Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 10 Disember 2008

SYED HAMID 'BOTAK' YAKIN UMNO MENANG DI KUALA TERENGGANU - Malaysiakini

Syed Hamid Albar menjangkakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan menyaksikan persaingan sengit antara calonnya dengan pembangkang.

Susulan jangkaan itu, Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri dan MP Kota Tinggi berkata lebih ramai polis akan ditempatkan di bandar itu berbanding pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.Tambahnya, berdasarkan beberapa kejadian tidak diingini di Terengganu pada pilihanraya umum lepas, polis akan mengawal lebih ketat pilihanraya kecil tersebut antara 6 hingga 17 Januari ini.

Syed Hamid berkata langkah itu bagi memastikan seramai 80,229 pemilih dapat menunaikan tanggungjawab mereka tanpa gangguan penyokong pembangkang yang mendakwa wujud pengundi hantu."...

"Saya juga meminta mana-mana parti supaya tidak menggunakan tindakan agresif untuk menggagalkan dan menyekat orang ramai daripada mengundi mahupun semasa mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kecil itu nanti," katanya, lapor agensi berita itu lagi.Beliau bercakap kepada media selepas sesi taklimat perkembangan terkini banjir dan persiapan pilihanraya kawasan parlimen itu di ibu pejabat polis kontinjen Terengganu hari ini.

Syed Hamid berkata, orang ramai seharusnya sedar bahawa kad pengenalan adalah hak mereka dan tidak ada pihak yang boleh meminta dan merampas kad itu.

Razali, juga timbalan menteri pelajaran, mengekalkan kerusinya itu apabila menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Beliau yakin kerusi tersebut sebelumnya milik UMNO / BN akan kekal sebagai milik mereka.

Tiada ulasan: