Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 18 Oktober 2008

Kontroversi: Beri Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan, Satu Penghinaan Buat Rakyat Melaka (Siri I)-Malaysiakini


Oleh: cucumatkilau

Apa dah jadi dengan Malaysia tanahairku ini!!. Sudahlah politik negara kian tidak menentu, kini kita dihangatkan lagi dengan berita seorang artis Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Beliau dikatakan salah seorang daripada 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, yang dijadualkan esok. Pelakon Bollywood itu akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Kita bukan mahu mempertikaikan hal ini, cuma apakah rasionalnya seorang rakyat India yang hanya merupakan artis dan sesekali datang ke Malaysia untuk menghiburkan peminatnya diberi anugerah sedemikian?.Apakah jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.


Sungguh malang nasib rakyat Melaka bila mendapat "Sultan @ Yang Dipertua Negeri" seperti Khalil Yaakob ini. Rosak benar masa depan rakyat Melaka bila seorang pemimpin UMNO yang cukup "sinonim" dengan kes rasuahnya itu dianggap ke kedudukan semulia itu. Khalil ini disembah dan disanjung sebagai "Sultan" negeri bersejarah itu. Namun, keputusan memberi anugerah kepada artis Bollywood itu ternyata satu "tindakan penghinaan" serta memalukan rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.

Apakah sudah tiada rakyat Malaysia yang layak untuk diberi gelaran itu?. Sebelum ini Khalil pernah dikecohkan dengan isu pemberian terlalu banyak pingat gelaran "Datuk" semasa Hari Keputeraannya. Khalil mencipta sejarah tersendiri dalam hal ini. Maklumlah, dari seorang rakyat biasa kini beliau duduk setaraf dengan raja-raja Melayu. Bahkan beliau juga kini boleh mendabik dada kepada Sultan Pahang kerana kini "darjat" mereka hampir sama.

Kalau di Pahang dulu, Khalil hanyalah Menteri Besar yang dipercayai bertanggungjawab "membankrapkan" negeri ini. Beliau dikatakan telah merompak segala hasil mahsul dan khazanah negeri terutaman hutan balak. Hutan-hutan dara yang sepatutnya dikeluarkan hasil tahun 2010 ke atas habis ditarahnya. Maka, akhirnya beliau meninggalkan hutang-piutang yang terlalu banyak untuk ditanggung oleh penggantinya.

Justeru itulah ekonomi dan KDNK di Pahang senantiasa merundum gara-gara penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang sejak dulu kini dan selamanya.Kini, Khalil boleh berbangga dengan statusnya sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Beliau kebal dari undang-undang setelah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh PM Mahathir sebelum itu. Maka Khalil gembira dapat bermastautin di negeri yang cukup popular dengan "Taman Buaya" itu. M

aklumlah, ketika di Pahang buaya Paya Bungor sendiri pun takut melihat kelibat Khalil turun ke air semasa Sukma 96 di Kuantan dulu. Hebohlah orang membicarakan hal ini ketika itu. Kini Khalil dikatakan sudah serasi dengan buaya bahkan boleh menjinakkan pula buaya di Ayer Keroh itu. Maklumlah beliau kini adalah saling tak tumpah macam "Sultan Melaka".

Ketika bergelar Menteri Penerangan, Khalil pernah berangan-angan untuk membina sebuah perkampungan artis ala Hollywood di Malaysia. Lokasi yang dipilih sudah pasti di Pahang iaitu berdekatan dengan Janda Baik. Mujurlah hasrat itu tidak tercapai jika tidak semakin musnah dan hancurlah masa depan rakyat Pahang ditangannya. Kini beliau selesa berada disinggahsana negeri Hang Tuah itu. Namun, satu sikap yang sukar ditinggalkan sudah pastilah dengan "wang" atau pun "duit". Khabarnya kini di Melaka, habis projek-projek disapu oleh syarikat kroninya dari Pahang.

Banyak projek-perojek besar yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Melaka telah dianugerahkan kepada proksi-proksinya dari Pahang ini. Semua ini dilakukan demi perjuangan hidupnya yang masih belum selesai sejak sekian lama.Isu gelaran "Datuk" memang popular dan sering dikaitkan dengan "jual beli" atau "sistem barter" iaitu ada wang semua boleh jalan.

Sistem barter ini memang popular sejak zaman kesultanan Melayu Melaka dulu lagi.Khabarnya gelaran itu kini nilainya mencecah sehingga RM300,000 ringgit dan bergantung kepada cara bayarannya. Maka itulah Khalil harus mengambil kesempatan atas peluang ini. Kalau satu kepala Rm300,000 maka jika diberikan kepada 30 kepala, (khabarnya ada 77 penerima darjah kebesaran Melaka itu) berapa banyak duit yang boleh disapu.

Maka tanpa memikirkan "risiko" akibat tindakan bangangnya itu Khalil tersalah pandang akhirnya ter"anugerah"lah gelaran "Datuk" kepada aktor Bollywood itu. Sekarang, semuanya sudah terbongkar. Soal siapa yang menjadi "broker" menjual gelaran itu hanya Khalil Yaakob sahaja yang layak mengetahuinya. Namun, kita pasti gelaran itu adalah "jual beli" dan bukan atas dasar jasa serta pengorbanan besar Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia apatah lagi rakyat Melaka.

Siasatan harus dilakukan terhadap Khalil Yaakob, jika tidak maka isu ini memanglah akan menjatuhkan maruah dan darjat orang-orang Melaka.Khabarnya Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan itu dijadual datang ke Melaka bulan depan bagi menerima gelaran yang dianugerahkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob sempena sambutan Harijadi ke-70, hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kedatangan Shah Rukh Khan akan diuruskan dengan bantuan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Mesti ada udang disebalik mee cerita ini, jika tidak munasabah pulak Daim yang menguruskan kemasukan aktor tersebut ke Malaysia?.

[Pahlawan Hang Tuah ada mengatakan "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Namun, kini Khalil Yaakob awal-awal lagi sudah menghilangkan identitinya dengan memberi anugerah kebesaran negeri melaka kepada rakyat India yang merupakan pelakon popular hindustan itu.

Simpati benar kita kepada rakyat di bumi Melaka dengan perkembangan ini. Apa boleh buat, Khalil adalah "Raja di Melaka". Mahu atau tidak terpaksalah mereka sembah juga akhirnya !!. Kasihan juga buat rakyat Melaka, zaman dulu kita belajar sejarah Melaka cukup popular dengan Kesultanan Melayunya, namun kini setelah berabad-abad lamanya Melaka pula yang tidak bersultan. Akhirnya dianggatlah rakyat biasa sebagai Yang Dipertua Negeri seperti Khalil itu]

Tiada ulasan: