assalamualaikum ... salam ukhuwah salam perjuangan
alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan Allah dengan dua nikmat yang paling besar yang seringkali dilupakan oleh manusia sepertimana yang dinaqalkan oleh nabi SAW dalam hadis baginda iaitu " Dua Perkara yang seringkali dilupai oleh manusia ialah nikmat sihat dan masa lapang. Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada yang Maha berkuasa kerana masih lagi mengizinkan hamba yang dhaif ini untuk menjejakkan kaki di alam nyata.
saya tertarik untuk membicarakan mengenai muhasabah dalam perjuangan. almaklum sekarang nie kita telah dibentangkan dengan pelbagai wadah perjuangan sama ada yang menjurus dalam bidang dakwah atupun bidang siasah. tapi kebanyakan dari kita lebih banyak menjurus kepada bidang siasah berbanding dengan bidang dakwah yang telah lama kita warisi sejak dari zaman pengutusan Rasulullah SAW keatas sekalian alam.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah berapa ramai orang yang telah terleka dan terlalai dengan wadah perjuangan yang didokong dan ramai juga yang telah futur atau gagal dalam perjuangan pada masa kini berbanding dengan zaman perjuangan Nabi SAW dan para sahabat serta para salafussoleh. ini kerana matlamat dan hadaf perjuangan masing masing tidak jelas baik yang berada di medan dakwah mahupun yang berada di medan siasah.
ikhwah sekalian, jika kita membicarakan soal perjuangan, masing masing ada matlamat masing masing. Yang berjuang atas nama kebangsaan hanya mementingkan semangat kebangsaan tetapi hala tuju perjuangan tak jelas dan tak selari dengan kehendak islam. Yang berjuang untuk gerakan islam pula tak jelas perjuangan dek sebab semangat untuk menentang kemungkaran dan menegakkan yang hak tiada. Malahan dalam perjuangan ada juga musuh dalam selimut. oleh yang demikian kita perlu sorot kembali sirah perjuangan nabi SAW dan para sahabat serta para salafussoleh.
apa yang saya nak fokus disini adalah muhasabah bagi golongan yang berada dalam gerakan islam. kita lihat pada masa kini gerakan islam di malaysia khususnya kini memasuki era kebangkitan baru dimana setiap gerakan dipelopori oleh golongan generasi muda yang bersemangat waja. Akan tetapi golongan yang lama yang kita boleh katakan "OTAI" atau "Old Timer "tidak boleh dipinggirkan.
Noktah pertama yang saya ingin perkatakan ialah mengenai adab. Ramai dikalangan pimpinan muda kurang menitik beratkan soal adab. bukan nak menudingkan pada sesiapa tetapi bak kata pepatah "siapa yang makan cili dia akan merasa pedasnya" . Almaklum tak kira dalam apa jua wadah perjuangan pasti akan berlaku perselisihan pendapat antara satu sama lain dan perkara ini perlulah diberikan perhatian serta diperbetulkan dengan hikmah.
Sepertimana yang dinyatakan nabi : Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhla.Nak berbincang boleh berbincang,nak bermuzakarah boleh bermuzakarah tetapi persoalan adab antara satu sama lainperlu lah dijaga. begitu juga mengenai perkara yang bersangkut paut dengan kerahsiaan. sepatutnya perkara yang semacam ini perlu disimpan sepertimana kita simpan rahsia rumahtangga.
Noktah yang kedua mengenai akhlak dan peribadi. Sebagai pimpinan yang berada dalam kelompok rijalud dakwah,kita seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan bukan menunjukkan contoh yang tidak baik. Maksud saya ialah menjadi role model kepada pembentukan sahsiah diri yang baik dalam masyarakat. walaupun berbeza pandangan atau fahaman politik sekalipun kita tidak boleh menunjukkan sikap yang buruk contohnya memburuk-burukkan orang lain didepan masyarakat, menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar sikap lebih mementingkan diri sendiri dan juga sifat suka melaga-lagakan orang lain serta memandang rendah terhadap kemampuan orang. Sikap yang buruk ini sememangnya patut dikikis daripada diri seseorang yang mengaku bahawa dia adalah seorang pendokong dan penyokong gerakan Islam.
noktah ketiga ialah sebagai pimpinan kita jangan suka untuk mengikut perasaan dengan menghukum atau menjatuhkan hukuman yang tidak sewajarnya kepada orang lain tanpa bukti - bukti yang kukuh dan bernas.sebaliknya kita faham wakie'atau situasi yang berlaku sebelum kita putuskan sebarang keputusan selain tidak mendengar atau mendapat sumber dari sebelah pihak.
Sebaiknya kita nilai dahulu sebarang berita yang disampaikan sepertimana firman Allah SWT dalam alquran yang bermaksud " Wahai Orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu berita daripada sumber yang diragui hendaklah kamu selidiki terlebih dahulu " Jelas digambarkan dalam alquran mengenai perintah Alah SWT supaya kita menilai dan mengkaji kesahihan sebarang berita yang disampaikan kepada kita.
noktah yang keempat ialah pengurusan yang sistematik dan telus. sebagai pimpinan kita perlu berbincang serta bermesyuarat dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dan sebarang keputusan mestilah mengambil kira pendapat umum tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak.apa yang berlaku pada hari ini sepertimana yang dipaparkan dalam akhbar mengenai pergelutan dan perselisihan faham yang timbul dikalangan pimpinan khususnya pimpinan tertinggi negara yang dipilih oleh rakyat. ini jelas menggambarkan bahawa sistem penyampaian yang diamalkan pada masa kini perlu diperbaiki dari sehari -ke sehari.
Hubungan baik perlu diperkukuhkan serta permasalahan dalaman perlulah diselesaikan secara berhikmah sepertimana firman Allah yang bermaksud " bermesyuaratlah dalam setiap perkara".Oleh yang demikian sistem mesyuarat yang disyariatkan oleh Allah SWT perlulah diterapkan dalam segala bentuk perlaksanaan gerak kerja.seperti kata sahabat nabi SAW, Umar bin Alkhattab : sesungguhnya kebenaran yang tidak bersistem akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem"
oleh yang demikian banyak lagi rasanya yang perlu diperkatakan.Apa pun sama-sama kita muhasabah diri kita sebelum kita di hisab dihadapan Allah Rabbul Jalil
SUMBER : Generasi Pewaris Khilafah
ulasan : sama-sama kita bermuhasabah selalu kerana manusia nie cepat lupa dan memang pelupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan