CERAMAH PERDANA BERSAMA DATUK TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN (NAIB PRESIDEN PAS) DAN USTAZ IDRIS BIN AHMAD(KETUA PENERANGAN PAS PUSAT) DI KAMPUNG TEDONG PANTAI PADA 26 JUN 2009 JAM 9.00 MALAM. SEBARANG MAKLUMAT SILA RUJUK PADA RUANGAN AKTIVITI JASIN DAILY

DI MANA MEREKA ??



ANDAI KU TAHU, PANGKAH BN JADI BEGINI


kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa

IMAM AL-HADHARI


Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

Madah Perjuangan


ECER - KELANTAN

YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

TRADEMARK KAMI


Get cool stuff @ NackVision.com

HADITH RENUNGAN

BLOGGERS UNITED


Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM

AJK PAS PUSAT 2007-2009


BERITA BOX OFFICE

BN RANCANG KONSPIRASI JAHAT BUANG SPEAKER - SIVAKUMAR KEMAMAN, 20 Mei (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar mendedahkan 'tragedi hitam' pada 7 Mei 2009 lalu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak merupakan satu konspirasi jahat yang dirancang bagi 'menjatuhkan' Speaker Dun tersebut. Katanya, kekecohan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan pejabat dan Dun Perak itu berpunca dari Adun-adun Barisan Nasional (BN) Perak sendiri. "Pada hari 7 Mei 2009 itu, saya katakana satu konspirasi jahat diatur oleh pihak-pihak tertentu untuk 'menjatuhkan' (buang) Speaker Dun Perak yang sah. "Mereka (Adun BN) rancang satu konspirasi mahu 'menjatuhkan' saya dari jawatan kerusi Speaker Dun. "Kekecohan yang berlaku itu (Dun Perak) kerana Adun-adun BN tidak ikut peraturan dan ingkar arahan Speaker," jelasnya di hadapan lebih 3,000 hadirin dekat sini, baru-baru ini. Menurutnya, beberapa tindakan pelik dan luar biasa telah dilakukan oleh pihak BN sebelum hari Persidangan Dewan Dun Perak lagi. Antara lain, katanya pihak 'tertentu' yang memanggil Sidang Dun Perak tanpa pengetahuan Speaker, cuba menghadkan kepada wartawan tertentu sahaja boleh membuat liputan Sidang Dun Perak, tidak membenarkan tetamu pemerhati masuk walau pun dengan kebenaran Speaker serta pengeluaran pas masuk oleh pihak SUK. Menurutnya, kawalan keselamatan yang ketat dan jumlah anggota polis yang ramai dipergunakan dalam konspirasi tersebut. Katanya, semua kuasa-kuasa Speaker Dun Perak telah 'dirampas' awal-awal lagi sebelum berlaku hari yang memalukan itu. Malah, menurut Sivakumar pada hari tersebut (7 Mei) sebenarnya tidak berlaku Persidangan Dun Perak kerana Dewan belum dimulakan lagi. "Saya masuk dewan (Dun Perak) dan sebelum pemangku Sultan (Raja Nazrin) masuk untuk merasmikan dewan, saya sebagai Speaker Dun akan pastikan dewan teratur dan selamat. "Saya masuk untuk menguruskan dewan dan bukan untuk memulakan persidangan dewan sebelum berlaku kekecohan yang memalukan itu,"ujarnya. Beliau turut menyifatkan kekecohan yang berlaku kerana Adun-adun 'monyet' (BN) tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Akhirnya, kata Sivakumar Speaker Dun Perak yang sah dan halal telah diangkut dan dibawa keluar oleh anggota polis. Menurutnya, rakyat Perak dan seluruh negara akan 'mengajar' pemimpin Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing, bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazeri Jusoh.

TAK NAK BN !!



DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

ANDA PENGUNJUNG KE

JASINDAILY Bermula Pada 28 DISEMBER 2005

BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN 20 MEI 2009,RABU
DUNIA TERKINI 20 MEI 2009,RABU
ARKIB
SUDUT KOPI 'O'


Free chat widget @ ShoutMix

KENALI PAS
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!!!

"SESUNGGUHNYA DARAH SUCI SYEIKH YASIN TELAH MENYATUPADUKAN SAF PEJUANG-PEJUANG PALESTIN DAN BERBAGAI-BAGAI FAHAMAN POLITIK UNTUK MEMILIH HANYA SATU JALAN PENYELESAIAN BAGI SEMUA PUAK IAITU DENGAN BANGUNNYA MENENTANG PENJAJAHAN YAHUDI-ASSYAHID DR.ABD AZIZ RANTISI

TERHANGAT DIPASARAN !!!!


UNDI BLOG JASINDAILY

Ukhwah.com :: Top Blog

APA AKAN JADI PENDIDIKAN KITA ??
Isnin, Ogos 11, 2008
Oleh Ibnu Khuzaimah

Semalam, ketika memberi ucapan di ceramah umum di PJS 4, Kampung Medan, Anwar Ibrahim menyatakan betapa universiti-universiti di negara ini merudum teruk. Beliau menekankan antaranya ialah universiti nombor satu negara yang difahami umum, Universiti Malaya.

Dalam konteks ini, Anwar mengaitkan betapa teruknya kualiti Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, Professor Nordin Kardi, yang menjadi panel bersama Shabery Chik lewat debat isu minyak tempoh hari.

Dalam bidasannya, Anwar mengejek kedangkalan dan cara berfikir Nordin Kardi. Antara minyak dan gas pun professor ini tidak memahami. Dalam pada itu ramai pendengar yang berteriak " professor kangkung, professor kangkung", disambut senyuman Anwar.

Selanjutnya Anwar mendedahkan Nordin Kardi selama sepuluh tahun kerjanya menanamkan sifat kebencian terhadapnya dalam siri kursus Biro Tatanegara ketika dia menjadi Pengarah BTN. Antaranya Nordin sentiasa menuduh Anwar ejen Yahudi dan pelbagai lagi tuduhan yang bertujuan menjatuhkannya.

Cara Nordin cuba memerangkap Anwar dengan soalan yang "low class" seolah cuba meletakkan minda Anwar serupa taraf dengan peserta BTN dari UMNO atau pelajar baru yang mendaftar tahun pertama. Ketika debat itu sedang berjalan dan ketika Nordin menyoal jelas sekali audien yang hadir tertoleh-toleh tanda kecewa.

Kini semuanya sudah terserlah. UUM mempunyai Naib Canselor yang memalukan para pelajarnya sendiri. Anak saudara penulis yang sudah tamat belajar di UUM menghempas botol coca-cola sambil mengeluarkan kata-kata yang tak patut disebut di sini akan bekas cikgunya, NC Nordin Kardi ketika menonton debat tersebut.

Persoalannya di sini, siapakah yang Nordin Kardi wakili dalam perdebatan isu minyak tempoh hari? Adakah ia mewakili dirinya sendiri? Adakah dia mewakili UMNO atau mewakili akademia? Adakah Nordin mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi?

Apapun, di akhir perdebatan kesimpulannya Nordin Kardi hanya berjaya "mengkeldaikan" dan memalukan komuniti akademia. Lebih parah lagi jika Nordin Kardi perasan bahawa dia mewakili para intelek se Malaya. Beberapa rakan akademia dari sebuah universiti di Shah Alam geleng kepala , "what a blunder, man".. klip video.

Beberapa waktu yang lalu, Nordin Kardi berjaya mendapatkan perintah mahkamah terhadap Raja Petra Kamarudin kerana sebuah artikel yang tersiar berikutan satu isu ciplak. Dalam tuntutannya, Nordin menganggap dirinya mewakili intelek Malaysia dalam samannya terhadap RPK.

Nordin berjaya mendapat hanya RM4 juta dari jumlah tuntutannya sejumlah RM80 juta. Itupun kerana tuntutan itu diberikan secara 'default judgement' kerana RPK tidak pernah hadir di mahkamah malahan ketika mendapat penghakiman, RPK tidak ambil pusing malah mengtongsampahkan surat itu.

Persoalannya, apakah begitu ciput nilai para intelek seluruh Malaysia ini?? Jika RM 4 juta dibahagikan kepada beratus malah beribu-ribu intelek di Malaysia ini, maka nilai seorang intelek di sini hanya boleh dinilai dengan duit rupiah, baharulah dapat dinilai beribu atau berjuta banyaknya!

Pastinya ramai intelek tidak bersetuju dengan tindakan Nordin Kardi kecuali intelek-intelek yang ada kalung/tags "Professor Kangkung" atau intelek intelek yang mencapai taraf 'professorship' di atas tatangan dan naungan politik UMNO/BN.

Nordin Kardi sememangnya lebih dikenali sebagai BTN. Apabila dia dipilih sebagai Naib Canselor UUM menggantikan Allahyarham Dr Fauzi Basri, agak sukar untuk difahami matlamat sebenar pemilihannya. Yang jelas, Nordin lebih dilihat sebagai penyambung atau pewaris cengkaman kuku besi di UUM. Sama ada dia berjaya mengumnokan siswa UUM tidaklah diketahui sangat.
Bagaimanapun, gerakan pelajar menentang AUKU tidak pernah kendur malah semakin menyala. [Rang undang-undang pindaan AUKU akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang]

Sebagai contoh, tindakan keras mengekang siswa di UUM ialah dalam kes Rizal Mohd Anan yang menyaman UUM kerana menggantung pelajarannya selama 3 semester pada awal tahun 2000, hanya kerana terlibat dalam satu perdebatan. Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada siswa tersebut dengan penyelesaian RM70,000.

Tidak ketinggalan ahli akademia di UUM juga mendapat tekanan. Ketika syarat akujanji dipaksakan kepada ahli-ahli pendidikan, UUM adalah antara yang begitu keras dan tegas melaksanakanya. Bagaimanapun tidak semuanya setuju menerima syarat dan tekanan akujanji.
Terdapat seorang kakitangan akademik yang ditunjukkan "exit door' kerana enggan menandatangani akujanji.

Daripada contoh-contoh di atas dan mengambil banyak contoh lain berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini jelas bahawa perkembangan pendidikan tinggi Malaysia ke arah 'world class' terbantut sejak sekian lama. Antaranya kerana mengikut telunjuk kebejatan politik pimpinan sekarang, yang hanya mahukan tukang angguk dan tukang sokong "ngeh,ngeh".
Kronik. Tindakan radikal dan berani untuk merubah pendidikan dirasakan amat perlu.
Seandainya tidak bagi Malaysia, sekurang-kurangnya negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat perlu menganjak paradigma baru, malah dalam tempoh lima tahun ini menampilkan kewajaran yang lebih tambah-nilainya. [Baca rencana bertajuk,
Mind Schooling Race untuk gambaran jelas akan senario ini].

Negeri-negeri Pakatan rakyat, perlu mendahului dan menunjukkan kepada umum bahawa pengekangan pendidikan tidak memberi kesan yang baik untuk mencapai generasi 'e-knowledge' yang berkualiti. Apatah lagi ketika dunia sedang mengharungi kepelbagaian liberisasi peringkat global.

Langkah pertama yang perlu ialah memberikan ruang kepada pendidikan untuk berkembang dengan lebih positif tanpa kekangan yang melampau dengan memberi ruang seluas mungkin kepada pakar-pakar akademia untuk berkarya dalam memajukan pendidikan.

Dengan kebebasan berkarya pastinya golongan akademia mampu menghasilkan produk-produk baru pendidikan yang mampu dijaja ke santero dunia. Maka baharulah kita boleh melolong dan melelong bahawa di sinilah wujudnya satu hub-pendidikan yang 'world class'.

Ibarat besi semberani, seluruh mata dunia ditarik ke sini. Anak Malaysia di luar negara pasti kembali ke sini. Bukan sedikit anak cerdik pandai Malaysia berada di luar, dan bukan sedikit yang ingin kembali ke negara tumpah darah.

Bagaimanapun, suasana yang tidak kondusif untuk mereka berkarya di sini, tekanan-tekanan politik yang membabi buta membuatkan pintu hati mereka tertutup rapat.

Bagi mereka yang berada di sini pula besar kemungkinan hanya menjalankan tugas memenuhi syarat perkhidmatan dan mengambil jalan 'non-confrontational' dengan cara berdiam diri.

Seandainya terus-terusan begini, tidak hairan jika satu waktu nanti pendidikan tinggi negara ini akan terus merudum kerana dikuasai oleh "kangkung-kangkung" dan pemanas-pemanas kerusi empuk berhawa dingin yang sudah beku dan jumud kreativitinya.

Lebih daripada itu, maka seruan-seruan untuk memartabatkan pendidikan akan hanya tinggal seruan dan cakap-cakap politik yang tidak terpakai dan beransur-ansur menjadi bohong. Paling tidak ia akan hanya menjadi album kenangan ketika pelancaran pelbagai program pemimpin bersama rakyat!

Akhirnya yang akan kerugian negara ini sendiri. Ia akan mengalami 'brain drain' dan mengimport tenaga asing sama seperti sektor buruh dan ladang. Kesannya, esok atau lusa kita akan meratapi kesilapan semalam apabila generasi baru meludah ke muka kita.

Keyakinan Anwar untuk mengangkat martabat pendidikan negara ini sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya perlu diberi perhatian serius. Andaikata menjadi realiti bahawa Malaysia ini boleh menjadi hub-pendidikan bertaraf "world class", perlukah kita bimbang bila negara kehabisan sumber petroleum?

sumber dari :

Label: ,

posted by jasindaily online @ 12:01 AM  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

Image Hosted by bkrm.blogspot.com
>
KEMPEN JOM SERTAI PAS

MARI KITA SAMA-SAMA MENGHANGATKAN KEMPEN JOM SERTAI PAS YANG DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA 27 DISEMBER 2008, UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI SEKETARIAT JASIN DI EMAIL dppkjasin@yahoo.com. SILA KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN AHLI
Diari Perjuangan

Aktiviti TAHUN 2009

Air Mata Ulama'


PENAJA KAMI
BOX OFFICE PUNYER !!

Image Hosted by ImageShack.us

MASIH BUTAKAH KAMU MENOLAK KEPIMPINAN ULAMA' ?


Adakah dengan paparan video ini masih lagi membuatkan BN dan UMNO masih buta. Kamu yang rata-rata bangsa Melayu beragama Islam masih menolak Islam bahkan non muslim yang masih tidak mengerti apa itu Islam telah menyokong. Sayang sungguh kamu walaupun dilahirkan dengan secara terang dalam Islam tetapi kamu gagal menghiasi corak Islam yang sebenar..Malang sungguh Umat Islam di Malaysia di kala ini...

KEMPEN 1

Image Hosted by ImageShack.us .

KEMPEN 2

Image Hosted by ImageShack.us

TAK NAK BN !!








KENANGAN ALMARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR


Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU !. Al-Fatihah

JAHANAM ISRAEL !!!!

DPPKJASIN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS LINK, ARTIKEL DAN APA JUA BAHAN YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM. SEGALA YANG DIPAPARKAN ADALAH MENJADI TEGURAN DAN RENUNGAN BERSAMA DALAM MENUJU KEARAH HIDUP SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN

Name: Pemuda PAS Jasin
Home: Merlimau, Melaka, Malaysia
About Me:
See my complete profile
VIDEO JASINDAILY

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK - MARKAS PAS BUKIT TEMBAKAU 13 JANUARI 2007

  • Ali Rustam Membazir Duit Rakyat
  • Isu Babi di Melaka
  • Pengalaman Bekas Paderi
  • Koleksi Ust Nasarudin Md Isa 1
  • Isu Murtad & IFC
  • Dasyatnya Malaysia Hari Ini
  • Merdeka Ala Sekular
  • NASYID MINGGU INI

    AL FATEH

    CORETAN YANG LALU
    WEB MELAKA
    WEB ALTERNATIF
    AUDIO DAN VIDEO
    WEB RADIO

    Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
    IKIM.fm Malaysia
    [Winamp/RealPlayer]

    Tarbiyah.fmIndonesia
    [Winamp/RealPlayer]

    Nur IslamBrunei
    [Media Player]

    NoorRadio.fmU K
    [Winamp/RealPlayer]

    RadioIslam.fmChicago
    [RealPlayer]

    MISG.fmMISG Online
    [Winamp/RealPlayer]

    SEMAKAN DAFTAR ONLINE

    DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BAGI TEMPOH 1 APRIL HINGGA 3O JUN 2006 YANG TELAH DIPERAKUI PADA 24 JULAI 2006.BERKUATKUASA PADA TARIKH NOTIS DISIARKAN DALAM WARTA IAITU PADA 31 JULAI 2006.TUAN/PUAN BOLEH MENYEMAK DAFTAR TERSEBUT PADA BILA-BILA MASA SAMA ADA DI IBU PEJABAT SPR ATAU PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI ATAU MELAYARI LAMAN WEB SPR (KLIK DISINI @ LOGO DIBAWAH).

    POSTER ALTERNATIF


    TRAGEDI KAMPUNG BEREMBANG..Selepas tragedi keruntuhan Masjid Bujal di Terengganu, Kali ini penduduk Kampung Berembang menjadi mangsa kerakusan dibawah kerajaan yang dikatakan "ADIL DAN SAKSAMA" dalam membela rakyat, terbukti bahawa Kaum Melayu akhirnya merempat ditempat sendiri !!Klik pada gambar melihat situasi yang berlaku pada rakan kita di Kampung Berembang...

    BLOODY SUNDAY : 28 MAY 2006

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    1427 Hakcipta Tak Terpelihara
    Di Kendalikan Oleh Lajnah ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN)
    Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
    sila hantarkan ke alamat dibawah.
    E-mel : dppkjasin@yahoo.com jasindaily@yahoo.com