Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebagai anggota Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.
"Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu.
Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campurtangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan.
"Kami sendiri akan memperbetulkan negara kami. Sebab pengalaman di Iraq, Afghanistan telah cukup mengajar warga dunia bahawa bukan itu motif (keadilan) yang mereka (kuasa asing) mahu tetapi kemusnahan dan mengaut keuntungan dari negara-negara berkenaan," katanya.
Salahuddin juga mencadangkan supaya suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes terbaru membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mengarahkan Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada Washington berikutan kenyataan amaran Amerika Syarikat itu yang disifatkan tidak wajar.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi.
"Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan