oleh : Roslan SMS
Nampaknya konsert yang membariskan ratu rock Ella dan artis dangdut Mas Idayu akan diteruskan juga Ahad ini di Stadium Shah Alam sempena kejohanan bolasepak persahabatan Piala Sultan antara Selangor dan Singapura. Kerajaan negeri yang sepatutnya mengaturkan pertemuan antara Pemuda PAS Selangor (yang menghantar memorandum bantahan) dengan pihak istana berkenaan isu ini rupanya sehingga hari ini gagal mengaturkan pertemuan tersebut.
Nampaknya konsert yang membariskan ratu rock Ella dan artis dangdut Mas Idayu akan diteruskan juga Ahad ini di Stadium Shah Alam sempena kejohanan bolasepak persahabatan Piala Sultan antara Selangor dan Singapura. Kerajaan negeri yang sepatutnya mengaturkan pertemuan antara Pemuda PAS Selangor (yang menghantar memorandum bantahan) dengan pihak istana berkenaan isu ini rupanya sehingga hari ini gagal mengaturkan pertemuan tersebut.
Menurut kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi:
Kami bersedia untuk merafak sembah Tuanku Sultan bagi memberi pandangan dan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi tidak diuruskan oleh pihak kerajaan Negeri.
Sebagai jalan terakhir beliautelah mengarahkan semua Pemuda PAS Kawasan dan Negeri supaya menunaikan solat Hajat selama dua malam supaya Allah menghindarkan bala atau kemurkaan terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.
Adalah difahamkan Pemuda PAS tidak akan berdemo pada hari berkenaan sebaliknya akan hadir mengedarkan risalah bagi menyedarkan anak-anak muda yang hadir di Stadium Shah Alam bermula petang Ahad, 6 Julai ini.
Saya secara peribadi mahu mengucapkan syabas kepada Pemuda PAS Selangor kerana konsisten di dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar mereka. Walaupun kita parti politik tetapi hakikatnya kita sebuah jemaah dan gerakan Islam, prinsip perjuangan tidak boleh sekali-kali digadaikan dalam apa siatuasi sekalipun, samada dalam keadaan senang mahupun susah. Saya mengharapkan selepas ini PAS Selangor mengemukakan cadangan yang menggariskan perkara-perkara yang PAS rasakan perlu diterima pakai dan dilaksana oleh kerajaan negeri khasnya yang membabitkan masyarakat Islam di Selangor.
Benar kita bukan dominan di Selangor, tetapi pakatan bersama antara PAS, PKR dan DAP lah yang menyokong penubuhan kerajaan negeri ini. Oleh itu pandangan dan sikap PAS perlu juga dihormati dan diraikan khasnya yang berkenaan dan berkaitan urusan umat Islam.
PAS adalah parti yang berpegang teguh pada prinsipnya kerana matlamat perjuangannya jelas digariskan dalam perlembagaannya. Tiada siapa berhak mengarahkan PAS diam dan senyap dalam perkara-perkara pokok hatta Presidennya sekalipun (dan saya tahu Presiden tidak pernah begitu), apa yang ditunjukkan oleh Pemuda PAS Selangor dalam kes ini adalah satu contoh sikap PAS yang jelas dan tegas. Kita boleh kendur dan berunding dalam perkara-perkara cabang dan yang dibenarkan, tetapi atas bab prinsip, as syahid Ibrahim Libya adalah contohnya...........
sumber : www.n32.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan