahukah anda 40% kekayaan di Malaysia dikuasai oleh hanya 10% penduduk di Malaysia? Sebahagian besar mereka ini adalah pengkhianat yang terdiri dari ahli-ahli KBN dan kroni-kroni mereka yang mencuri hasil kekayaan Malaysia untuk diri sendiri.
Dengan ini, teman menyeru kesemua rakyat Malaysia yang masih mengundi KBN pada PRU-12 yang lalu, sudah-sudahlah. Teman tahu, setiap kali anda memangkah KBN pada pilihan raya sebelum ini anda sering berkata kepada diri sendiri. “Tidak mengapa, aku yakin kali ini KBN akan berubah. Menjadi lebih adil dari yang dulu”. Masa depan kita masih ada peluang sekiranya anda berubah sekarang dan caranya hanya satu; iaitu Kerajaan KBN sekarang ini perlu ditumbangkan.
Mejoh - Freelance writer
http://mymejoh.blog.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan