Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 4 Januari 2009

SEKALI SEKALA KENA TENGOK JUGA DIRI SENDIRI - Malaysiakini

Oleh: Anak Bapa

Sahlah calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu ialah sahabat saya YB Mohd Abd Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam. Saya juga kenal sangat anaknya yang belajar di Jordan sewaktu saya pi "berehat" selama setahun di sana dahulu. Saya tak ada apa nak komen sekadar mengucapkan syabas kepada pimpinan kerana berjaya mengenegahkan seorang calon yang bersih dan berwibawa untuk pilihanraya ini. Semoga dengan pemilihan ini akan membawa kebaikan di dalam perjuangan kita dan doa saya semoga semua pihak di dalam Pakatan Rakyat akan bekerja bertungkus lumus bagi memenangkan calon kita.

Apa yang ingin saya coretkan di sini adalah lebih kepada muhasabah sesama kita. Maklumlah kita ni mana ada yang maksum (walaupun kebelakangan ini ada pulak orang yang nak mengaku maksum, sampai nak tegur pun tak boleh …), jadi elok juga kita sama-sama merenung, belajar dan mengambil pengiktibaran. Saya dengan orang-orang Terengganu ni bukanlah jauh sangat. Malah saya pernah duduk di sana dekat setahun semasa PAS memerintah dulu. Sepanjang pengamatan saya (mungkin juga saya silap …), saya lihat gelagat sesetengah pimpinan di sana seolah-olah mereka ni hidup di alam mereka sendiri (syok sendiri?). Pandangan dan kehendak akar umbi sering mereka pinggirkan. Pentadbiran parti sabankali diabaikan. Perkara penting, sebagai contoh, membentuk kepimpinan pelapis telah tidak ditangani dengan baik menyebabkan ada kelopongan dari aspek kesinambungan kepimpinan. Justeru itu kita dapati mereka ketandusan pemimpin pelapis yang dinamik dan berwibawa, tidak seperti Kelantan. Apabila diminta menyenaraikan calon-calon yang lebih muda , "fresh" dan berketrampilan, mereka terkial-kial mencarinya. Balik-balik muka tu juga yang disenaraikan…. Bukanlah kita nak merendah-rendahkan sesiapa, tetapi sebagai sebuah negeri yang antara "terkuat" PAS, "you can do better". Jikalau dikehendaki seorang calon yang hebat, tentu PAS Terengganu akan berupaya mengemukakan "at least" 10 calon "power" punya.

Sebagaimana yang saya sebutkan di atas, saya mempunyai begitu ramai kenalan PAS di Terengganu, samada pemimpin pertengahan dan ahli akar umbi. Mereka merayu-rayu kepada perubahan. Mereka begitu mendambakan kepimpinan baru yang lebih berwawasan. Orang-orang lama kena mula dengar dan bagi peluang pemimpin pelapis untuk menerajui Terengganu. Jasa pemimpin ahli takkan lupa. Almarhum Ustaz Fazdil, walaupun telah lama meninggalkan kita, namanya tetap disebut dan dikenang. Lagi pun perjuangan kita bukan untuk mendapatkan pujian manusia. Kalau orang tak puji pun tak apa asalkan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah swt dan Allah reda dengan kita. Tentulah jika kita dapat kedua-dua lagi baik. Jangan pula cakap berjuang lillahi taala tetapi apabila ada orang lebih layak, dia nak terus juga bergayut dengan jawatan yang ada. Silap-silap cari jalan pula nak menyekat orang yang lebih layak daripada menjadi pemimpin. Cara ni cara Islam ke? Cuba fikir-fikirkan ……

Anak Bapa: Sayang Terengganu, ahli PAS ramai pemimpin kurang ………!

Tiada ulasan: