Oleh Cenangau
Aku baru saja baca artikel ini dan ini walaupun dah lama di tulis artikel pertama tu. Aku dah lama tunggu-tunggu orang tulis artikel macam ni. Itulah jugak yang aku dok pikir selama ni, walaupun ada beberapa isi yang aku sedikit tidak setuju tapi rohnya ada di situ.
Aku amat yakin penulis artikel ni sebenarnya Ahli PAS Seumuran dan bukan musuh PAS. Malah aku yakin ramai ahli PAS terutama golongan kelas menengah yang risaukan perkara yang sama. Sebagai ahli PAS yang berdaftar dan selama ini bertungkus-lumus ikhlas bersama PAS, amat wajar suara kami ini didengar dengan hati yang terbuka kalaupun tidak bersedia menerima.
Cubalah baca artikel tersebut dengan hati yang terbuka, buanglah sekejap prasangka, cuba selami isi hati sebahagian ahli dan Pendokong PAS yang tertulis dengan penuh ikhlas dalam artikel tu.
Memang kita disuruh bersangka baik, tapi dalam masa yang sama kita juga diajar macammana nak berkasih dan membenci. Biarpun kita benar-benar kasih, tinggalkan sedikit, mana tahu kelak kita menjadi musuh. Biarpun kita benar-benar benci, tinggalkan sedikit, mana tahu kelak kita akan berkasih.
Walaupun aku juga tak yakin dengan Anwar Ibrahim sebagai pendokong FASAL 5, aku tidak boleh menafikan sumbangan beliau kepada Islam dan dengan realiti politik semasa aku cukup yakin Anwar akan berjaya menjadi PM dalam masa yang terdekat.
Pada aku, kurang berkhikmah kalau orang-orang yang sama pemikiran dengan aku mengambil langkah khianat kerana ini adalah keinginan majoriti rakyat yang ingin memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Tambahan pula Muktamar sudah pun membuat ketetapan. Kalaupun kita tidak selesa untuk bersama-sama memperkukuhkan Pakatan Rakyat namun sabotaj tidak boleh sama-sekali menjadi pilihan.
Kita perlu mengambil ruang dan peluang semaksima mungkin untuk kita memperkukuhkan parti dan dalam masa yang sama menjalankan tujuan utama PAS iaitu berdakwah yang insyaallah akan lebih luas terbuka dengan kerajaan baru.
Jika PAS dikhianati sekali lagi, kita perlu terima sebagai takdir dengan berlapang dada. Yakinlah yang kemenangan yang dijanjikan masih belum tiba dan kita patut terima kenyataan yang kita sebenarnya belum layak untuk menggengam kemenangan. Moga-moga ada hikmah untuk Islam akhirnya.
Akhir sekali aku nak ingatkan ingatan dari TG Presiden semasa muktamar lalu yang "sejarah membuktikan yang PAS tidak pernah mengkhianati kawan" dan harapnya biarlah sejarah tersebut terus kekal hingga ke anak cucu kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan