Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 Julai 2008

SEDIKIT ULASAN BERKENAAN ISU LIWAT ANWAR

oleh : abe MIE

Berdasarkan pengalaman dan cakap-cakap seharian pasal liwat kes anwar, abe MIE bahagikan kepada dua

TAK BETUL- Anwar Tak buat

1. Anwar seorang manusia yang masih berakal. Logik ke Anwar hendak buat benda itu. Kita sebagai manusia yang ada akhlak dan berfikiran bodohpun tidak akan lakukan. Haiwanpun tidak pernah lakukan.

2. Usia Anwar sudah 60-an jadi takkan dia hendak buat benda terkutuk itu. Kalau melibatkan perempuan (seks bebas), abe MIE percaya dan banyak cerita yang orang melihat Anwar memang 'kaki perempuan'. BUAYA POLITIK. Anwar bebas hendak mencari perempuan luar negeri, pergi Hawaii, Bali, Bangkok... kenapa dia hendak juga lubang 'al-juburi'? Busuk pula tu.

3. Anwar baru sahaja bebas dari lokap, enam tahun lamanya dan kini baru sahaja dua, tiga tahun bebas. Adakah dia mahu hidup dalam lokap? Mungkin dia akan mati tidak lama lagi?Takkan dia masih berminat dengan 'al-juburi'?

4.Anwar mempunyai pendapat yang logik dan boleh diterima, iaitu dia sebenarnya diperangkap dan terperangkap. Alasannya- kerana ada 4 orang YB BN hendak masuk PR (keluar BN), kerana tindakannya mahu bertanding dalam pilihanraya. Ada orang hendak menguburkan dan memburukkan namanya.

5. Kesnya sama dengan kejadian 1998. Dulu Mahathir, pemerintah kuku besi. Kini Pak Lah pemerintahan 'kuku plastik'.

6. Apabila mellihat Azizah semua orang menagih simpati kerana dia tahu siapa Anwar? Buruk-buruk Anwar suami pun, laki Azizah juga. Sudah Ada beberapa orang anak dan tak akan lakukan perkara itu.

7. Anwar melaporkan kepada polis dan akan menyaman si mangsa yang menuduhnya liwat. (Tapi dalam masa yang sama dia mengakui yang polis dan sistem kehakiman Malaysia tidak betul)??

YANG BETUL- Anwar 'kemungkinan Lakukan'

1. Ada mengatakan buntut si mangsa ada kesan 'lubang'.. dan abe MIE tidak pasti air mani itu ada atau tidak wujud. Air mani memang ada tapi tidak tahu ia milik siapa? SIapa bapanya.. Membazir buang begitu aje...

2. Anwar menuduh semua orang terlibat. Ketua polis, ketua hakim, PM, TPM, Isteri Najib... semua orang BN.. adakah mereka semua jahat? Adakah mereka tidak akan diadili oleh Allah bila mati nanti? Adakah mereka semua gila? Mereka juga tahu hukum -hakam dan KALAU MATI AKAN DIBALAS...

3. Kenapa pada mulanya ANwar sembunyikan diri? 1998, dia berani dan lawan Tun Mahathir yang gagah? sedangkan dengan 'BN lembik' dia lari? Dulu ANwar kata- lawan tetap lawan... sekarang kenapa dia tidak lawan Tun Mahathir? Yang lawannya ialah Pak Lah juga.

4. Kenapa memilih Kedutaan Turki yang kita tahu negaranya sekularnya. Kenapa tidak minta perlindungan kedutaan negara Indonesia? Iran, Pakistan, Kuwait atau negara Islam lain? Mereka juga ada kekebalan sebagai kedutaan.

5. Kenapa Anwar tidak menjawab masalah peribadinya dan menyalahkan masalah itu adalah masalah politik? Dari dulu lagi. Anwar dikenai sebagai pelakon politik yang berjaya antara yang juara. BEST NO.1

6. Kenapa Anwar tidak bersumpah berkanun macam dilakukan Raja Petra? Atau bersumpah di masjid kalau dia tiada masa? Jangan kaitkan masalahnya kini dengan masalah orang lain. Nanti kalau ramai menjawab, lain cerita dan banyak pula Anwar kena jawab.

7. Kenapa Anwar meminta bantuan barat? tidak negara Islam? Bukan maksud kedutaan, tapi melibatkan diplomasi negara.

8. Kenapa keluarga si mangsa dan mangsa sendiri diancam? Kalau Anwar tidak bersalah, biarlah mahkamah menetukan. Takkan hendak mengadili kes ini di mahkamah dunia pula? Atau diadili di USA?

9. Kenapa Anwar memburukkan negara? Badan kehakiman dan polisi? Anwar adalah satu nyawa sahaja sedangkan kita semua adalah melibatkan jutaan nyawa. Mana penting, maruah seorang atau maruah jutaan orang? Jangan samakan Malaysia macam Iraq atau 'negara karnibal' (orang makan orang). Anwar boleh pilih mana-mana negara yang dia suka dan boleh pilih mana-mana negara yang dia akan ditanam. Tapi jangan burukkan Malaysia yang dipimpin oleh Orang Melayu Islam. Adakah Anwar mahukan Karpal Singh, Lim Guan Eng atau Sivarasa jadi PM!!!

10.Anwar seorang kaki perempuan dan banyak gambarnya dengan perempuan lain. Itu tidak boleh dinafikan. Tun Mahathir sendiri pernah memberitahu yang Anwar berlagak alim kucing sahaja. Dia banyak mendengar masalah peribadi Anwar semasa menjadi TPM (masa itu dia YB dari BN) fikirlah sendiri.

Mana betul dan mana tak betul... Ezam sendiri memberitahu yang masalah Anwar adalah masalah dia seorang dan jangan melibatkan orang lain, agama lain, negara lain, ... BENDA MACAM NIE PUN TAK BOLEH BUAT MACAM MANA NAK TURUNKAN HARGA MINYAK...

www.pkrpasdap.blogspot.com

Tiada ulasan: