Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 September 2008

SALAM LEBARAN DARI KAMI KREW JASINDAILY


Salam Aidilfitri dari kami untuk pengunjung setia jasindaily. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan jasindaily gagal dikemaskini lebih dari seminggu. Insya-Allah jasindailt akan beroperasi seperti biasa dalam minggu hadapan. Format berbentuk link yang cuba kami ketengahkan mungkin akan dimansuhkan dan kami akan kembali seperti sediakala.

Disaat kita dipenghujung Ramadhan, kami dari krew jasindaily ingin memohon jutaan kemaafan jika ada salah silap dalam penulisan kami sepanjang hampir 4 tahun kami di dunia cyber. Kepada rakan-rakan yang pulang berhari raya, berhati2lah semasa memandu kenderaan, jika penat bawa2 lah berehat seketika. Moga Allah S.W.T melindungi perjalanan kalian semua.

Akhir penulisan ini, saya mewakili sahabat2 dari unit ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

PERUTUSAN HARI RAYA YANG DIPERTUA PAS KAWASAN JASIN

Assalamualaikum.

Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberi nikmat iman dan Islam serta dipanjangkan umur sehingga kita berjumpa sekali lagi Ramadhan.Saya selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin ingin merakam ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS di Kawasan Jasin.

Kejayaan kita menempuh sebulan dalam bulan Ramadhan sudah tentu menguatkan lagi azam untuk mengukuhkan lagi PAS kawasan Jasin seterusnya memertabatkan kemuliaan Islam di bumi Melaka.

Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat supaya kita meninggalkan perjuangan asobiah kebangsaan yang sesat lagi menyesatkan dan kita kembali ke jalan Allah dan berpegang teguh dengannya Mudah-mudah madrasah Ramadhan yang kita tinggalkan akan membentuk peribadi Muslim yang diredai Allah.

Sekian,Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.Wassalam

MEJAR (B) HJ JASME BIN TOMPANG
YDP PAS KAWASAN JASIN

PERUTUSAN HARI RAYA KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN

Allahuakhbar, alahhuakhbar, allahuakhbar, walillahilham

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam . Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan pengikutnya.

Sempena kehadiran bulan kemenangan bagi umat islam setelah mengekang nafsu selama sebulan marilah kita sama sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Perbanyakanlah tasbih , tahmit dan tahlil sebagai bukti kita telah lulus ujian ramadhan. Tinggalkanlah amalan jahiliah seperti memasang pelita, menggalakan anak-anak bermain bunga api, menghias rumah dengan berlebihan . Teruskan lah syawal ini ibadah seperti puasa sunat enam hari dan sebagainya.

Tradisi bermaaf maafan serta kunjung mengunjung haruslah disemarakan kembali. Saya khuatir bila setiap kali menyambut perayaan, semua saluran TV akan menyiarkan pelbagai program hiburan , ini menyebabkan anak –anak (juga orang tu) lebih seronok menziarah TV dari menziarah sahabat handai. Ambillah kesempatan ziarah menziarahi ini dengan menyematkan mesej dakwah dan penerangan islam.

Selaku ketua DPPKJ dan seluruh ajk pemuda kawasan, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Tidak saya lupakan kepada semua pengundi di DUN Sungai Rambai yang telah memberi sokongan kepada saya , begitu juga buat isteri , anak anak dan keluarga.

Akhirnya marilah kita sama sama berdoa agar apa yang kita usahakan sepanjang ramadhan lalu diterima oleh allah dan segala dosa dan kesalahan kita diampunkannya.

Pertingkatkan usaha mencapai kemenangan, pertahankan kemenangan. Selamat hari raya idulfitri , maaf zahir dan batin.

AMINUDIN BIN ABD JALIL
KETUA DPPKJ

PERUTUSAN HARI RAYA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JASIN

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga,para sahabat serta seluruh pejuanag Islam di sepanjang zaman.

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan bertemu di bulan Syawal yang mulia ini semoga ia lebih bermakna bagi kita setelah melalui madraah Ramadhan yang mencabar.Jadikan ia sebagai penyuntik roh jihad dalam diri kita untuk melakukan perubahan dan daya juang.

Di kesempatan bulan yang yang mulia ini juga kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar membantu dan mengukuhkan keimanan pejuang-pejuang agar diberi kemenangan.Insyallah kita akan terus berusaha dengan lebih kuat untuk kemenangan Islam.

Akhir sekali saya selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin serta AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri dan maaf zahir batin.

HJH SAPIAH BTE AHMAD
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JASIN

Isnin, 22 September 2008

JELAJAH KASIH RAMADHAN PAS KAWASAN JASIN

Zaili Muhammad

MELAKA, 16 Sept - PAS Kawasan Jasin akan mengadakan program JelajahKasih Ramadhan pada 27 September ini untuk diagihkan sumbangan kepada golongan fakir-miskin dan petugas parti.Menurut Pengarah Program merangkap Naib Yang Dipertua PAS Jasin,Yuhaizad Abdullah, bahawa ini merupakan tahun ke dua program seumpama ini diadakan dengan mengambil sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Inilah masanya untuk kita beramal dan mengumpulkan mata ganjaran untuk kita tebus di akhirat kelak."Untuk itu PAS Kawasan Jasin memerlukan sumbangan kewangan atau barangan makanan keperluan daripada muslimin dan muslimat bagi menjayakan program tersebut," kata beliau.

Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menghantarnya ke Pejabat PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ), Sempang Kemendor, 77000 Jasin, Melaka dengan menghubungi Yuhaizad di talian 016-6635820 atau melalui akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Jasin (04-033-01-001356-8) sebelum 25 September 2008.Di samping itu, pada 27 September tersebut akan diadakan Majlis Tahlil Perdana bersempena sambutan Badar Al Kubra Ramadhan 1429 H pada pukul 6 petang bertempat di Surau HAMAS, KOMPAJ, di sini.

PAS Kawasan membuka peluang kepada para penyumbang yang ingin menyertainya bolehlah menyertakan senarai nama-nama arwah kepada Urusetia Program atau hubungi Aminuddin Ali di talian 019-2212250 dan tarikh tutupnya sebelum 25 September 2008.

Jumaat, 19 September 2008

PAK LAH YANG PERLU BEREHAT PANJANG - Malaysiakini

Saya cuti menulis selama 3 hari, bukan kerana takut dengan isu blogger - blogger sedang diintai oleh pihak tertentu. Tapi saya sedang perhatikan suasana politik terbaru tanah air.read more

Info Dari Blogger Melaka :-

Silembiks - Lim Guan Eng Lebih Layak
Silembiks - MT UMNO Sendiri Pun Tak Yakin Dengan Pak Lah
Hasbullah Pit - Kalau Saya Jadi Perdana Menteri...
Cikgu Azrin - Siapa Terdesak?
Mek Chabang - Suasana puasa dulu dan sekarang
Mek Chabang - Siapa lebih pandai
Nuraflah - KELAB PENGHASUT MAYA UMNO?
Nuraflah - NAK GUNA MESIN PULAK? MALAYSIAKINI
Mutaligat - TERESA KOK DIBEBASKAN DARI KEZALIMAN ISA
Mutaligat - PEMUDA PAS SURUH TURUN HARGA MINYAK, PEMUDA UMNO NAIK MINYAK
Mutaligat - ALAHAI PAK LAH, SAYA DAH PESAN SURUH UNDUR KAMU DEGIL

Info Dari Blogger Di Malaysia

TulangBesi: Kasihan Husam Musa, Teruk Difitnah
TulangBesi: Ahli PAS Harus Memilih: Tok Guru atau Mustafa Ali
DPPPusat: ASEAN Patut Kaji Kedudukan Filipina
Naspazi: Edman: Naspazi Tak Faham Bahasa Dan Bebal
AMKPerlis: Syabas Zaid Atas Ketegasan Prinsip
PASParitBuntar: Pak Lah Sudah Laksana Peralihan Kuasa
PinkTurtle: Titipan Untuk Bakal PM
KedahLaNie: KedahLanie : Zaid Lebih Bermaruah Daripada Ibrahim Ali
PinkTurtle: Majoriti Sudah Cukup Untuk Tubuh Kerajaan - Anwar
PinkTurtle: Mengadap Agong Langkah Terakhir Sekiranya PM Enggang Bertemu
ilhamNikmat: Maklumbalas Ikhlas Untuk Artikel Drpd Pegawai Bukan PTD
KedahLaNie: Mukhriz: Mahathir serah surat kembali Umno sebelum Aidilfitri
KedahLaNie: Najib dan Pak Lah bertukar Jawatan

Selasa, 16 September 2008

IKUT SUKA AKU ( ISA ) - Malaysiakini

Semalam Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim membidas kerajaan sendiri yang masih menggunakan ISA yang ketinggalan zaman, sepatutnya untuk komunis...read more

Info Dari Blogger Melaka :-

Info Dari Blogger Di Malaysia

Umno vs Umno: Hishammuddin Bawa Isu Wartawan Ditahan ISA Ke Kabinet
UmmahOnline: Mohammad Alinor: Falsafah Cara Terbaik Memahami Ilmu
Insan Berguna: Apa akan jadi esok?

SmallVillage: Apa salahnya kalau kita katakan 16 September berjaya...

WanFauzdin: Zahid Hamidi Meletakkan Harga Dirinya Terlalu Rendah

KedahLaNie: Bayar zakat anda di negeri yang di perintah oleh PR

KedahLaNie: Kerajaan perlu sedar sebahagian rakyat tidak suka ISA

AhliKPPLB: Siapa Sebenarnya Pengerusi BNBBC - Tiong King Sing

TulangBesi: PAS Lebih Beruntung Dengan Siapa? BN atau PR?
FreeThinker: BN Sentiasa Berniat Jahat
Naspazi: ISA Bermaharajagila Pakatan Rakyat Jangan Tidur

KedahLaNie: Pikiaq Sat : Berita Dari Taiwan Oleh MSK..

KopiTiamBangNan: Moral....??

PASJB: Khianat & Gila Kuasa ISA

Ahad, 14 September 2008

Mari Kita Hafal nombor 1.10236

Dulu masa pilihanraya, PAS Melaka, DAP Melaka, sama2 sebut 1.05 bilion.
Iaitu hutang kerajaan Negeri Melaka.

Kini telah meningkat menjadi 1.1 bilion pada 2007, bukan saya kata, tapi laporan audit yang kata.

Mari kita hafal nombor baru untuk kempen pilihanraya akan datang.


Hutang Kerajaan Negeri Melaka pada 2007
RM 1.10236 bilion

mari hafal....

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

Baru lah seronok sedikit berkempen, bila nombor panjang, panjang, nampak ianya bukan rekaan.





 sumber: Hasbullah Pit 

Khamis, 11 September 2008

SUDAH KU JANGKA, AHMAD HANYA DI GANTUNG KEAHLIAN - Malaysiakini

Mmm sudah saya jangkakan paling kuat si Ahmad ni hanya digantung keahliannya sahaja.klik disini untuk selanjutnya

lain-lain berita dari blogger Melaka :-

lain-lain berita dari blogger luar Melaka:-

Rabu, 10 September 2008

BERITA JASIN : PENDUDUK JASIN BANTAH KARAOKE MALAM - Malaysiakini

Zaili Muhammad

JASIN, 9 Sept (Hrkh) - Penduduk di sekitar Jasin membantah tindakan sebuah restoran di Kampung Ayer Panas, Kesang, di sini yang mengadakan aktiviti berkaroeke secara terbuka di waktu malam kerana jelas tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar Jasme Tompang, bahawa aktiviti yang dijalankan itu jelas tidak menghormati bulan yang mulia ini dan mengganggu keharmornian penduduk setempat.

"Aktiviti tersebut telah berlangsung sekian lama walaupun mendapat rungutan daripada orang kampung, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Jasin.

"Kita harap di bulan yang penuh dengan rahmat dari Allah ini sepatutnya umat Islam menggelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia dan melalaikan.

"Umat Islam perlu mempertingkatkan amal ibadat di bulan yang diberkati ini dan bermuhasabah diri, keluarga serta masyarakat agar selari dengan tuntutan Allah yang mahukan kita mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran," kata beliau.

Pemilik restoran itu telah menjalankan perniagaan dan aktiviti berkaroeke kepada pengunjungnya sejak beberapa lama serta ianya mendapat sambutan yang hebat di kalangan orang-ramai khususnya penduduk sekitar.

Tetapi tidak dapat dipastikan samada aktiviti tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau tidak kerana ianya dijalankan secara terbuka dan perlu mendapat permit daripada PBT.

UMNO PARTI PERKAUMAN KUNO - Malaysiakini

Akhirnya terbukti dakwaan PAS sebelum ini, Umno adalah parti yang bersifat perkauman. Isu ucapan ketua Umno bahagian Bkt. bendera amat memilukan hati orang cina klik untuk seterusnya

Lagi berita dari blogger Melaka :-

Berita dari blogger luar dari Melaka

Selasa, 9 September 2008

SATU LAGI PROJEK 'GAJAH PUTIH' DI MELAKA - Malaysiakini

Di Melaka sebenarnya banyak projek 'Gajah Putih' antaranya tapak lama pasaraya The Store, Plaza Hang Tuah dan kini Melaka Digital Mall yang terletak bersebalahan dengan Stadium Hang Tuah yang dulunya dipanggil Stadium Kubu.Klik untuk baca seterusnya

lain-lain berita dari Blogger Melaka :-

lain-lain berita dari blogger luar Melaka :-

KopiTiamBangNan: Muhyidin tolong Che Det tolong Ku Li...
KopiTiamBangNan: Satu Lagi Pilihanraya Kecil. Kali ni di Sabah...
KopiTiamBangNan: Apa Agenda Ekonomi Anwar....?
KopiTiamBangNan: Tengah bersidang ni....Selak: Sentiasa Bertemu Tuhan
TulangBesi: The Tudung Debate at MToday: An Altenative View
PinkTurtle: PAS Muqabalah, Saiful Mubahalah, BN Munggalabah
PinkTurtle: Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
PinkTurtle: PANAS!!! 32 Sahkan Setuju Sertai PR - DSAI
PinkTurtle: 16 September Sebagai Tarikh Penubuhan Kerajaan Baru
PinkTurtle: Gerakan Dan Komponen Lain Perlu Keluar Dari BN - Husam
PinkTurtle: Selamat Berangkat!!.. Pergi Dengan BN Balik Dengan PR
PASJB: Benarkah Bulan Ramadhan Bulan Tukar Kerajaan?
EzlyMashut: Putrajaya 916 : 16 September Pasti Berlaku...
Naspazi: Pembentukan Federation Of Malaysia Satu Penilaian
PinkTurtle: Kalau DSAI omong kosong, Kenapa Kamu Dah Cabut Lari?

Ahad, 7 September 2008

OTAK - OTAK PAK LAH - Malaysiakini

Terkejut juga dengar berita 8 malam tadi, pasar Ramadhan di Jalan Raja Alang KL, pernamakan otak - otak dengan nama PM. sekali fikir mungkin nak ambil berkat Pak Lah klik untuk selanjutnya

Berita dari blogger Melaka :-

berita dari blogger di Malaysia :-

MAT SABU: ANWAR HANYA BERKESAN TARIK UNDI BUKAN MELAYU... - Malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.klik untuk seterusnya

lain-lain berita dari Blogger Melaka :-

Lain-lain berita dari Blogger Malaysia :-